02/07/2012

Penjawat Awam Perlu Jalani Ujian Air Kencing! - Ramai Yang High Masa Kerja? @AADKMalaysia




Dadah! Merupakan musuh utama kepada belia kerana kini ia amat mudah didapati. Dan kerana itu juga Keris menyokong Skuad Muda AADK yang lebih kepada gerak kerja membimbing dan mencegahn daripada gejala dadah terus menular dalam jiwa belia.

Cukup sampai di situ untuk memuji tindakan mereka. Keris mahu memberi pendapat kepada pihak AADK. Kini sebenarnya jika diteliti dengan betul, ramai daripada mereka yang bekerja sebagai penjawat mengambil dadah.

Jika pihak AADK hanya mahu menunggu laporan baru membuat sebarang tindakan bimbingan maka memang sampai ke sudah pencegahan tidak dapat dilakukan.

Saranan yang Keris cadangkan ini telah lama Keris fikir setelah baru-baru ini Keris melihat sendiri wajah seorang pekerja hospital. Bukan prejudis namun pengalaman sewaktu belajar dahulu membuatkan Keris kenal wajah-wajah mereka yang mengambil dadah.

Sudah pasti sebelum sesuatu yang buruk berlaku seperti kecurian, gangguan emosi dan sebagainya kerana kita tahu kesan-kesan itu akan wujud sekiranya bekalan mereka terputus. Tak akan dah jadi baru kita mahu bertindak? Jadi kita harus kritis dan bijak dalam menangani masalah penggunaan dadah oleh penjawat awam.

Setelah bertanya pendapat kepada beberapa rakan dan Keris dapat satu idea. Keris mencadangkan supaya pihak AADK melakukan pemeriksaan air kencing secara rambang serta mengejut dan tanpa notis pemberitahuan. Kalau bagitahu memang semua bersih kerana kadang-kadang kawan akantolong selindung.

Ini langkah pencegahan terbaik yang Keris rasa AADK memang mampu lakukan dengan baik. Mungkin kita mulakan dengan pihak kerajaan, dan pergi kepada sekolah pula dan InsyaAllah dadah bukan lagi akan menjadi satu sumber masalah kepada rakyat Malaysia.

K7L: Keris sedia dipanggil untuk berbincang jika perlu :)..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk