09/05/2012

Gerakan Destini Anak Bangsa - Apa Benda Ni? #JDAB2012





Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menganjurkan satu siri jelajah ”Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia” ke seluruh Malaysia bermula esok sehingga 26 Mei 2012.

Program yang dinaungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bertujuan menterjemahkan aspirasi beliau dalam membantu rakyat yang kurang berkemampuan.



Ia juga bertujuan membantu anak-anak golongan kurang berkemampuan di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar untuk menyambung dan melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.



Sejak jelajah pertama (video di atas) yang dilancarkan pada 8 Julai 2011 GDAB dengan kerjasama UiTM telah membantu hampir 10,000 anak-anak yang tidak berkemampuan melanjutkan pengajian mereka di UiTM.

Konvoi yang disertai tenaga kerja dan mahasiswa-mahasiswa UiTM ini bakal dilepaskan oleh Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi Tuan Haji Khairi Malek di Dewan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam jam 9.00 pagi esok.

Maklumat lanjut mengenai program ini sila hubungi En. Aizuddin Mohd Ghazali di talian 03-55442727 atau 012-6262956.

Maklumat perjalanan program juga boleh dilayari di :

Blog : jelajah-anak-bangsa.blogspot.com

Twitter : @JelajahDestini



K7L : Semoga berjaya kepada team UMB yang terlibat..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk