17/07/2012

Penyanyi Diva Masuk PAS Sebab Salahuddin Ayub?



Sejak dua menjak ini Naib Presiden PAS dah meroyan sebab ramai artis sebenarnya berpihak kepada Kerajaan Barisan Nasional maka mereka tersedak untuk mendapat aura daripada golongan selebriti. Sebab itu dikutipnya Leman Raja Lawak yang tak kelakar dan Hairie Othman yang dah takde peminat sangat.

Dan baru-baru ini Salahuddin Ayub ada keluarkan kenyataan mengatakan Kak Ning Baizura juga akan masuk PAS. Setelah dirisik-risik Keris mendapat maklumat bahawa Kak Ning Baizura dan suami amat terkejut apabila namanya naik konon dirinya akan menyertai PAS. Keris pasti Kak Ning berasa marah kerana dia hanya mahu mencari rezeki bukannya mahu berceramah serta menabur fitnah kepada kerajaan.

Keris hairan juga kerana Kak Ning dulu Keris pernah nampak dia jadi juri di Program BN Youth Music yang dibawa oleh Exco Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar. Mustahil orang yang mahu terlibat dengan PAS membantu program BN.

Keris pun tahu Kak Ning bukan macam Abby Abadi yang mahu berubah kononnya tetapi dengan didikan agama yang tak sampai setahun dia dah mula jadi Ustazah PAS yang berceramah agama dan menentang kerajaan.

Apapun Kak Ning, Keris sarankan supaya saman sahaja Salahuddin Ayub sebab dengan senang hatinya kata Kak Ning akan sertai PAS. Orang tak reti bahasa macam Salahuddin Ayub ini perlu diajar sedikit kalau tak dia tak akan segan silu menjual nama artis lain selain daripada Kak Ning.

K7L : Ingat PAS tu agama ke?..ajar sikit baru dia kenal erti penyesalan!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk