14/05/2012

Blame Game - Cubaan Jadi Hero 'Like & Dislike' Pulak? @fuhas_tweet @HishammuddinH2O



Haha! Selama ini Keris ingat tiada lagi wujud persengketaan dialam maya sesama blogger Pro BN tapi ada pulak yang cuba nak jadi Hero pasal 'Like & Dislike' video youtube. Kalau cerita dekat blogg blog pasal kelemahan jentera sendiri mesti ada sebab melainkan cuba nak tunjuk bagus. Keris sendiri merupakan salah seorang blogger/twitterjaya/troopers kelahiran UMB. Dan bukan diri ini sahaja yang berjaya dilahirkan malahan ramai lagi yang kini semakin menempa nama di dunia perang siber.

Apa yang Keris tak sangka adalah apabila Jingga13 dipuji dan UMB dicela. Haha! Ini bukan kelakuan seorang yang kritis atau bijak. Ini kerja orang yang hanya tahu menyalahkan orang lain dengan 'Blame-Game'. Kalau nak kata UMB itu gagal, rasanya terlalu banyak yang telah kami lakukan. Kalau semua nak cerita kat orang dan kecoh macam Konvensyen Media Sosial tetapi tiada impak buat apa? Mengikut apa yang dikata oleh mereka yang hadir mereka sendiri tidak jelas dengan objektif. Itu bukan salah peserta tetapi kegagalan penganjur yang rata-rata dilaksanakan oleh kumpulan Polong Tak Bertuan tapi hari-hari ratah 'darah' tapi tak mengaku. Banyak cerita pasal KMS tapi buat apa kami dari UMB nak cerita keburukan mereka yang bernaung dibawah satu bendera? Biarpun wujud sedikit perbalahan namun kami tetap beri sokongan dan hadir. Hari ini Keris cuba sentuh sedikit supaya banyak pihak tidak lagi tertipu.

Kononnya puluhan ribu Cybertroopers telah dikumpulkan di serata tanah air dan kini sedang menuju ke Perak. Setelah UMB dituduh tidak mampu menghasilkan Cybertroopers maka akan datang 'Hero' untuk menyelamatkannya sekaligus dapat fund. Ok cukup sampai situ. Kalau setakat nak kata troopers daripada KMS untuk like dan dislike, tak perlu tuding jari kepada orang lain hanya untuk jadi Hero. Buat je kerja dengan minta rakan-rakan troopers yang hadir untuk buat like dislike tu. Melainkan KMS sebenarnya hanya retorikal bagi kumpulan polong tak bertuan.

Kami di UMB mahu hasilkan troopers yang mahu berjuang untuk ABATA yang faham perang siber. Bukan untuk menjadi pengikut atau pemuja kepada seorang yang dikatakan hebat hanya kerana kelucahan dan bahasa yang kesat. Kami dah tunjuk hasil dan ramai yang dah lihat maka hentikanlah Blame Game supaya tak tunjuk diri kamu tidak mampu lakukan apa yang kami lakukan. Kami tak mulakan perbalahan dan tidak boleh salahkan kami jika kami membalas.


Nak tuduh-tuduh orang memang best sama macam Anwar Ibrahim buat kepada UMNO/Barisan Nasional. Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan 'mengagumi' pembangkang. Lebih baik Keris terus mendedah kesongsangan pembangkang daripada jadi manusia yang hanya pandai menjadikan landasan perjuangan sebagai mesin ATM.

Apapun Keris suka dengan ayat Double-Y :

Aku tiada masa nak melayan karenah gila blogger yang bakal menentukan hidup mati UMNO ini, lebih baik aku sambung jelajah cari anak-anak orang susah yang nak sambung belajar. Bukan sekadar blogging dari kerusi empuk di rumah setiap bulan dalam akaun ada puluhan ribu.

Petik sikit luahan Brader Jai :

Apa yang GOMOL PERLU TAHU LAGI IALAH :

Brader rasa Gomol kena hadir kursus yang dijalankan oleh UMB baru Gomol boleh tahu apa yang mereka ajar.Ok,simply said,brader ialah salah seorang bloggers keluaran UMB.Brader ialah mahasiswa.Apakah kewujudan blog brader ini tidak memberi impak?Susah kita nilai bagaimanakah impak itu diukur.Sepanjang brader berblogging,brader banyak mendedahkan perkara-perkara yang dilakukan oleh golongan Pro M ataupun Gomol lebih suka sebut sebagai Mahasewel.Apa yang brader ada ialah pencapaian terbaik brader walaupun baru beberapa bulan brader berblogging.Lebih kurang 2 bulan brader berblogging,brader berjaya memasuki rangking antara top 50 bloggers Pro Kerajaan.Pencapaian terbaik ialah berada di rangking 29 bloggers Pro Kerajaan (rujuk sini).Perlu GOMOL ingat bahawa brader bukanlah BLOGGERS SEPENUH MASA seperti Gomol lantaran sibuk dengan urusan kuliah dan tugasan yang lain.Jika GOMOL mempunyai KPI yang lain,sila berikan. sambung [SINI]


Baca juga apa rakan Keris yang lain kata :

SinisMalaysia

Umno-Reform

1Peluru

APA

Double-Y


K7L : Esok pukul 10:30 pagi..jangan tipu orang yang bijak ye 'Hero'..kelak padah kau terima..nasihat awal-awal..orang yang kau nak jumpa tu bukan mudah untuk diperdaya..

2 ulasan:

  1. Sabar Bro...biarkanlah otai2 tu dengan dunia dia, mungkin dia rasa tercabar coz bloggers/cybertroopers UMB juga mampu hasilkan story seperti apa yg dia buat... Setakat nak jd hero wat per... Pinjam kata2 sinismalaysia " Two samdols that complaining lots "....

    ReplyDelete
  2. Boring betullah korang ni... asyik gaduh jer
    -atas pagar30%

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk