Terlalu banyak cerita pasal TNB dan Edra yang meletup secara tiba-tiba. Yang tak tahu pasal bisnes pun lebih pandai daripada Gabenor Negara. Macam-macam hal berlaku dalam sekelip mata.
Semua itu membuatkan kita terlupa dimana sebenarnya kita terlupa akan kisah silam. Keris nak petik kisah Wang Tak dan Bernas. Semoga pengajaran diambil daripada kisah lama ini.
Saperti Sabah Kita . saya juga terkilan bila terbaca berita yang di siarkan oleh Reuter berbunyi begini; "A private Hong Kong investment firm Wang Tak Co Ltd has emerged as the single largest shareholder in Malaysian rice monopoly Padiberas Nasional Bhd (Bernas), holding 31.3 percent, according to stock exchange documents”.
Dengan itu, negara telah hampir kehilangan organisasi sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan strategik terhadap negara, kepentingan semua pihak yang berkepentingan yang terdiri daripada petani, pengilang, pemborong, pengguna dan kehilangan pengusaan terhadap industri strategik ini.
Saperti yang di lapurkan,firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd, kini muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Bhd (Bernas).
Berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia, minggu ini, Wang Tak Co telah menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.
Peratusan itu mengatasi pemegang saham tunggal terbesar Bernas sebelum ini, iaitu Budaya Generasi (M) Sdn Bhd yang hanya menguasai 144.83 juta saham atau 30.79 peratus.
Penguasaan langsung Serba Etika Sdn Bhd, iaitu pemegang saham ketiga terbesar Bernas, pula susut daripada 29.829 juta saham atau 6.39 peratus pada 22 April lalu kepada 28.329 saham atau 6.02 peratus ketika ini.
Pada masa sama, penguasaan langsung pemegang saham keempat terbesar Bernas, Lembaga Tabung Haji, susut daripada 29.337 juta saham atau 6.24 peratus pada 22 April lalu kepada 28.726 juta saham atau 6.11 peratus ketika ini.
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, ialah individu yang mempunyai kepentingan utama dalam Budaya Generasi dan Serba Etika.
Nampak nya ‘Periuk Nasi’ rakyat kini dikuasai oleh kapitalis asing dari Hong Kong. Ini isu penting jika di banyak negara lain, isu sebesar ini sudah tentu akan ada Menteri yang akan bertanggungjawab termasuk akan meletakkan jawatan.
Kadang-kadang timbul juga persoalan kita; kenapa ini dibenarkan berlaku ? Selain dari BERNAS, ada kah lagi lain sector ekonomi negara kita yang tergadai kepada kapitalis asing?
Kenapa kah hal saperti ini tidak di tangani dengan menghidup kembali agensi ‘people friendly’ saperti Lembaga Padi Negara (LPN) atau di Sabah Lembaga Padi Sabah (LPS)? Kenapa?
Sama-sama lah kita fikirkan.
K7L : Nampak?..
Sudah tiba masa bernas ke2 diujudkan oleh menteri asas tani supaya tidak ada pemonopolian harga
ReplyDelete