Ada dua tiga hari lepas. Kecoh pasal Menteri yang bernama Hasan Malek punya kempen Jom Bawa Bekal. Banyaklah suara-suara sumbang yang memperlekeh dan menghentam tindakan Menteri tersebut.
Yang kelakarnya orang-orang pejabat yang bising. Kempen ini juga dikaitkan dengan kenaikan harga minyak yang membimbangkan rakyat jika berlakunya kenaikan harga barang.
Tapi tahukah anda kempen itu lebih tertumpu kepada anak-anak yang bersekolah? Yang meroyan lebih kenapa? Ini Keris petik dari satu blog Healthy Kids yang menyatakan dua perkara iaitu :
Untuk mengawal pilihan makanan
Nasi lemak, mi goreng, ayam goreng dan nuggets adalah makanan yang biasa dibeli oleh kanak-kanak di kantin. Makanan tersebut biasanya kurang sihat kerana ia tinggi garam dan lemak. Anda boleh mengawal jenis makanan yang anak anda makan dengan membekalkan anak anda makanan sihat untuk dibawa ke sekolah. Sandwic, bijirin dan jagung rebus merupakan contoh-contoh pilihan yang lebih sihat untuk menghilangkan kelaparan anak anda.
Untuk menambahkan kepelbagaian
Menikmati mi goreng, nasi lemak atau mi kari sekali-sekala tidak mengapa. Sekiranya anak anda makan makanan tersebut dengan kerap, ini menjadi amalan kurang sihat. Membawa bekal ke sekolah membolehkan anak anda menikmati makanan kegemarannya, seperti bubur ayam, ubi kentang lecek, roti pita dengan inti tuna yang mungkin tiada di kantin sekolah.
Selain memastikan pilihan yang diberikan mempunyai kepelbagaian, garis panduan berikut dapat membantu anda menyediakan bekal makanan yang segar, sihat dan jimat

Jadi apa Menteri buat semua salah? Kan kempen ini bagus. Keris pun takdelah minat sangat dengan Hasan Malek. Tapi benda baik tak kan kita nak hentam? Kaji dulu baru cakap.
K7L : Kata semua sumber di hujung jari?
entalah aku pergi kerja kadang2 bawak bekal, kalau tak sempat makanlah apa yang ada...apa yang jadi masalahnya
ReplyDeleteZaman sekarang, ibu bapa sibuk, siapa yang boleh menyediakan bekal ? Jika bekal sekali pun tentu saja makanan mudah seperti nugget, beli nasi lemak bungkus atau roti krim dan seumpama nya.
ReplyDeleteKantin sekolah di tender dan di beri senarai makanan. Ada mereka ikut ? Sekolah berasrama penuh berbeza. Sebenar nya, jika di sekolah, guru-guru terlibat kena pantau situasi di kantin. Kebersihan dan menu makanan. Jika makanan yang tiada dalam senarai di hidangkan, tindakan tegas mesti di lakukan.
Makanan berkhasiat mesti bermula di sekolah. Ibu bapa sekarang suka membayar sahaja.
Saya terpanggil untuk memberi sedikit komen.
ReplyDeleteSaya ada seorang anak lelaki ( sulong ) yang baru bekerja selepas tamat kolej.
Semasa di zaman kolej, saya menyediakan sebuah kereta untuk memudahkan beliau berulang alik ke kolej. Semuanya di bawah tanggungan saya. Namun setelah tamat kolej, beliau mahu hidup berdikari dan menolak bantuan dari saya.
Dengan gaji yang tak berapa, dibebankan dengan hutang PTPTN, beliau terpaksa berjimat.
Boleh katakan setiap hari beliau meminta isteri menyediakan bekal untuk dibawa ke tempat kerja. Bekal di sini bukanlah semestinya nasi. Adakala isteri saya menyediakan sanvic, nasi goreng, mee hon dan apa saja yang ada yang boleh mengenyangkan.
Alhamdulillah, sepanjang dia bekerja selama hampir 1 tahun, dia tidak pernah mengalami kesempitan wang. Malah beliau sudah mulai membayar balik hutang PTPTN. Di samping itu dia juga memberi isteri saya elaun bulanan di atas susah payah isteri saya menyediakan bekal setiap pagi untuknya.
Saya rasa idea membawa bekal ke tempat kerja atau ke sekolah bukanlah idea merepek.
Dengan membawa bekal, banyak benda yang kita boleh jimat. Selain dari jimat wang, kita juga boleh jimatkan masa.
Kita tidak perlu keluar dan bersesak-sesak di warung / restoran untuk makan. Masa itu boleh kita jugakan untuk membaca, solat, tidur seketika dan sebagainya.
Saya ucapkan syabas di atas idea Dato' Menteri KPDNKK. Dalam keadaan yang semakin mencabar, kita jangan hanya tahu komplein. Sesekali kita mesti belajar bersyukur dan berusaha mencari jalan untuk membaiki keadaan hidup.
itu kan kempen maae, kalau yang ada kesempatan bawaklah bekal atau bawakkan bekal kepada anak2 ke sekolah. kau kalau sibuk, hasan malek tak paksa kau bawak bekal. ada hasan malek paksa kau atau anak kau bawak bekal? asal menteri cakap je mesti kau bangkang.
ReplyDelete