18/05/2012

@BadutRakyat Tak Perlu Campur Urusan @Papagomo Dan @YuseriYusoff



Wah! Tak sangka orang lain kena cili orang lain yang rasa pedas. Oppss..Bukan niat Keris untuk menghentam dulu tapi apabila UMB disebut sudah tentu Keris marah kerana Keris merupakan palitan kelahiran UMB. Kepada blogger Badut usahlah masuk campur dengan urusan Gomo dengan YY. Tak perlu pun nak terasa kalau orang kata kamu blogger Copy Paste. Dulu Keris pernah dilabel sebagai Budak Skema oleh 'Orang Sangat Pandai Berblog Dan Psywar' pun boleh senyum lagi. Tak perlu emosi! YY tak sebut pun nama Badut Rakyat dalam entri dia jadi tak perlu nak 'mengamuk' sangat. Di sini Keris memilih untuk menjawab beberapa soalan yang Badut timbulkan.

kalau cerita pun asyik cerita nak gaduh dan salahkan blogger lain jer.yang di bantai Papa Gomo.tak ada isu lain ker ??? bosan lah bro !!!

Aduhai bro! Kalau artikel gomo itu satu teguran sudah pasti kami rilek je. Masalahnya pertama mengapa perlu tulis di dalam blog? Kalau dah keluar dalam blog tu mesti ada agenda tersembunyi. Kononnya untuk kebaikan UMNO dan BN.

Keris yang dikatakan 'baru' dalam permainan yang dikatakan 'Klasik' oleh Gomo namun tidak bermakna Keris dan rakan-rakan lain seperti Kulaan Niring, Pisau Kedah, Medan Tempur Kedah, Brader Jai dan lain-lain tidak memberi kesan kepada BN. Biarpun ada yang menyatkan Keris ini baru tapi InsyaAllah ilmu psywar dan penulisan Keris diterima dan ada yang kata boleh tahan. Kalau tak diterima masakan kedudukan Keris tinggi daripada Badut dalam Alexa.

Wah macam nak cakap kami ni tak ada pun tak mengapa ya?. Biarpun 'skema' tapi Keris mahu Badut tanya kepada Gomo masa di Galas dulu dia duduk rumah mana kalau bukan rumah UMB? ketika PRK Tenang?

Masa program latihan di Sarawak, masa Gomo sakit siapa yang tolong cucukkan ubat  dan jaga dia kat bilik kalau bukan orang UMB? Badut kena tanya benda tu kat gomo.

Badut kena faham ungkitan dan persoalan Gomo membuatkan kami di UMB menyampah dan jelik sebab itu 'HANYA UMB' yang menyerang. Badut pernah tengok Keris sisihkan diri daripada blogger bukan UMB? Tak pernah malahan Keris sendiri pernah makan semeja dengan Badut. Nak kata kami sombong? Jahat? Teruk?

adakah blogger yang menyerang blogger seperti blogger Papa Gomo ni cemburu sangat dengan Papa Gomo ataupun nak panaskan suasana dengan kejar Ranking ??? saya nasihat kepada blogger yang nak sangat kejar Ranking tu,tak perlu kejar Ranking sangat.yang penting adalah kebenaran yang di keluarkan dalam blog.

Aiyoo..Keris masih ingat lagi perbualan bersama Badut yang bercakap tentang ranking. Keris bukan nak salahkan badut tapi bro, kita ada borak pasal benda tu jadi tak perlu cakap macam Badut tak kejar ranking. Keris sendiri pernah cakap apa ada pada ranking tapi mungkin itu hanya perbualan kosong kita. Keris tak cemburu pun dengan Gomo sebab Keris tak pernah keluar benda lucah dan tak ingin popular kerana video seks. Cukup sampai di situ.

Siapa yang dengki dengan siapa? Gomo juga ada ajar Kaedah Cybertroopers kan? Kaedah gomo ni, sebatu orang dah boleh baca. Sekarang Gomo nak tutup kelemahan diri sendiri dengan attack UMB, ramai tahu siapa yang laksanakan latihan dengan bantuan blogger Pas Beruk. Dan semua org tahu modul latihan Gomo memang tiada seni psywar

"pukul 10 pagi rujuk blog Gomo"

"Main isu dari situ (punya la sempit game), maki hamun, carut sana sini, ugut sana sini, lucah sana sini..bla bla bla.." ,

Apa yang malangnya ada juga pemimpin negeri termasuk beberapa agensi yang tertipu dan minta Gomo buat latihan. Akhirnya, bila cybertroopers ni gagal, sebelum orang salahkan gomo, maka dia salahkan orang lain dulu. Trick ni namanya Blame-Game. Harap Badut faham definisi secara mendalam kerana ituyang diajar didalam kursus UMB dimana kami kata ini MO puak Pakatan ajaran Anwar Ibrahim.

saya nak tanya kepada rakan-rakan blogger tak kisah lah dari UMB atau mana-mana blogger sekalipun yang baca saya luahan saya ni.apa tujuan anda untuk buka blog ni ??? adakah tujuan anda untuk menghentam blogger lain dan kata bukan-bukan ataupun anda membuka kisah kebenaran contohnya apa yang puak Pakatan buat untuk menipu rakyat malaysia.mana yang lebih penting ???

Yang ini Keris tidak layak menjawab malahan Badut sendiri tidak layak jawab kerana kita ada 'SIDE FACTOR'. Maka Keris petik daripada seorang blogger journo yang hebat dalam analisis :

1. Sebelum Salah memulakan perbincangan tentang situasi yang sedang berlaku di arena blog ketika ini, Salah ingin meminta maaf sekiranya komen dan analisa Salah adalah cetek, lemah dan tidak mencapai taraf seperti blogger-blogger agung, dewa dan 'otai' yang ada sekarang ini.

1a. Juga ingin meminta maaf sekiranya mana-mana pihak terasa dengan ulasan daripada blog yang tidak ada sesiapa yang baca ini.

1b.Salah juga tidak berniat untuk mengambil populariti singakat dengan membuat ulasan tentang permainan ini. Sekiranya terdapat pihak yang merasakan Salah mengambil peluang untuk menjadi popular dengan ulasan ini, sila maklumkan dan Salah akan 'image transfer' artikel ini ke tempat lain dan mengubah nama penulis kepada yang lain.

2. Salah terpanggil untuk membuat artikel ini atas dasar tertarik dengan situasi yang berlaku. Pilihan Raya Umum yang ke-13 boleh berlaku pada bila-bila masa dan antara medium kerajaan yang paling kuat ketika ini sedang bertelingkah, iaitu antara kem Nadi Rakyat dan kem Unit Media Baru.

2a. Ini adalah satu 'political game' yang menarik yang boleh dilihat dari pelbagai sudut. Salah akan membentangkan ulasan dalam pelbagai 'possible' angle.

3. Persengketaan antara kedua-dua ikon media baru ini bermula selepas PRK Kerdau dengan tindakan Gomo memulakan serangan. Kemudian dibalas oleh Tun Faisal. Tetapi Salah mahu fokus kepada artikel yang dikeluarkan oleh Gomo dan Tun Faisal baru-baru ini.

3a. Sebelum pergi lebih lanjut artikel tentang persengketaan antara kedua-dua pihak ini boleh dibaca di sini. Salah berharap mereka yang sedang membaca artikel ini dapat baca terlebih dahulu artikel-artikel ini agar lebih faham dengan apa yang berlaku.

a. Cybertroopers UMNO Gagal, Syabas Buat Jentera Pembangkang - Papa Gomo
b. Testimoni Seorang Anak Didik UMB - Tun Faisal (bukan ulasan peribadi Tun Faisal)
c. Lagi Testimoni Pejuang Siber Yang Dilahirkan Oleh UMB - Tun Faisal (bukan ulasan peribadi Tun Faisal)
d. UMB Porno Menggila, Kenapa Blogger UMB Sahaja Yang Menggila - Papa Gomo

4. Salah tidak kenal kedua-dua pihak ini iaitu Kem Nadi Rakyat dan Kem Unit Media Baru secara peribadi, tetapi ulasan ini setakat dari lensa pembaca biasa dan bukannya dari lensa seorang blogger tegar.
 

The Overview

The First Prod

1. Artikel pertama yang dikeluarkan oleh Papa Gomo (a) adalah satu tindakan untuk 'initiate attack' dengan membuat deklarasi secara terang-terangan dan menyebut pihak yang bertangggung jawab.

2. Papa Gomo telah 'declare' dengan terang dan jelas bahawa cybertroopers UMB gagal dari semua segi medium media baru.

3.Tetapi bukti yang Gomo bawa adalah daripada elemen YouTube sahaja dengan contoh klip video komedi #BangkangDariLongkang yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki. Klip tersebut telah mendapat 'dislike' yang banyak.

4. Maka kesimpulan mudah yang diperoleh, cybertrooper UMB gagal. Satu kesimpulan yang dianggap agak dangkal bagi seorang blogger ranking pertama kerana jelas setelah Bersih 3.0, blok media baru daripada Pro Kerajaan mendahului dari segi Facebook, Twitter dan Blog. Kelemahan hanya dari segi YouTube sahaja yang belum berjaya ditembusi.

5. Gomo kemudian mendedahkan lebih banyak perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada BN dan juga UMNO terutamanya. Gomo mendedahkan bahawa UMB ini diberikan tanggung jawab untuk membuat kursus untuk melahirkan cybertroopers.

6. Kemudian, beliau menceritakan lagi tentang UMB menerima sokongan daripada Khairy Jamaludin serta menerima RM 300 ribu sebulan. Lagi satu pendedahan yang kiranya tidak akan mendatangkan sebarang faedah kepada UMNO dan juga BN yang kononnya diperjuangkan oleh beliau.

7. Seterusnya Papa Gomo lebih bertindak untuk memuji diri sendiri dan kem Nadi Rakyat dan niat yang dapat dibaca oleh Salah adalah sedemikian; "UMB dapat projek buat kursus cybertroopers, tapi Gomo tak dapat. Kenapa tak panggil Gomo sedangkan Gomo lebih bagus daripada UMB dan boleh hasilkan produk yang lebih bagus daripada UMB."

8. Salah bukan hendak mempertahankan UMB tetapi ini mesej yang Salah dapat daripada hasil bacaan sendiri yang masih banyak kelemahan.

The Retaliation
 
1. Setelah artikel Papa Gomo ini disiarkan ramai daripada blok UMB ini mula berasa tidak senang. Sesuatu perlu dilakukan untuk membalas artikel Papa Gomo ini.

2. Tindakan balas oleh blogger blok UMB ini bermaksud provokasi Papa Gomo berjaya. Satu kesilapan daripada blogger UMB adalah untuk memberi komen balas dengan emosi. Ini akan menguatkan lagi kem Nadi Rakyat dengan memaparkan bahawa Gomo mendedahkan perkara yang benar.

3. Jawab balas daripada UMB juga menyebarkan lagi maklumat yang sepatutnya tidak sampai kepada tatapan umum. Tentang sop, objektif dan sebagainya. Mungkin juga blok UMB ini menyebarkan 'true lies' untuk menutup kejadian yang sebenar, tetapi testimonial daripada blogger UMB samada benar atau tidak, akan diguna pakai oleh sesiapa sahaja.

4. Sepatutnya UMB tidak perlu membuat artikel serang balas terhadap Gomo. Lebih bijak sekiranya ini dimainkan di sebalik tabir.

The Good, The Bad and The Ugly

1. Setelah blogger-blogger UMB membelasah Papa Gomo di blog masing-masing, Papa Gomo mengeluarkan artikel balas.

2. Tetapi rythm penulisan Gomo sudah berubah. Beliau menulis dengan gaya sympathetic untuk menunjukkan bahawa beliau adalah pihak yang dikhianati, untuk menarik lebih banyak simpati. Di sini beliau lihat sebagai The Good Guy kerana ramai menghentam seorang.

2a. Psikologi manusia akan simpati kepada satu daripada yang ramai.

3. Langkah seterusnya, Gomo meletakkan label kepada blogger-blogger tertentu. Jelas memberitahu kepada khalayak umum siapa di kem Nadi Rakyat dan siapa di kem UMB. Sekarang, Gomo memberitahu kepada pembaca tentang siapakah The Bad Guy.

4. Kemudian beliau mempersoalkan kenapa UMB yang menyerang beliau tetapi bukan blogger--blogger lain. Kalau siapa yang mengikuti bacaan tersebut sudah pasti mengetahui bahawa dengan terang dan jelas, Gomo hanya menghentam UMB sahaja secara spesifik di dalam artikel yang pertama tersebut.

4a. Di sini Gomo telah meletakkan persepsi pembaca tentang The Ugly. Tindakan The Bad Guy untuk menyerang Gomo adalah Ugly.

5. Papa Gomo memaparkan sebab mengapa beliau dan kem beliau menyerang UMB. Dan sebab-sebab yang disenaraikan adalah bersifat matyrism ataupun berkorban diri demi kebaikan sesuatu perkara.



6. Segmen terakhir di dalam artikel tersebut Gomo mengulas setiap blogger UMB dan mengungkit jasa yang pernah beliau curahkan dahulu kepada mereka ini. Ini mempromosikan lagi kekuatan Gomo dan mengapa Gomo dan kem Nadi Rakyat ini layak dipilih berbanding kem UMB.

Analytical Thinking

 
The Malaysian Blogging World

1. Di dalam dunia blog Malaysia, Gomo sebenarnya belum lagi terpakai gelaran otai. Kickdefella, Rocky Bru dan seangkatan dengan mereka (Blog House) merupakan barisan blogger pertama yang muncul. Mereka inilah yang selayaknya diberikan gelaran otai.

2. Jika dibaca hasil penulisan blogger generasi pertama ini jelas menunjukkan satu tahap berbeza dengan blogger-blogger 'nyamuk' yang ada ketika itu.

3. Penulisan Blog House yang profesional, kemas teratur menarik minat dari kalangan pembaca umum.

4. Setelah zaman mereka berakhir, blogger-blogger 'nyamuk' ini muncul dengan zaman 'attitude' yang diperkenalkan oleh Gomo. Dengan kata-kata mencarut, kasar, dan tidak menghormati adab susila. Penulisan sebegini menjadi pilihan kerana ia adalah sesuatu yang baru atupun 'fresh'. Orang ramai menggelar blogger sebegini berani, true fighter dan banyak lagi.

5. Mulanya kejayaan Gomo ini adalah dengan pendedahan klip video Anwar Ibrahim. Ini melonjakkan nama beliau sebagai blogger no. 1 Malaysia. Ini kerana beliau mempunyai satu bahan yang tidak dipunyai oleh sesiapapun dan semua bertumpu ke arah beliau.
 
6. Mulanya Gomo berjaya menarik perhatian kebanyakan pembaca umum. Tetapi dengan content yang kurang serta kata-kata emosi yang tidak elok didengar, akhirnya yang masih menjadi pembaca setia Gomo hanyalah mereka yang benar-benar minat dengan politik ataupun blogger-wannabe.

7. Gomo gagal mencapai pembaca umum seperti mana generasi pertama blogger berjaya.

8. UMB pula bertindak dengan membuat kursus dengan harapan untuk melahirkan blogger-blogger seperti generasi pertama, dan ini dilihat sebagai satu ancaman kepada blogger 'attitude' ini. Kem UMB semakin membesar dan Kem Nadi Rakyat semakin ketinggalan.

Sambung selanjutnya di SINI

Keluar dari kepompong 'ELIT' dan bergerak bersama-sama dengan yang lain.

Sebenarnya bukan untuk kami. Ketika Bersih 3.0 UMB hadir full force termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMB yang entah apa kena boleh merayau daripada Dataran Merdeka ke Pudu Raya waktu orang tengah berdemo. Mereka berani turun ke 'Ground Zero'. Hampir separuh blogger UMB bersama bukan UMB hadir dan membuat liputan. Nak kata kami elit atau anda bercakap di hadapan cermin?
Kickdefella antara orang lama termasuk Rocky Bru pun tak pernah label kami sebagai blogger baru malah kami diangkat sebagai penulis blog yang punya landasan perjuangan. Kenangan bertemu Kickdefella membuatkan Keris hormat pada kerendahan hati beliau. Ini baru betul otai dalam dunia klasik maya! Dia tak rasa diri dia selebriti dan dia humble.

Blogger lain usah campur. Kami di UMB pun dinasihat supaya tak ikut rentak untuk campurtangan dalam krisis PapaGomo~Double-Y~AkuTakPeduli. Sudah-sudahlah sebab kita semua ada kerja yang lebih penting nak dibuat. Entri ini bukan niat apa-apa cuma nak jelas kenapa tak perlu masuk campur dengan krisis mereka.

p/s: Lepas gomo kena hentam..Badut terus tak senyum kat Keris..masa Tun Faisal kena 'troll' Keris masih lagi boleh berbual dengan hangpa semua. Sekarang nak kata siapa yang taksub pada 'Head' masing masing? UMNO Reform? Itu Abang gua beb!


 "Those who want it all, do not last forever..that is the price of power,money and your respect!"

K7L : Sarang tebuan dijolok..semua tebuan akan keluar menyengat..lepas itu nak bunuh tebuan tu sebab sakit kena sengat?..malas nak bertengkar jadi if u ceased fire..then kami pun diam..

3 ulasan:

  1. macam budak2 gaduh pasal blog.. kalau dah nama pencacai umno, juak2 pkr, sepet2 dap..mmg bodo

    ReplyDelete
  2. muahahaha..nampaknya anda tak baca cerita saya sebelum ini berkenaan saya tegur double Y,saya tak marah pun.saya hanya melihat bro semua blog tak kisah UMB atau tidak.tak perlu lagi nak hentam sesama blogger.fokus bro untuk PRU.saya hanya nasihat.saya tak terasa.kan saya dah bagitahu semua.aik,macam anda jer terasa.saya nasihat atas nama sesama blogger :-)

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk