Keris terbaca di blog CTS tentang Nizar yang mohon derhaka buat kali kedua cuma kali ini dengan Sulatn Johor pula. Dan dibawah merupakan jawapan yang diberikan oleh Tunku Mahkota Johor berkaitan isu tersebut.
Keris teringat kembali bahawa institusi diraja di Malaysia ini memang ingin dihapuskan oleh puak kauvinis DAP. Mengapa pula Nizar yang diperguna? Kerana itulah taktik yang digunapakai oleh kaum Quraisy ketika mahu memburukkan Islam. Cara yang sama digunakan iaitu dengan menggunakan orang 'dalam' untuk mengutuk/memberi pandangan songsang supaya irang 'dalam' yang lain menjadi keliru. Melayu sinonimnya menghormati raja mereka sehinggakan ia termasuk didalam rukun negara yang kedua. Namun begitu untuk menjadikan Malaysia ini bukan negara yang dipimpin oleh orang bukan Islam, mereka perlu melenyapkan institusi raja-raja melayu. Sebab itu keperibadian Sultan sudah mula dipolitikkan dan menjadi 'mainan' oleh puak pembangkang.
Kurang ajar! Biarpun Keris rakyat Selangor namun Keris berdarah Bugis! Darah kesultanan Johor dan Selangor! Nizar harus mengadap Tuanku Sultan Ibrahim dan memohon ampun atau lucutkan sahaja kerakyatannya kerana jika tidka diajar maka lebih ramai golongan tidak beradap ini akan lahir. Nizar perlu sedar jika benar dirinya seorang Melayu yang pandai sejarah, sudah tentu dia tidak akan membuat kenyataan bodoh seperti itu.
Sebagai seorang pemimpin kita harus bijak kerana bukan semua boleh menjadi perkara politik. Jangan cabar institusi raja! Jangan cabar anak Johor dan Selangor sebab buruk padahnya nanti. Rakyat menjunjung titah Sultan. Nizar? Kau cuma orang yang dipilih untuk mewakili rakyat bukan engkau dipilih untuk menjadi Dewa. Kena ingat kedudukan dan dimana bumi dipijak.
Lihat sahaja nama tweethandle Nizar (YB Nizar @mbnizar). Menunjukkan dirinya memang gilakan kuasa. @NajibRazak @HishammuddinH2O pun tak letak jawatan. Dasar gila kuasa!
K7L : Hei dehaga issengku!...jangan cabar anak bugis!
0 ulasan:
Post a Comment