18/11/2015
Pencemaran Bahasa - Ini Bahasa Paling Sial Pernah Aku Baca!
21:15
3 comments
Bahasa amat penting sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian manusia. Penggunaan bahasa membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain, iaitu segala maklumat yang ingin disampaikan boleh difahami oleh kedua-dua pihak. Dalam aktiviti berbahasa, penutur bukan sahaja perlu menggunakan bahasa yang betul daripada sudut tatabahasa tetapi perlu menggunakan bahasa yang dapat diterima oleh pendengar. Maka, penggunaan bahasa yang mudah difahami ramai akan menyebabkan segala yang diperkatakan akan difahami oleh orang lain.
Di Malaysia, bahasa yang menjadi pengantar utama dalam kalangan masyarakat ialah Bahasa Melayu yang tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia. Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain (2005:26), Bahasa Melayu ini berkembang secara bertahap-tahap, iaitu dari satu zaman ke satu zaman. Perkembangan ini terbahagi kepada tiga tahap utama, iaitu:
1. Bahasa Melayu kuno.
2. Bahasa Melayu klasik.
3. Bahasa Melayu moden.
Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. Pada waktu itu, Bahasa Melayu kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifatnya yang sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Mengikut Kamus Dewan, lingua franca bermaksud bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara masyarakat. Bahasa Melayu klasik pula bermula pada abad ke-13 semasa bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Kegemilangan Bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau. Bahasa Melayu ini telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan jawi. Pada masa ini juga banyak penyelidikan dan catatan telah dibuat mengenai Bahasa Melayu seperti berikut:
1. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.
2. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis mengenai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :
“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”
3. Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-raja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :
a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)
b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)
(Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)
(http://bmstpm.blogspot.com/2008/11/sejarah-perkembangan-dan-asal-usul.html)
Seterusnya, Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19 melalui hasil karangan Munsyi Abdullah kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk Bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu yang digunakan pada masa ini ialah Bahasa Melayu moden yang menggunakan tulisan rumi. Berikut merupakan peranan Bahasa Melayu moden selepas Malaysia mencapai kemerdekaan:
4. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa:
“Bahasa kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”.
5. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan, persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun).
Perkara yang telah dibincangkan menunjukkan martabat Bahasa Melayu yang tinggi. Namun, fenomena pencemaran bahasa dalam Bahasa Melayu pada masa ini secara tidak langsung telah menggugat martabat bahasa ini sebagai antara bahasa utama di dunia.
Pencemaran bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma penggunaan sebenar bahasa tersebut dalam masyarakat penuturnya. Antara ciri pencemaran bahasa adalah pengutamaan bahasa asing, tidak menggunakan bahasa yang tidak menepati tatabahasa dan juga laras bahasa. Pencemaran bahasa menyebabkan bahasa yang digunakan menjadi tidak standard. Penggunaan tatabahasa dalam sesuatu bahasa sememangnya amat penting agar jati diri bahasa tersebut dapat dipelihara, misalnya penggunaan Bahasa Melayu yang kini banyak mengalami fenomena pencemaran bahasa akibat pelbagai faktor luaran seperti bahasa rojak, bahasa slanga, bahasa asing dan bahasa pijin.
Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur-aduk antara Bahasa Melayu dengan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris manakala bahasa slanga pula mengikut Kamus Dewan, slanga didefinisikan sebagai “kata-kata, ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa tinggi tetapi lazimnya digunakan dalam percakapan tidak rasmi.” Bahasa slanga sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja seperti kacang je (mudah sahaja), ayam (gadis) dan cun (cantik). Seterusnya, menurut Za’ba dalam Awang Sariyan (2006:30), bahasa pijin wujud dalam bentuk bahasa pasar iaitu bahasa yang digunakan antara orang Melayu dengan orang-orang yang berlainan bangsa seperti “Saya boleh ajar apa macam mau jaga itu budak.” Penggunaan bahasa-bahasa seperti ini akan merendahkan martabat Bahasa Melayu yang sepatutnya digunakan berdasarkan tatabahasa yang betul dan tepat.
2.0 Punca-punca Pencemaran Bahasa
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran bahasa ini. Antaranya ialah masalah globalisasi. Menurut Kamus Dewan, globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil daripada segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Era globalisasi ini mula berkembang di seluruh pelusuk dunia. Perkembangan ini membawa banyak kesan positif walaupun kesan negatif yang diperoleh melalui perkembangan ini tidak dapat dinafikan.
Bahasa Melayu juga tidak ketinggalan dalam menerima kesan negatif akibat daripada perkembangan globalisasi ini. Hal ini kerana perkembangan ini membawa kepada penggunaan telefon bimbit secara berleluasa dan ini membawa kepada penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan, sebenarnya mencemarkan bahasa. Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan sering berlaku dalam SMS. Tujuaan penggunaan singkatan perkataan, lambang, angka atau kod tertentu adalah untuk menggantikan maksud sebenar. Hal ini berlaku disebabkan ruang yang disediakan cukup terhad. Kadang-kala ayat yang ditulis bercampur aduk antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bergantung kepada perkataan mana lebih pendek supaya maksud yang hendak disampaikan difahami oleh penerimanya dalam ruang terhad itu, contohnya “Nxt week blk umah tak?” Bahasa SMS ini terbawa-bawa kepada penggunaan rasmi seperti karangan, surat rasmi dan memo hingga menyebabkan pencemaran bahasa.
Di samping itu, budaya asing yang meresap masuk ke negara kita juga merupakan salah satu punca pencemaran bahasa ini berlaku. Hal ini dapat dikaitkan dengan budaya hip-hop yang semakin popular dalam kalangan remaja di Malaysia. Budaya hip-hop ini merupakan muzik jalanan yang muncul di New York, Amerika pada tahun 70-an. Muzik ini popular di Malaysia dengan kemunculan kumpulan-kumpulan muzik seperti Too Phat, The Rebel Scum dan sebagainya. Kemunculan muzik ini membawa kepada pencemaran bahasa kerana penciptaan lirik lagu menggunakan bahasa pasar. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan ketua kumpulan The Rebel Scum yang mengatakan bahawa, “Pada kami, perumpamaan dan istilah bahasa pasar lebih senang untuk ditulis dan yang mendengar memahami mesej yang nak disampaikan.” Perbuatan ini membawa kepada pencemaran bahasa kerana para pendengar lagu hip-hop ini akan terbawa-bawa gaya tersebut dalam percakapan seharian seperti “Yo,yo,yo, buat pe bro” walaupun gaya ini dianggap sebagai ‘bahasa seni’ dalam genre hip-hop.
(http://www.gua.com.my/Entertainment/Showbiz-Detail.aspx?ArticleID=2538)
Sektor pendidikan juga merupakan penyebab kepada pencemaran bahasa ini. Keadaan ini berlaku berikutan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyarankan bahawa unsur-unsur tatabahasa mestilah diajarkan secara tidak formal. Penguasaan tatabahasa dalam kalangan pelajar menjurus ke arah penggunaan ayat yang tercemar bahasanya dari segi tatabahasa, misalnya “Saya berasal daripada Negeri Sembilan.” Ayat ini tercemar dari segi penggunaan tatabahasa kerana sepatutnya kata sendi ‘dari’ yang harus digunakan dalam ayat tersebut untuk menunjukkan tempat. Mohd Zaki bin Zakaria (2001) dalam kajiannya mendapati ada sebilangan guru yang langsung tidak mengajar tatabahasa dalam pengajaran berikutan saranan kementerian tersebut. Hal ini merupakan salah satu punca berlakunya pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini kerana perkara yang diajarkan di sekolah akan dijadikan ikutan sepanjang hidup dan sukar diubah seperti “ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya?”
Seterusnya, buku yang berbeza huraian atau pegangan juga mengakibatkan pencemaran Bahasa Melayu. Perkara ini disebabkan perbezaan pendapat tokoh itu sendiri. Di negara kita ini, ada pelbagai buku, baik buku tatabahasa mahupun buku teks Bahasa Melayu, yang digunakan di sekolah. Bagi pengguna bahasa yang mendalami bidang Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi, mereka pernah didedahkan kepada buku tatabahasa yang ditulis Za'ba, Asmah Omar dan lain-lain. Pelajar sekolah pula didedahkan kepada aspek tatabahasa berdasarkan buku tatabahasa pegangan, iaitu Tatabahasa Dewan. Hal ini mengakibatkan kekeliruan kerana ketidakseragaman huraian daripada segi ejaan, golongan kata dan tatabahasa. Sebagai contoh, ayat yang berfungsi untuk menjemput dinamakan sebagai ayat silaan dalam Tatabahasa Dewan manakala Arbak Othman pula menamakannya sebagai ayat ajakan dalam Tatabahasa Bahasa Malaysia.
Tambahan lagi, penggunaan dialek oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga merupakan penyebab berlakunya pencemaran bahasa ini. Mengikut Kamus Dewan, dialek bermaksud satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah, negeri dan lain-lain lagi. Penggunaan dialek ini menjadi punca pencemaran Bahasa Melayu kerana guru-guru mengambil jalan mudah dan cenderung menggunakan bahasa dialek atau daerah sebagai bahasa penghantar dengan alasan pelajar lebih mudah memahami sesuatu yang disampaikan oleh guru dan suasana pengajaran akan bersifat menghiburkan serta mudah menimbulkan situasi kemesraan antara guru dan pelajar. Namun, tanpa disedari sikap ambil mudah ini akan melahirkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa. Para pelajar itulah juga yang kemudian akan menjadi manusia yang akan memegang jawatan yang penting dan berpengaruh seperti pentadbir, penulis editor, pemimpin politik dan sebagainya. Sebagai contoh, penggunaan dialek adalah seperti berikut:
6. Nogori Sembilan mempunyai sembilan daerah.
7. Saya suka makang rambutan.
Selain itu, media massa juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran bahasa ini berlaku secara berleluasa pada masa ini. Bahasa yang digunakan oleh radio, televisyen, atau akhbar sering menjadi ikutan pengguna bahasa, misalnya drama-drama ataupun rancangan yang disiarkan di kaca televisyen kebanyakannya menggunakan bahasa rojak iaitu percampuran antara Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Di samping itu, sebilangan orang besar dan juga orang ramai termasuk yang membuat ulasan apabila diwawancara di kaca televisyen turut menggunakan bahasa rojak. Perkara-perkara seperti ini membawa kepada berlakunya pencemaran Bahasa Melayu kerana orang ramai akan mudah terpengaruh dengan bahasa yang digunakan di media. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan Kamal Shukri Abdullah Sani (2007:21), berdasarkan Teori Peluru (Magic Bullet Theory), media mempunyai ‘kuasa’ bagi menentukan reaksi emosi khalayak dan membentuk tingkah laku mereka.
Tambahan lagi, sikap pengguna bahasa itu sendiri yang menyebabkan pencemaran bahasa ini berlaku. Menurut Fadzlina Sha’ari (2001), rata-rata masyarakat di Malaysia ini lebih mementingkan penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dan ini membawa kepada penggunaan bahasa rojak dalam ujaran mereka. Bagi mereka, bahasa Inggeris dianggap sebagai lambang keintelektualan dan kemodenan. Seandainya keadaan ini dibiarkan berterusan ia akan meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang tidak mempunyai kedudukan yang tinggi. Hal ini juga dapat disokong dengan kenyataan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib dalam Siti Nur Ida (2008) bahawa percampuran antara dua bahasa tersebut akan mencemarkan Bahasa Melayu dan jika perkara ini tidak dikawal maka Bahasa Melayu akan ‘ternodai’ maruahnya.
Punca seterusnya adalah kerana pengguna Bahasa Melayu yang tidak mengetahui sistem Bahasa Melayu dengan betul. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai sistem bahasa yang tersendiri. Sistem Bahasa Melayu pula terdiri daripada dari segi ejaan, morfologi dan sintaksis. Oleh sebab pengguna bahasa tidak mengetahui sistem bahasa ini, mereka melakukan kesalahan yang mencemarkan bahasa. Sebagai contoh, apitan pe-...-an selalu disalahgunakan seperti berikut:
8. Kerja - bekerja- pekerjaan ( bukan * perkerjaan)
9. Lantik – melantik – pelantikan ( bukan *perlantikan)
Seterusnya, kepelbagaian etnik di Malaysia juga merupakan salah satu punca kepada pencemaran bahasa. Hal ini kerana terdapat orang bukan Melayu yang tidak fasih berbahasa Melayu dan ini menyebabkan mereka mencampuradukkan bahasa ibunda dengan Bahasa Melayu. Bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa pasar. Oleh itu, penggunaan Bahasa Melayu oleh pelbagai etnik di Malaysia juga membawa kepada pencemaran bahasa ini. Sebagai contoh, penggunaan bahasa pasar adalah seperti berikut:
10. “Saya punya anak hari-hari dia surat khabar baca.”
11. “Tauke, itu ikan parang, belapa halga sekilo?”
3.0 Kesan- kesan Pencemaran Bahasa
Pencemaran bahasa yang semakin berleluasa ini sudah pasti akan memberikan kesan negatif kepada bahasa itu sendiri. Kesan yang paling ketara adalah menyebabkan mutu Bahasa Melayu baku sama ada lisan atau tulisan merosot. Perkara ini dapat dilihat dalam bidang pendidikan khususnya dalam kalangan pelajar. Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas, lama-kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang sering disogok oleh perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan bahasa yang betul. Para pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan penulisan di sekolah. Hal ini bukan sahaja menyebabkan kualiti penulisan di sekolah semakin menurun malah pengetahuan terhadap bahasa kita sendiri, iaitu Bahasa Melayu akan semakin jauh daripada pelajar. Dengan demikian, mutu kualiti bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak mustahil sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu pantun dan syair. Begitu juga pencemaran bahasa dalam bidang pentadbiran akan menyebabkan mutu Bahasa Melayu sama ada lisan atau tulisan merosot. Sekiranya pihak pentadbir menggunakan bahasa rojak ketika menyampaikan ucapan atau menggunakan bahasa rojak dalam urusan surat menyurat, sudah pasti akan menyebabkan mutu Bahasa Melayu itu merosot.
Selain itu, pencemaran bahasa juga menyebabkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan tergugat. Umumnya, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Selaras dengan bahasa kebangsaan negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, maka Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di semua sekolah. Penggunaan bahasa rojak seperti percampuran Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam perbualan harian secara tidak langsung telah menggugat kedudukan Bahasa Melayu di negara ini. Hal ini kerana, penggunaan bahasa rojak yang melibatkan bahasa Inggeris dalam perbualan dianggap satu standard yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Ditambah lagi, bahasa Inggeris yang merupakan bahasa ekonomi dan pendidikan peringkat antarabangsa. Oleh hal yang demikian kerajaan mula melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam bahasa Inggeris. Pelaksanaan ini telah mengubah bahasa pengantar daripada Bahasa Melayu Kepada Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik yang sama sekali bertentangan dengan bahasa kebangsaan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama disekolah.
Kesan daripada pencemaran bahasa ini juga akan menyebabkan Bahasa Melayu yang indah akan dipinggirkan oleh generasi Melayu. Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang sinonim dengan masyarakat Melayu. Hal ini bermaksud, Bahasa Melayu adalah bahasa pertuturan bagi masyarakat Melayu untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa Melayu mempunyai peranan yang sangat penting, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pentadbiran, bahasa pengantar, bahasa rasmi dan sebagainya. Melalui peranan yang dinyatakan, kita seharusnya memahami dan mengaplikasikan peranan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian kita. Dalam perbualan atau pertuturan kita seharian, kita seharusnya menggunakan Bahasa Melayu untuk memastikan Bahasa Melayu tidak ditelan arus pemodenan atau globalisasi.
Walau bagaimanapun, pada masa ini, Bahasa Melayu kian dilupakan dan semakin kurang penggunaannya dalam pertuturan seharian. Pada masa ini, Bahasa Melayu telah tercemar disebabkan oleh wujudnya bahasa lain dan pencampuran bahasa. Bahasa Melayu yang indah kian dilupakan oleh generasi-generasi pada zaman ini, khususnya generasi muda. Mereka telah terpengaruh dengan bahasa asing. Dengan menggunakan bahasa asing, mereka berfikir mereka adalah orang yang paling terkenal dan mempunyai kedudukan yang tinggi. Mereka juga beranggapan bahawa mereka akan sentiasa dipandang tinggi kerana mempunyai pengetahuan bertutur dalam bahasa asing. Tanpa mereka sedari, tindakan mereka ini akan menyebabkan mereka kian lupa dengan satu bahasa yang sangat penting, iaitu Bahasa Melayu.
Begitu juga pencemaran bahasa ini akan menyebabkan kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang. Apabila bahasa tercemar maka ini akan menimbulkan kekeliruan kepada generasi akan datang untuk mempelajari sesuatu bahasa tersebut. Generasi akan datang akan terkeliru untuk memperaktikkan bahasa yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian. Selain itu, jika generasi akan datang mengikut trend yang ada pada masa sekarang sudah tentu bahasa tersebut akan menjadi sejarah pada suatu hari nanti kerana telah hilang identiti bahasa tersebut.
Dalam Syarahan Agung Sasterawan Negara, anjuran KALAM, JKKN dan DBP, di Dewan Bahasa dan Pustaka, 15 Disember 2009, SN Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh berkata:
“Mungkin di Malaysialah anak negerinya ramai yang tidak pandai berbahasa kebangsaannya, dan ramai juga yang malu menggunakannya atau merasa darjat sosialnya sudah jatuh tertiarap di lantai apabila dia bercakap dalam bahasa ini. Jikalau kita tidak percaya pada bahasa kita, orang lain di dunia pun tidak mendapatkan sebab bagi mengkajinya. Sekarang ini kebanyakan kursus sastera dan Bahasa Melayu di Eropah, Australia dan Amerika sudah ditutup, sementara kajian China, Vietnam, India dan malah Cambodia sedang berkembang. Di depan mata kita Bahasa Melayu bertumbangan, sakit dan sebahagiannya sudah mati untuk selama-lamanya sekiranya kita tidak berbuat apa-apa dan terparah adalah antara yang terpelajar, yang tertinggi ijazahnya dan tertinggi pangkatnya. Orang kampung tidak membunuh bahasa ibundanya. Kitalah yang dianugerah berbagai-bagai kemudahan, upaya dan kecerdasan - dan kitalah yang membunuhnya. Gerakan Dunia pasca kolonialisme bergelora di banyak buah negara di dunia, termasuk India, Indonesia, Nigeria dan Kenya, Uzhbekistan, Filipina, Vietnam dan Algeria serta Chile dan Argentina. Ada semacam landaan fikiran dan amalan di negara-negara ini, sebagai tindak balas daripada rasa bahawa mereka sudah dimangsakan, dihina dan juga dirampas bahasa dan budayanya.”
Melalui pernyataan di atas, dapat kita simpulkan bahawa terdapat beberapa golongan atau generasi yang telah melupakan bahasa ibundanya, iaitu Bahasa Melayu. Bahasa Melayu dikatakan kian pupus di mata dunia. Hal inilah yang telah dipengaruhi oleh masalah pencemaran bahasa yang giat diperkatakan.
Pencemaran bahasa ini akan menyebabkan masyarakat Melayu mengagung-agungkan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris dan berasa malu untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Hal ini kerana bahasa Inggeris kini memonopoli semua urusan di bidang komunikasi, pendidikan dan sebagainya. Perkara ini akan melahirkan satu tanggapan dalam diri mereka bahawa orang lain akan memandang tinggi terhadap mereka jika menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, pelbagai golongan masyarakat seperti mahasiswa, pihak pentadbiran dan juga pemimpin lebih suka bertutur menggunakan bahasa Inggeris di khalayak ramai. Hal ini juga menyebabkan para ibu bapa pada masa ini lebih suka mengajar anak-anak mereka bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama sehingga melupakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. Perbuatan ini akan meletakkan bahasa Inggeris bukan lagi sebagai bahasa kedua tetapi mengatasi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
4.0 Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Bahasa
Bagi mengelakkan masalah pencemaran bahasa ini, tanggungjawab sesebuah kementerian, jabatan atau agensi adalah sangat penting. Antara langkah yang boleh diambil oleh kementerian, jabatan atau agensi tersebut adalah seperti yang berikut:
(12) memastikan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan Bahasa Melayu yang baik dan betul dalarn semua urusan rasmi, sama ada secara tulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan apabila berurusan dengan pelanggan (kecuali urusan yang melibatkan negara asing dan untuk tujuan melatih pegawai dan kakitangan supaya fasih berkomunikasi dalam bahasa asing).
(13) mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul dari segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa dalam hal-hal seperti mesyuarat, surat-menyurat, arahan pada papan tanda dan papan kenyataan, iklan, dokumen rasmi, kawasan perumahan, premis pemiagaan dan lain-lain. Bahasa-bahasa lain boleh digunakan berdasarkan kepada keperluan sahaja;
(14) menjalankan latihan dan menganjurkan aktiviti secara berterusan yang bertujuan meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Melayu yang betul dalam kalangan pegawai dan kakitangan.
Dalam masa yang sama, DBP telah berusaha dalam pengembangan dan peningkatan kualiti bahasa di tempat awam melalui Pantau Tegur Bahasa. Pantau Tegur Bahasa bermaksud mengesan kesilapan bahasa yang berlaku atau yang dipamerkan di tempat-tempat awam, seperti di papan iklan atau papan tanda, sama ada di luar bangunan ataupun di dalam bangunan, yang jika tidak dicegah dengan segera akan mencemarkan maruah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Antara ciri pencemaran bahasa ialah pengutamaan bahasa asing, sama ada dari segi saiz atau warna, penggunaan bahasa yang tidak menepati tataBahasa Melayu, termasuk sistem ejaan, pemilihan kata, pembentukan kata, pengolahan ayat, dan penggunaan laras, ataupun pencampuradukan Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Bagi memastikan tindakan segera diambil setelah proses pengenalpastian kesilapan dibuat, pemantau disediakan dengan sehelai borang untuk dipenuhi dan dipulangkan kepada DBP. Pegawai DBP yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan segera menghubungi syarikat atau agensi yang berkenaan bagi membuat pembetulan.
(http://purnama.dbp.gov.my/webpurnama/index.php?option=com_content&task=view&id=285&Itemid=380)
Selain itu, satu Khidmat Nasihat Bahasa untuk orang ramai dibuka bagi merujuk penggunaan bahasa yang betul untuk mengelakkan pencemaran bahasa kebangsaan terhadap paparan di tempat umum yang dibuat oleh pihak berkenaan. Kaedah pemantauan yang diguna pakai oleh pihak DBP adalah dengan menggunakan jaringan kerja sedia ada yang terdiri daripada 159 munsyi bahasa (guru atau penulis yang berdaftar dengan DBP) di seluruh negara untuk melaporkan sebarang paparan awam yang mencemar bahasa. Tindakan ini akan mengatasi masalah pencemaran Bahasa Melayu ini daripada berleluasa.
Dari segi pendidikan pula, para guru harus menitikberatkan cara penyampaian Bahasa Melayu di dalam bilik darjah terutamanya aspek tatabahasa dalam kalangan pelajar sejak di peringkat sekolah rendah lagi supaya pelajar-pelajar dapat mengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan menggunakannya dengan betul, tepat dan gramatis dalam lisan dan penulisan, menggunakan frasa yang betul serta menggunakan ayat dengan betul, tepat dan gramatis. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan Yahya Othman (2005:11) bahawa rumus tatabahasa yang wujud perlu dipelajari secara beransur-ansur sehingga membentuk operasi kesatuan rumus yang utuh dan berupaya melakukan operasi membina ayat. Abd. Aziz Abd. Talib (2000:236) pula menyatakan bahawa pengajaran tatabahasa membolehkan pelajar-pelajar berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi ini membantu pelajar menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan. Hal ini akan mengelakkan penggunaan Bahasa Melayu yang tercemar dari segi tatabahasa.
Tambahan lagi, guru juga perlu menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan bahasa yang teratur dan anggapan bahawa Bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar. Penguasaan Bahasa Melayu yang baik dan teratur dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi tidak kira awam atau swasta juga perlu diberi penekanan. Hal ini kerana merekalah yang akan menentukan sama ada menggunakan Bahasa Melayu yang tercemar ataupun tidak dalam urusan pentadbiran.
Menurut Awang Sariyan pula, bagi mengelakkan Bahasa Melayu tercemar akibat penggunaan bahasa SMS, guru mesti memberi penekanan kepada pelajar supaya tahu membezakan antara bahasa untuk urusan rasmi dan tidak rasmi Menurutnya, penggunaan singkatan perkataan berlaku terhadap semua bahasa di dunia, tetapi tidak menjadi masalah jika mereka dapat membezakan pengunaannya untuk tujuan rasmi atau tidak. Menurutnya lagi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak memberi perhatian terhadap bahasa yang diguna pakai dalam SMS, tetapi jika ragam bahasa itu digunakan dalam urusan rasmi yang mempengaruhi masyarakat, DBP akan memberi perhatian terhadap penggunaan bahasa tersebut bagi mengelakkannya merosakkan bahasa. Beliau juga berkata bahawa pihak berkuasa tempatan dan jabatan kerajaan perlu bekerjasama dalam hal ini kerana mereka bertanggungjawab mengawal selia papan tanda dan memastikan pihak yang mengeluarkan iklan menggunakan bahasa betul. Tambahan pula, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa rojak atau pasar perlu dihentikan kerana dikhuatiri mempengaruhi remaja. (Utusan Malaysia, 15 Februari 2004)
Pencemaran Bahasa Melayu ini juga dapat diatasi dengan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada di Malaysia. Hal ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa Kabinet telah bersetuju untuk memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda pencemar bahasa di negara ini. Denda RM1,000 itu akan dilaksanakan apabila Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 dipinda dan diluluskan Parlimen . Namun, tumpuan hanya pada papan iklan dan notis awam. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sharifuddin Ibrahim pula menyatakan bahawa DBKL sentiasa memantau bagi memastikan Bahasa Melayu dimartabatkan. Menurutnya, semua pihak di bawah bidang kuasa DBKL terikat dengan Undang-undang Kecil Wilayah Persekutuan 1982 pindaan 1985 yang mensyaratkan mereka meletakkan Bahasa Melayu lebih jelas dan terang di papan tanda atau papan iklan, sekali pun jika ada bahasa lain bersamanya.
Tambahan lagi, pucuk pimpinan yang menerajui negara juga berperanan untuk mengatasi pencemaran bahasa ini daripada berleluasa. Hal ini dapat dilakukan dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua pusat pengajian tinggi tidak kira awam ataupun swasta untuk semua jurusan. Menurut Abdul Hamid Mahmood (2000:247), pucuk pimpinan perlu melancarkan “Wawasan Bahasa” terhadap pelaksanaan Bahasa Melayu sepenuhnya di pusat pengajian tinggi sama seperti pelancaran Wawasan 2020. Hal ini akan mengurangkan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan mahasiswa yang bakal menceburi alam pekerjaan kerana mereka terdedah dengan penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Hal ini dapat disokong dengan pernyataan Nothofer Bernad, profesor Bahasa Melayu dari Jerman dalam Abdul Hamid Mahmood (2000:246) bahawa:
“Bahasa Melayu memang sudah mampu berperanan sebagai bahasa akademik, jika pensyarah mempunyai sikap dan tanggungjawab untuk memberikan kuliah dalam Bahasa Melayu.”
Hal ini juga dapat disokong oleh pandangan Abdullah Munsyi mengenai isu pendidikan yang menyatakan bahawa, sesebuah bangsa akan maju sekiranya ilmu yang disampaikannya dalam bahasa mereka sendiri.
Di samping itu, media elektronik dan bukan elektronik perlu menyekat penggunaan bahasa yang tidak mengikut sebutan baku bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pendengar, penutur dan pengguna Bahasa Melayu. Media massa ini juga berperanan untuk menyekat iklan-iklan dalam Bahasa Melayu yang menyalahi sistem Bahasa Melayu akibat daripada terjemahan yang salah. Sebagai contoh, iklan-iklan tersebut adalah seperti berikut:
15. “Tukang Jahit Wanita”, sepatutnya “Tukang Jahit Pakaian Wanita”.
16. “Castrol GTX2 lebih pantas ke seluruh bahagian enjin”, sepatutnya
“Castrol GTX2 lebih pantas menyerap ke seluruh bahagian enjin”.
Sektor pengiklanan seharusnya turut menggunakan Bahasa Melayu yang ilmiah dan bermutu. Pengamal-pengamal media juga perlu memartabatkan Bahasa Melayu yang bermutu tinggi. Bagi syarikat-syarikat penerbitan majalah pula hendaklah mewujudkan satu biro khas berkaitan dengan bahasa baku agar makalah yang diterbitkan diedit dan mengikut bahasa baku yang betul. Hal yang sama juga harus dilakukan syarikat-syarikat penerbitan filem Melayu. Perkara ini adalah untuk mengelakkan penggunaan bahasa yang bercampur aduk antara Bahasa Melayu dengan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris. Hal in kerana penggunaan bahasa rojak ini boleh dilihat secara langsung dalam penggunaan judulnya, contohnya:
17. Senario The Movie.
18. Lu Pikirlah Sendiri The Movie.
Pihak yang terlibat dalam industri perfileman harus mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu yang berkualiti kerana “bahasa menunjukkan bangsa” dan filem pula menunjukkan “cerminan bangsa”. Filem mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, penggunaan bahasa yang standard harus ditonjolkan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran Bahasa Melayu.
Seterusnya, pengguna bahasa itu sendiri perlu sedar dan mempunyai ‘kewarasan’ untuk menggunakan bahasa dengan sebaik mungkin tanpa mencemarkannya., misalnya mengenai pengaruh bahasa lain ke dalam Bahasa Melayu, seseorang pengguna itu harus berpegang kepada prinsip ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’. Hal ini dapat menjadi benteng yang mempertahankan Bahasa Melayu itu daripada tercemar dengan menerima pengaruh-pengaruh bahasa asing.
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, pencemaran bahasa ini merupakan suatu isu atau perkara yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Namun, jika pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh teliti dan kerap, tidak mustahil bahasa kita akan menjadi bahasa antarabangsa yang berada di tahap terpenting khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan. Pihak yang mempunyai kuasa yang besar seperti Perdana Menteri harus sentiasa menekankan penggunaan bahasa kebangsaan kita setiap masa sama ada dalam ucapan rasminya ataupun semasa ditemu bual oleh wartawan. Dengan ini, apabila beliau sentiasa menggunakan bahasa kabangsaan secara baik dan kerap, ini akan menjadi ikutan kepada orang bawahannya.
Bahasa rojak dan bahasa pasar tidak seharusnya digunakan secara meluaskan walaupun bukan dalam situasi formal. Hal ini jelas membuktikan bahawa bahasa rojak atau pasar ini akan merosakkan Bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa kebangsaan kita. Kekerapan menggunakan bahasa yang tercemar secara meluas akan menlahirkan rakyat yang buta bahasa sendiri. Tidak mustahil kegagalan pelajar-pelajar di sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu disebabkan mereka terlalu kerap menggunakan bahasa rojak dan pasar. Anak-anak muda kini juga kerap membaca majalah berupa bahasa rojak dan pasar.
Oleh itu, bagi pihak-pihak penerbit majalah atau drama juga haruslah sedar yang mereka juga bertanggungjawab membawa pembaharuan dan penambahbaikan dalam bidang bahasa. Janganlah sibuk mengejar keuntungan tetapi nilai dan tanggungjawab patriotisme diabaikan. Dari sinilah kita mendidik masyarakat agar menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, sebutan, dan tatabahasa Bahasa Melayu. Masyarakat mudah menerima perkara yang positif andainya di keliling mereka penuh dengan perkara positif. Sebagaimana kata-kata periBahasa Melayu iaitu ‘bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.’ Kata-kata ini sudah cukup memberitahu kepada kita agar setiap perkara yang ingin diubah atau dibuat perlulah dari atas atau pemimpin dahulu. Jika pemimpin begitu prihatin dan bersungguh-sungguh dalam hal memartabatkan bahasa kebangsaan, rakyat juga akan mengikutinya.
Sumber : Pencemaran Bahasa
Nak Pesan Awal-Awal
Keris 7 Lok kata :korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...
Arkib Keris 7 Lok
-
▼
2015
(574)
-
▼
November
(53)
- Gempar! Ada Ahli Parlimen Disyaki Hilang Dan Sedan...
- DAP Terdesak Nak Jatuhkan Azmin Ali Sebab Tak Deng...
- Izzah Wajib Dihukum? - Tiada Simpati Buat Pengkhia...
- Pemuda Gerakan Dedahkan Kerajaan Lim Tipu Kes Tara...
- Azmin Nafi Terlibat Dengan Masalah Adun Pulau Pina...
- Nik Abduh Sengaja Panaskan Hati Tony Pua Bila Jump...
- 9.7 Juta Untuk Hias Gerbang Selangor Tak Membazir?...
- Salah Faham Apa TPM Cakap - Hukuman Mati Dimansuhkan?
- Mujahid Cuba Jatuhkan Hanipa Dengan Sebaran Fitnah...
- Lawak Debat 1MDB - Untuk Ingatan Kita!
- JKKK PAS Letak Jawatan - Guan Eng Rasa Malu Dan Ti...
- Orang Sabah Tidak Mahu Nurul Izzah Jejak Kaki Ke S...
- Azmin Dalang Kemelut PKR-DAP?
- Jadikan Kisah Wang Tak Dan Bernas Sebagai Rujukan ...
- Selepas PAS, Kini DAP Serang PKR? #GilaKuasa
- 20 Syarikat Bawah Azmin Bankrupsi?
- Kisah Semalam - Adun PAS Abaikan Ngeh Koo Ham?
- PAS-UMNO Bergabung Selepas DAP Ditolak Mentah-Mentah?
- Anak Kiram Penyerang Lahad Datu Sebenarnya Sepupu ...
- Kerajaan DAP 'Tutup Periuk' Semua JKKK PAS Pulau P...
- Pencemaran Bahasa - Ini Bahasa Paling Sial Pernah ...
- SPR Akan Pastikan PRN Sarawak Yang Terbaik!
- Fitnah YaPeim - Dengar Sendiri Jawapan Dari Orang ...
- Ahli Parlimen Bebal DAP Tak Mahu Cakap Bahasa Keba...
- @sallehsaid @armandpju - Pertukaran Tempat Pencari...
- Kisah Akmal - Pengajaran Jangan Tunjuk Bodoh Masa ...
- Ucapan Presiden PAS Buatkan Guan Eng Ajak Bertumbuk?
- Rafizi Ramli Menangis Kerana Gagal Untuk Gagalkan ...
- Banjir Shah Alam Adalah Bala Kerana Azmin Ali?
- Mat Sabu Buat Lawak Nak Rampas Kelantan!
- TPM Kaji Hukuman Untuk Pesalah Pemerdagangan Manus...
- Azmin Pecat Dua Pegawai Kanan Syabas Untuk Apa?
- Tarif Air Selangor Tahniah - Kenapa Rakyat Tak Ber...
- Perang Khalid Samad - Tuan Ibrahim Tuan Man Makin ...
- Wan Azizah Dan DAP Ugut Azmin Ali?
- Dah Boleh Berhenti Rokok - @KKM_Putrajaya Perlu Be...
- Beri Peluang Untuk Adenan Satem Selesaikan Janji-J...
- Azmin Didesak Pecat Exco PAS Segera Jika Tidak?
- Ini Tak Bagus - Hina Perayaan Deepavali?
- Kisah Bilik Wudhu VVIP Pun Nak Kecoh?
- Pekerja Bangla Bakal Miliki IC Khas Adalah Fitnah?
- Satu Persatu Pemfitnah Terhadap Najib Razak Dibawa...
- Isu Debar 1MDB - Rakyat Perlu Tahu Tony Pua Takut ...
- @KKMPutrajaya - Berani Serbu GM Plaza Atau Petali...
- Inilah DAP - Parti Berbilang Kaum Ikut Otak Mereka...
- Kes Dinar Emas Kelantan Ditutup? - Bukankah Semua ...
- Hati-Hati Jangan Tersalah Page Palsu TM! - Cubaan ...
- Hassan Beri Tony Peluang Berdebat - Tunggu Apa Lagi?
- Parti Serpihan PAS Daftarkan Ahli UMNO Sebab Nak R...
- DAP Buktikan Mereka Parti Lawak Negara? #Pengerusi...
- 6 Soalan Tony Pua Elak Untuk Jawab Depan Wartawan?
- DAP Gagal Di Selangor? Apa Buktinya?
- Melayu DAP Hanya Layak Diberi 'Kerusi Ehsan' Untuk...
-
▼
November
(53)
Bahasa Melayu juga telah dan sedang "dicemari" bahasa Arab.Kalau sudah diterima pakai Dewan Bahasa tak mengapalah.Kaum bukan Muslim pun makin keliru.Kaum Melayu pun keliru.
ReplyDeletekami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
Deletedan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((0823 1366 9888)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
Solusi yang tepat jangan anda putus asah.... AKI ALIH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI ALIH: (((0823 1366 9888)))
KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos
setuju tuan. nak ucap selamat menyambut ulangtahun kelahiranpun dah bertukar jadi arab. entah la, jati diri penutur bahasa melayu ini sudah semakin lemau. sepatutnya melayu kena keras mempertahankan kemelayuan walaupun al-Quran itu berbahasa arab. Allah menciptakan manusia ini berpuak2 dan bersuku2. ianya bersifat semula jadi. tak payah la berlagak jadi arab kalau hidung tu tak semancung mana, kulit tak semerah mana... Allah tetap terima semua bahasa kerana Allah Maha Bijaksana.
ReplyDelete