16/07/2012

Pemuda Seputeh Tunjuk Taring Hentam UDA! @razlanrafii



Keris bangga dengan Timbalan Pengerusi UMB yang juga Ketua Pemuda Seputeh kerana kelantangan dia dan Pemuda Seputeh menunjukkan bahawa Pemuda juga ada taringnya! Dah tiba masa untuk kita membawa kembali semangat Tun Sardon Jubir, Dato' Senu, Dato' Harun dan semua bekas kepimpinan Pemuda yang lantang.

Dah bosan melihat sesetengah pemimpin Pemuda yang lesu dan meninggalkan bahagian terkontang kanting tanpa arah,. Masa bertanding memang janji macam-macam. Mudah sahaja untuk memimpin Pemuda, Anda kena jadi garang dan lantang! Itu pandangan Keris! Dan selain Kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia, Pemuda Bahagian juga puny peranan dalam menegakkan apa yang patut diperjuangkan dan Keris melihat Pemuda Seputeh salah satu daripadanya.

Keris petik artikel saudara Razlan :

Bertempat di Peral Internation Hotel, buat julung kalinya Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh berkesempatan untuk bermesyuarat di sebuah Hotel, sebelum-sebelum ini ianya hanya di buat di Dewan Besar UMNO Bahagian Seputeh di Taman Desa.

Lokasi ini dipilih adalah kerana kali ini Pergerakan Puteri juga turut sama dalam acara Perasmian yang disempurnakan oleh YB Dato Seri Mohamed Nazri Aziz, Ahli Majlis Kerja Tertinggi merangkap Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas.

Tepat Jam 2.30pm, YB Dato Seri hadir bersama rombongannya dan terus kami bawa kepada bilik menuggu, turut sama menjemput adalah Datuk Mustapa Kamal, Ketua UMNO Bahagian dan A.Rahim Aman, Timbalan Ketua.

Didalam aluan oleh Mohd Razlan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, beliau menegaskan seluruh UDA perlu merasa malu terhadap campurtangan dan nasihat YAB Dato Seri Najib berkenaan dengan Isu MEROBOHKAN BUKIT BINTANG PLAZA.

"YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pergi ke hulu ke hilir, berkerja siang malam pagi petang subuh senja(bak kata Ahmad Maslan) , perkara kecil pun mereka gagal, seharusnya UDA mempunyai semangat mempertahankan Hak Melayu, ini pun mereka tidak boleh pikirkan, tidak boleh mengambil keputusan secara kolektif didalam Lembaga Pengarah! Kalau saya jadi Pengerusi, CEO atau ahli Lembaga Pengarah, saya letak jawatan, malu saya nak menghadap YAB Perdana Menteri" - Mohd Razlan.

Itulah desakan dan pendirian Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh terhadap isu kemiskinan.

"Jesteru itu, didalam pembangunan TLDM Sungai Besi, kami mendesak agar semua UMNO Bahagian dimasukkan didalam kumpulan perancangan pelan pembanggunan, ini sahaja tanah yang tinggal di dalam Kuala Lumpur, kita perlu merancang dengan lebih teratur untuk menentukan Melayu tidak hilang di Bandar" - Mohd Razlan.

Dalam isu Agama pula, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh mengusulkan agar Sekolah-sekolah Tahfiz di iktiraf dan di naik taraf sama seperti sekolah kebangsaan.

"Di dalam mesyuarat kami nanti, kami akan mengusulkan agar Sekolah Tahfiz di martabatkan dan dinaik tarafnya sama seperti Sekolah Kebangsaan, kita tidak mahu lagi melihat anak-anak yang belajar di Sekolah Tahfiz ini mati kerana tanah runtuh, kebakaran dan macam-macam lagi insiden yang tidak diingini" - Mohd Razlan

Baca selanjutnya di SINI

K7L : Tahniah Abang Lan! Macam ini baru PEMUDA!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk