26/07/2012

Kemana Haron Din Dicampak Oleh Orang PAS?






Kemana menghilangnya Timbalan Mursyidul Am PAS?

Dahulu golongan ulama memang menguasai PAS menyebabkan mereka sedikit terkawal dari segi ucapan mahupun perbuatan yang melanggar syarak atau kesucian Islam. Pada Era Arwah Fadzil Nor memang ramai ulama menonjol. Namun setelah PAS kehilangan Ustaz Fadzil Nor, momentum politik berubah banyak setelah dipimpin oleh Haji Hadi.




Bermula dengan Fatwa Rusila yang menghalalkan darah UMNO untuk syahid, kemudian pergi kepada banyak lagi kesongsangan dan pemesongan akidah antaranya membenarkan Kalimah Allah dan ayat Al Quran dipakai oleh orang-orang DAP, perjanjian masuk syurga jika undi PAS, menggunakan alasan Allah mengarahkan PAS untuk merampas kuasa dan banyak lagi. Baru-baru ini ada satu angin berlaku didalam PAS iaitu penceramah agama dipinggirkan dan diganti oleh artis-artis PAS untuk memaki hamun kerajaan.

Melihat kepada perkara ini, Keris tertanya-tanya kemana perginya para ulama di dalam PAS? Umum tahu Ustaz Haron Din memang seorang yang arif dengan ilmu agama dan tak pernah dia memburukkan kerajaan malah dia menjadi pembangkang yang menegur dan mengkritik bukan pembangkang yang memaki hamun.

Kini setelah tsunami 2008 dimana Pakatan terbentuk, Haron Din dan beberapa nama ulama PAS seakan telah 'dicampak' dari area politik PAS. Mengapa? Apa khabar dia sekarang? InsyaAllah jika diizinkan Allah Keris akan bertemu dengan Ustaz Harun Din.

K7L : Dengarnya tidak sihat..Wallahu'alam..

3 ulasan:

  1. Kalau dahulu pentas ceramah PAS akan ada para ilmuan agama saperti Harun Din, Ismail Kamus dan Taib Azamuddin tetapi sekarang di pentas ceramah PAS lagi hebat sebab akan diterajui oleh pakar membuat fitnah..pakar maki hamun dan menjatuhkan maruah orang serta akan disulami dengan syarahan daripada ustaz dan ustazah segera..iaitu artis2 yang dah tak berapa laku cuma mengharapkan rezeki CASH hasil daripada sumbangan daripada penyokong PAS yang saperti burung belatuk..

    ReplyDelete
  2. Aku perasan sejak Harun Din komen isu Kalimah Allah dia dah jarang2 keluar menonjol.

    ReplyDelete
  3. time ads isu,ulama lah,ustazlah,tinggi ilmu agamalah, bila Ustaz harun Din suh undi PAS? macamana? nak ikut tak?

    maka benarlah kita ni rasa diri bijak dalam keputusan kononnya dunia ni kita tau semua, ustaz dengan ulamak ni hanya waktu upacara agama, hal pemerintahan, kita lagi tau? ustaz dengan ulama tak tau semua tu?

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk