23/05/2012

Gempar! @rafiziramli Pula Dicabar Oleh @razaliibrahim ? #BeeAntBlues #HBN2012



Tak Keris sangka Dato' Razali Ibrahim menyahut cabaran kami blogger UMB untuk karaoke di khalayak ramai. Sporting! itu yang Belia mahukan sebagai tanda Pemimpin tidak kisah untuk bersama dengan rakyat tidak kira dimana. Ini mandat peribadi beliau kepada semua belia di Malaysia dan kepada Pemuda Barisan Nasional.


BEE ANT BLUES adalah satu inisiatif PEMUDA BN untuk mencipta jenama mereka sendiri dalam bidang pengurusan acara (event management). Ini untuk membuka peluang kepada anak muda yang berbakat, inovatif dan berwawasan merebut peluang untuk sama-sama menjayakannya.

KARNIVAL BEE ANT BLUES akan berlangsung untuk pertama kalinya pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada 23-27 Mei ini. Pelbagai acara menarik telah dirancang pada karnival tersebut, melibatkan aktiviti kesenian, hiburan, motivasi dan kerohanian.

Segmen yang dinamakan BEE ANT BLUES PORT merupakan tempat berhimpun, lepak dan santai anak-anak muda yang rajin bekerja, mempunyai semangat berpasukan dengan gerak-kerja tersusun, penuh semangat patriotisme dan taat kepada pemimpin.

Pemilihan BEE (lebah) & ANT (semut) merupakan perlambangan bagi sifat rajin, kerja berpasukan yang tersusun dan patuh kepada arahan ketua.

K7L : Terbaiklah! Suara macam Awie Beb!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk