Pada 19 Mei 2012 yang lepas sekitar jam 9 Malam di Taman Sri Cheeding, Kuala Langat telah berlaku satu kekecohan oleh AMK Kuala Langat.
Sekumpulan AMK PKR Cabang Kuala Langat yang diketuai oleh saudara Dall Hasrul telah mengetuai rakan-rakannya menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Dato Sulaiman Karli Ketua UMNO Bhgn Kuala Langat.
Sebagai tanda mereka isytihar keluar parti, anak-muda yang terlibat telah menggunting kad keahlian PKR. Kemudian Ketua Pemuda Kuala Langat Saudara Zurihan telah menyerahkan bendera UMNO dan memberikan t-shirt BN kepada kumpulan pemuda terbabit sebagai simbolik kini di Kuala Langat BN Menjadi Pilihan Orang Muda.
Dengarnya mereka sudah tidak boleh menerima janji-janji palsu yang ditabur oleh MP Kuala Langat selain daripada mereka sendiri susah untuk bersua muka dengan wakil rakyat tersebut. Malahan isu moral MP Kuala Langat yang kantoi nikah di Songhkla juga membuatkan anak-anak muda ini merasakan individu tersebut sudah tidak layak menjadi ikutan orang muda. Kata mereka PKR hanya perjuangan individu dan bukan untuk rakyat. Tahniah kepada mereka kerana memilih UMNO parti keramat yang sentiasa meperjuangkan Agama Bangsa dan Tanahair.
K7L : Dengar cerita dah bubar PKR Kuala Langat..betul ke?..
0 ulasan:
Post a Comment