Apa masalah kes ini ditutup? Bukankah Husam Musa perlu menjawab segalanya sekarang? Bagi yang tidak tahu kes ini. Keris kongsikan kisah daripada Kickdefella :
Umar Ibrahim Vadillo
Rakyat Kelantan perlu tahu segala-galanya dan YB Husam digesa bersikap telus di dalam soal ini. Sebagai permulaan, YB Husam di harap dapat menjelaskan perkara-perkara berikut,
- Apakah hubungan sebenar beliau dengan Umar Ibrahim Vadillo?
- Siapakah yang membuat keputusan melantik Umar Ibrahim Vadillo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade Sdn Bhd?
- Mengapakah setelah dilucutkan dari jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade, Umar Ibrahim Vadillo dilantik pula sebagai Penasihat syarikat tersebut?
- Apakah Husam sedar terdapat 3 laporan polis dibuat terhadap Umar Ibrahim Vadillo?
- Apakah perjanjian kewangan di antara Kelantan Gold Trade Sdn Bhd dan Umar Ibrahim Vadillo?
- Apakah perjanjian tidak rasmi dari aspek kewangan di antara Husam sendiri dengan Umar Ibrahim Vadillo?
- Berapakah jumlah wang yang sudah dikeluarkan dari Kelantan Gold Trade diatas arahan atau permintaan Umar Ibrahim Vadillo?
- Mengapakah kebenaran kelulusan cek dari RM50,000 di kurangkan kepada RM10,000 sewaktu Umar Ibrahim Vadillo dan seorang Bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Gold Trade menjadi penandatangan cek syarikat?
- Adakah Umar Ibrahim Vadillo menerima habuan lain berbentuk komisen dalam aktiviti Dinar Emas Kelantan selain dari imbuhan berbentuk gaji, elaun dan tuntutan perbelanjaan yang dibayar oleh Kelantan Gold Trade?
- Adakah Husam sedar nama beberapa Raja-Raja Melayu telah diguna dan dikaitkan oleh sindiket tertentu di dalam aktiviti Dinar Emas untuk mendapat sumber kewangan dari penderma-penderma dalam dan luar negara?
Husam dan Umar Vadillo dirakamkan oleh Kickdefella, 2007
Sekarang ini apa sudah jadi? Apa sebab kes itu ditutup?
K7L : Kesian orang Kelantan asyik kena tipu dengan Husam..
0 ulasan:
Post a Comment