01/05/2012

AG Perlu Tegas Kepada Pendemo #Bersih3 Atau Ada #Bersih4! @HishammuddinH20




Siang tadi beberapa NGO telah membuat laporan polis supaya #Bersih3 disiasat. Sebenarnya sebelum bermulanya perhimpunan itu lagi telah banyak laporan diadukan kepada pihak polis sehinggakan timbul cakap-cakap belakang bahawa pihak polis dan Menteri Kementerian Dalam Negeri tidak mahu mengambil sebarang tindakan tegas kepada Bersih. Tuduhan bertimba-timba kepada mereka kerana kononnya tidak mahu menangkap atau menghentikan terus Bersih. Tahukah anda semua bahawa Polis hanya menyiasat dan Peguam Negara yang boleh mendakwa dan membuat saranan hukuman kepada pesalah?



Peguam Negara Malaysia merupakan penasihat undang-undang utama kerajaan Malaysia.  Beliau juga merupakan Ketua Pendakwa Raya di negara. Bidang kuasa dan tugas Peguam Negara diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Malaysia. Antara tugas Peguam Negara ialah menentukan sama ada sesuatu kes itu boleh diteruskan atau tidak. Jadi mereka yang sedang disiasat oleh polis belum tentu bersalah. Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah atau didakwa oleh Peguam Negara.



Bermula daripada Bersih 1.0 sehingga Bersih 3.0 kelihatan AG telah menikus dan membisu. Sepatutnya dia bertegas ketika 29 orang yang didakwa ketika Bersih 2.0 yang lalu yang hanya menerima hukuman ringan. Mereka patut diberi hukuman yang berat kerana mencetuskan huru-hara dan mencalarkan imej Malaysia. Mungkinkah AG juga terlibat dengan Bar Council yang menyokong Bersih ataupun AG takut kepada Ambiga?

Peguam Negara/AG perlu didesak untuk memberi kenyataan dan mendakwa mereka yang berdemo ketika Bersih 3.0 kerana pelbagai jenis kecelakaan, kerosakan, kecederaan dan pemburukan imej berlaku sewenang-wenangnya hari sabtu yang lalu. Sudah tiba masa AG kehapadan dan bersifat tegas! Ini untuk Malaysia bukannya untuk individu!

K7L : Tak guna salahkan Polis..mereka hanya boleh siasat tetapi Peguam Negara yang perlu dakwa!..

2 ulasan:

  1. peguam negara yg cukup double standard. aku pernah di denda rm 2000 kerana melihat org membawa kepala lembu dipej suk n selangor.kami tidak melanggar perintah mahkamah,kami berhimpun cara aman,kami bersurai selepas diminta,tiada keganasan dan kerosakan harta benda,kami tidak mencerderakan polis atau kereta polis....tiada pancutan air kimia mahu pun pemedih mata...malangnya ag bersungguh failkan kes sebab bawa kepala lembu berdarah yang dah mati dan mungkin itu yang membuatnya cukup cemas....bahawa keganasan pasti merebak satu malaysia. satu hingga tbersih tiga banyak kepala polis yang pecah dan berdarah tapi mungkin tiada berapa ....nilai sebab mungkin darah anggota bawahan.... aku memang tak puas hati dengan gani patail ini.kenapa hukuman kepada kami cukup berat sampai ada yang dipenjara sehingga seminggu tetapi kumpulan pemberontak seperti bersih dapat makan stail catering lagi.. kalau dah tak minat jadi ag....bagi taulah kat najib.letak lah jawatan.kalau tak ada lg org yg mahir undang undang bagi kat ambiga paria ini pun tak pe....pada ds najib....bukalah mata...pasanglah telinga...dengarlah nadi hati rakyat majoriti...jangan lah terlalu mewarisi kepi,pinan pak lah yang terlalu lembik dan jiwa kuntum itu.kami mahu .ketegasan....demi keamanan negara...jangan biarkan undi rosak dari kami elebihi jumlah peserta bersih...pengalaman dulu dah ada....silent protes lagi memberhaya.... ag tolong jadi payung untuk anggota polis...tlg bercakap undang undang bagi pihak mereka.jika pemberontak ada bar council...polis dan majoriti rakyat ada ag yang menjadi perisai undang undangnye... jangan kunci mulut untuk jadi popular.

    ReplyDelete
  2. JANGANLAH BIARKAN PARAH ITU MENJADI LEBIH PARAH DALAM TINDAKAN DI LUAR BUKU UNDANG UNDANG .

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk