01/10/2014

Sila Siasat Dan Pastikan Tiada Yang Terlepas Bab Kebersihan Pusat Asuhan Di Putrajaya @TengkuAdnanREAL


PUTRAJAYA - Seorang bayi berusia tiga bulan dilaporkan meninggal dunia di sebuah pusat asuhan di Presint 11 selepas ibunya, Nafisah Ahmad datang untuk menjemput anak keduanya itu.

Namun, tubuh mangsa, Nur Imna Khalisa dikatakan telah menjadi biru dan sejuk SERTA dikerumuni semut ketika ditemui pada kira-kira jam 5.45 petang itu.

Bapa mangsa, Muhamad Zamri Anuar yang menanti di dalam kereta bersama anak sulung mereka bergegas menuju ke pusat asuhan tersebut sebaik dimaklumkan isterinya keadaan anak mereka itu.

“Bibir dan muka anak saya biru...pucat. badannya sejuk dan saya nampak banyak semut di sekeliling badan.

“Saya tanya pengasuh mengenai apa yang berlaku tapi tiada jawapan. Mereka pun terkejut dengan kejadian itu,” katanya lapor portal, hari ini.

Zamri kemudiannya segera merujuk mangsa ke unit Kecemasan Hospital Putrajaya namun bayi tersebut disahkan telah meninggal dunia.

Mangsa dikatakan berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke pusat asuhan berkenaan. - Utara News



Selama ini cerita hanyalah cerita. Kita dengar dan mereka kata khabar angin sahaja. Kini sudah berlaku bencana. Maka apa tindakan seterusnya?

Keris cadangkan ditubukan satu badan khas yang tidak berkepentingan untuk melakukan pemeriksaan secara rahsia kepada mana-mana Pusat Asuhan bukan sahaja di Putrajaya. Isu kebersihan ini bukan isu baru sebenarnya. 

Jangan ambil enteng kelak padah kita terima.

K7L : Siapa punya Pusat Asuhan tu ya?..hmmmmm

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk