2. Beliau juga merupakan seorang pembela golongan gay dan lesbian dan berhasrat untuk membawa ideanya itu beserta bukunya yang bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta.
3. Sesiapa yang membaca bukunya itu mungkin akan tidak akan terpengaruh, tetapi bagi mereka yang mencari-cari sokongan terhadap gaya hidup gay-lesbian yang dibawa selama ini, buku tersebut akan menjadi pokok hujahan mereka.
4. Manusia memang akan mencari kebenaran yang akan memihak kepada mereka(Selective Truth Theory). Kebenaran yang tidak memihak kepada mereka dianggap sebagai tidak benar, tidak terpakai untuk kondisi mereka, terkecuali dan sebagainya.
5. Tindakan tersebut adalah satu bentuk escapism dan tinggal di dalam dunia yang terbentuk dengan pandangan mata kepala sendiri dan tidak berdiri kepada hakikat.
6. Saya tidak menafikan bahawa benar rasa sayang itu terbit dari dalam hati dan merupakan kurniaan daripada Yang Maha Esa. Tidak perlu takut untuk kita menyatakan kasih sayang kita kepada sahabat kita, samada sama ataupun berlainan jantina.
7. Tetapi Irshad Manji perlu membezakan antara sayang dan juga nafsu syahwat. Cara hidup homoseksual yang beliau bela merupakan pembelaan kepada budaya Hedonisme ataupun budaya berseronok. Gaya hidup gay dan lesbian ini adalah tidak lain dan tidak bukan bersifat nafsu syahwat (lust) dan bukannya sayang.
8. Allah Taala berkuasa ke atas segalanya dan mengizinkan segalanya. Tanpa izinNya, pasti mustahil untuk sesuatu perkara itu untuk berlaku. Tetapi Allah Taala telah berfirman di dalam al-Quran pada mana Irshad Manji telah seru untuk manusia kembali, iaitu di dalam surah Al-Syams ayat 1-10.
1.Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
2. Dan bulan apabila ia mengiringinya;
3. Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
4. Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
5. Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
6. Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);5
7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
8. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)
(Surah As-Syams ayat 1-10)
9. Tidak pernah Allah Taala bersumpah sebanyak 7 kali di dalam suatu surah semata-mata untuk menegaskan ayat yang seterusnya, iaitu ilham kebaikan dan kejahatan itu sama-sama Allah Taala ilhamkan, tetapi beruntunglah orang yang mensucikannya dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya.
10. Irshad Manji sepatutnya mengambil pengajaran daripada kitab al-Quran itu dengan menyeluruh dan bukannya menggunakan potongan ayat untuk menyokong fahaman beliau.
11. Konsep cinta yang dipegang oleh Irshad Manji dan sesetengah masyarakat di Malaysia ini pun sudah agak menyimpang.
12. Pada perjumpaan Zionist 1897, mereka telah bersepakat untuk meneruskan idea kuno mereka yang dikenali sebagai The New World Order, seluruh dunia dibawah satu kerajaan.
13. Salah satu daripada cara untuk mengawal dunia ini adalah dengan propaganda. Kilang propaganda mereka yang terbesar terbahagi kepada 2; industri berita dan industri hiburan. Dalam membawa idea menentang fahaman Islam, mereka memperkenalkan Hollywood.
14. Dalam filem-filem Hollywood ini telah diperkenalkan satu konsep 'cinta sejati'.The One True Love. Konsep cinta sejati ini dimainkan dengan filem-filem dewasa ataupun animasi Disney dengan membawa konsep bahawa kasih sayang antara dua insan itu adalah terlalu suci dan lebih daripada segalanya.
15. Dan seringkali kisah cinta ini memaparkan situasi yang romantik yang sangat didambakan oleh pasangan-pasangan kekasih yang menontonnya. Ini adalah satu situasi yang diterima ramai sebagai apa itu 'cinta sejati'.
16. Tetapi kita sebagai umat Islam kita terlupa bahawa cinta yang agung, cinta yang sejati, cinta yang satu itu bukanlah sesama makhluk, tetapi kepada Yang Maha Pencipta, kepada Allah s.w.t. Itulah cinta sejati yang sebenar-benarnya yang disebut di dalam surah al-Baqarah ayat 165.
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (Surah al-Baqarah ayat 165)
17. Jelas di dalam ayat ini menerangkan bahawa jika seseorang itu lebih mencintai sesuatu lebih daripada Allah Taala itu sendiri, maka jatuhlah mereka itu kepada golongan yang melakukan kezaliman (syirik).
18.Maka di sini Irshad Manji perlu mengambil al-Quran itu secara menyeluruh dan bukannya secara sebahagian sahaja.
19. Kehadiran Irshad Manji dengan gaya akademik benar-benar akan mengancam kesejahteraan Islam di dalam negara kita. Anak-anak muda yang semakin hari boleh menerima kehadiran mereka yang mengamalkan gaya seks bebas ini akan lebih memudaratkan.
20. Berpandukan kepada perlembagaan sekalipun, merujuk kepada perkara 11 (4), tindakan Irshad Manji dikira sebagai mengancam keselamatan agama Islam dan boleh dilarang oleh kerajaan Malaysia.
21. Dalam hal ini, Ambiga, Pakatan Pembangkang harus bertanggung jawab dalam hal ini kerana Perhimpunan Seksualiti Merdeka telah menarik perhatian Irshad Manji untuk turun ke negara kita dengan membawa maksud 'memerdekakan' fahaman Islam di negara kita.
22. Sekiranya kerajaan Malaysia hari ini membiarkan perkara sebegini merebak, bukan esok, bukan lusa kesannya akan dirasai, tetapi 20, 30 tahun yang akan datang.
23. Apa yang negara kita lalui pada hari ini telahpun dilalui oleh US dan juga Great Britain awal tahun 80-an. Di mana golongan gay dan lesbian ini ingin mempamerkan gaya hidup seks mereka dan mereka juga dikecam oleh golongan gereja di sana.
24. Tetapi politik US dan GB yang masing-masing mahukan sokongan daripada golongan gay dan lesbian ini telah membenarkan malah menyokong budaya seks sonsang ini. Akhirnya, pada hari ini, masyarakat US dan GB telahpun menerima kehadiran golongan LGBT ini.
25. Barack Obama pun telah menyatakan sokongan beliau terhadap perkahwinan sama jantina ini.
26. Adakah kita mahu meletakkan Malaysia pada landasan yang sama dengan US dan GB. Kesannya sudah terbukti dan pada hari ini, golongan yang tidak percaya kepada Tuhan pula yang semakin berkembang. Atheist sudah mula diterima sebagai suatu perkara yang normal di US dan GB. Di Malaysia, sekiranya kerajaan Malaysia membiarkan perkara ini berterusan tanpa dikawal, dalam tempoh 5, 10 tahun lagi kita boleh menerima pakai golongan atheist pula.
27. Di mana pula kita berdiri ketika itu? Bersama Anwar Ibrahim dan sahabatnya Ambiga? Ataupun ketika itu kita kesal, mengapakah kita boleh tersilap dengan menyokong individu-individu tersebut.
28. Ramai yang mengatakan pengaruh Zionist dalam membentuk The New World Order itu adalah mitos. Tetapi lihatlah apa yang berlaku dan fikir.
29. Gunakan Hak untuk Berfikir Sebelum Hak untuk Bersuara.
Sumber : Salah Ad-Din
K7L : Selamatkan Akidah!!!
0 ulasan:
Post a Comment