16/05/2012

Aduan Rakyat Putrajaya Kepada @TengkuAdnanREAL @harakah




Ini merupakan gambar yang telah dihantar kepada Keris bersama emel yang menulis :

"Salam saudara Keris, saya telah lama mengikuti blog Keris dan hari ini saya mahu meminta pertolongan daripada Keris untuk sampaikan kepada Ahli Parlimen Putrajaya tentang aduan saya. Saya tidaklah berpihak kepada mana-mana parti namun begitu saya tidak pernah melupakan tanggungjawab saya kepada negara dengan mengundi. Apa yang ingin saya sampaikan adalah saya jelik dengan sikap orang PAS yang tidak henti-henti menghantar Harakah ke kediaman saya dan jiran-jiran. Risau juga anak-anak terbaca kerana jika diteliti semua yang ditulis berbentuk hasutan membenci kerajaan. Saya faham ini permainan politik tapi bimbang jika anak-anak saya terpengaruh dengan cara politik kebencian. Saya mohon tindakan diambil kepada mereka yang mengedar di kawasan perumahan. Jika benar saya mahu baca sudah pasti saya beli sendiri. Semoga MP Putrajaya ambil kira kebimbangan saya ini."

Diharap pihak perbadanan putrajaya juga boloeh mengambil kira aduan ini. Keris hanya menyampaikan kerana pengirim minta identitinya dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

K7L : teringat puak PAS buat ceramah dekat Presint 9..orang marah sebenarnya..siap ada kata dorang ni gila..nak cakap apa lagi?..

1 ulasan:

  1. Salam perjuangan...minta link blog sy ke blog sy www.konakapa.blogspot.com

    Sy...meekarisedap

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk