Tun Faisal Blogspot ada mengumpulkan semua artikel berkaitan perubahan yang perlu dilakukan di dalam UMNO. Mari kita baca semua :
Riak-riak TUNTUTAN PERUBAHAN di dalam UMNO sudah dimulakan. Terbaru adalah tulisan dan gerakan yang akan dimulakan oleh blogger ternama, Dr Novandri. Dalam Tulisan Dr Novandri ini,bukan sahaja pemimpin lama yang tidak berkesan patut digantikan, malah pemimpin muda yang hanya pandai beretorik, tidak efektif, malas, tidak berani dan gagal bersuara untuk membawa perjuangan juga tidak wajar dipilih semula.
Sebelum tulisan Dr Novandri, sudah ada sejumlah tulisan yang agak berani menuntut perubahan. Antara tulisan yang pertama adalah daripada blogger Shah Alam Rebels (SAR). Tulisan SAR ini disahut pula oleh beberapa blogger yang lain seperti Sangkakala, Keris 7 Lok dan APA.
PEMILIHAN UMNO 2013: SENARAI KETUA BAHAGIAN DI SELANGOR YANG WAJIB BERUNDUR!!!
http://shahalamrebels.blogspot.com/2013/07/terkini-pemilihan-umno-2013-senarai.html
Jom kita ubah atau rebah. @NajibRazak
http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2013/07/jom-kita-ubah-atau-rebah-najibrazak.html
PEMILIHAN AGUNG UMNO !!! WILAYAH PERLU JUGA PERTUKARAN
http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/07/pemilihan-agung-umno-wilayah-perlu-juga.html
SELEPAS UMNO SELANGOR - BEBERAPA KETUA UMNO BAHAGIAN #WILAYAHPERSEKUTUAN JUGA PERLU DITUKAR!
http://keris7lok.blogspot.com/2013/07/selepas-umno-selangor-beberapa-ketua.html
Pemilihan UMNO 2013 - UMNO perlu perubahan RADIKAL di bahagian? @NajibRazak
http://tunfaisal.blogspot.com/2013/07/pemilihan-umno-2013-umno-perlu.html
Antara laman Facebook yang kritikal tentang pemilihan ini pula adalah
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO
https://www.facebook.com/paumno2013
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO - PEMILIHAN 2013
https://www.facebook.com/groups/158207144372484/
Malangnya, yang memulakan riak ini, bukan pemimpin UMNO, tetapi golongan Blogger dan Facebooker yang sayangkan UMNO dan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara. Dalam UMNO, suara-suara yang menuntut perubahan, hanyalah sekadar bisikan. Sama ada bisikan kecil yang mengajak perubahan ini dapat disahut dengan keberanian dalam bentuk TINDAKAN dan UNDI di cawangan dan bahagian, itu belum pasti lagi.
Bacaan saya, dengan sistem warlord yang ada, keberanian dan ketrampilan pemimpin muda di peringkat bahagian, kekurangan sumber di kalangan pemimpin muda dankecenderungan perwakilan-perwakilan UMNO yang rata-ratanya masih mengundi mengikut blok, arahan pemimpin bahagian atau kerana kepentingan diri, rasanya,TUNTUTAN PERUBAHAN yang ingin digerakkan oleh golongan Blogger dan Facebooker UMNO ini SUKAR hendak direalisasikan.
Lebih-lebih lagi JIKA ramai di kalangan 150,000 perwakilan ini tidak membaca blog dan mempunyai akaun facebook.
Dengan syarat yang baru dimasukkan seperti `KEMESTIAN UNTUK MENJADI AJK BAHAGIAN SELAMA SATU PENGGAL', peluang pemimpin muda dalam UMNO akan dihadkan.
Dengan tempoh berkempen yang pendek dan pemilihan dilakukan serentak dengan pemilihan di peringkat Bahagian, maka peluang untuk pemimpin baru seolah-olah hampir tiada, sebaliknya ia membolehkan sistem warlord terus mengambil tempat dan memberi advantage atau kelebihan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi sedia ada, iaitu para Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi yang menyandang jawatan.
Jika ini senarionya, maka gerakan yang dimulakan oleh Blogger dan Facebooker ini hanya akan menjadi sekadar gerakan di ALAM MAYA. Tetapi, itu tidak seharusnya menghalang para PEJUANG di kalangan blogger dan facebooker yang sayangkan UMNO dan perjuangan ABATA ini mencuba.
Mampukan riak-riak TUNTUTAN PERUBAHAN oleh para blogger dan facebooker pro-UMNO ini digerakkan sehingga menjadi GELOMBANG, seterusnya TSUNAMI yang boleh mengubah senario kepimpinan dalam UMNO? Saya masih kurang yakin kerana faktor-faktor yang telah saya senaraikan tadi..
BACA TULISAN DR NOVANDRI DI BAWAH UNTUK MENGIKUTI DAN MEMAHAMI GERAKAN TUNTUTAN PERUBAHAN YANG AKAN DIMULAKAN OLEH BLOGGER DAN FACEBOOKER DI PULAU PINANG
SEBAB CALON-CALON MT & PEMUDA UMNO PERLU DI TOLAK DI #PAU13
http://novandri.blogspot.com/2013/08/1-sebab-calon-calon-mt-umno-perlu-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29
1. MiM percaya transformasi parti UMNO mesti bermula dengan menolak pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak perform dan terlalu lama dengan jawatan yang dipegang.
2. Pemimpin-pemimpin ini sepatutnya sedar sudah tiba masanya untuk mereka berundur dan memberi peluang kepada pelapis yang lebih muda untuk membolehkan proses rejunivasi dan percambahan idea-idea yang lebih relevan dengan masa kini.
3. Sebagai penganalisis politik dan juga salah seorang wakil ahli UMNO yang akan mengundi di pemilihan kepimpinan UMNO tidak lama lagi, MiM akan mulai menyenaraikan calon-calon yang MiM dan rakan-rakan yakin akan meneruskan transformasi parti UMNO/BN dan kerajaan.
4. Penyenaraian ini sangat penting untuk membolehkan ahli-ahli UMNO menilai sendiri calon-calon yang akan bertanding supaya kita tidak tersilap pilih terutamanya ketika parti bakal menghadapi PRU14 yang dianggap paling sukar dalam sejarah UMNO dan Barisan Nasional.
5. Cukuplah dengan calon-calon MT dan Pemuda UMNO yang lantang dan rajin turun ke akar umbi hanya ketika kempen tetapi selepas itu susah untuk bertemu dan tidak melaksanakan tanggungjawab yang diberi.
6. Sudah tiba masanya untuk MiM membantu fokuskan usaha untuk memastikan kepimpinan UMNO yang berdepan PRU14 adalah yang terbaik.
7. Jika diberi jawatan-jawatan penting, pemimpin-pemimpin ini bukannya memudahkan pentadbiran Najib Razak tetapi kerap menjadi liabiliti parti dan kerajaan hingga menyusahkan jentera media alternatif pro-UMNO untuk mempertahankan parti.
8. Dengan protokol mengundi yang berbeza dan melibatkan lebih ramai lagi akar umbi wakil UMNO di peringkat cawangan dan bahagian, maka adalah mandatori MiM dan rakan-rakan untuk memilih calon-calon yang terbaik untuk diketengahkan supaya akar umbi wakil UMNO lebih tahu bakali-bakal pemimpun mereka.
9. Status Menteri atau Timbalan Menteri dalam kepimpinan tertinggi UMNO dan sayap-sayap parti yang diketahui tidak akan membantu proses transformasi parti UMNO mesti ditolak demi kesinambungan parti UMNO.

K7L : Tunggu ya mood raya habis..hehe
article yg bagus, tapi kita sebenarnya mungkin dah terlupa cerita pasal azeez rahim, dia tak layak terajui tabung haji. soal degree beli tu bukan isu besar sgt ,masalahnya kita tak mau orang kaki sakau lead tabung haji, azeez tolong letak sendiri jawatan dlm tabung haji sebelum ko diterajang rakyat. buat macam2 program masyarakat, ekspedisi bantuan itu dan ini , rupanya ada udang di sebalik batu, peruntukkan berapa? berapa banyak lagi yg azeez sapu??? pasal kegiatan x senonoh lain tu... takkanlah nak tunggu sampai org campak gambar??
ReplyDeleteAda jugak orang jeles ngan Azeez... UMNO tetap akan hidup dalam mimpi yang indah... aku tunggu ajer BN tertungging dlm PRU13... ngan adanya orang yang jeles sesama orang Islam dan yang suka cium bontot cina, tersungkur lar pemimpin2 UMNO alamatnya... musuh Islam banyak, musuh negara pun banyak...
ReplyDeleteUsaha para bloggers bagi mengubah kepimpinan Umno adalah usaha murni dan perlu diteruskan Mungkin kesannya agak sedikit malah status quo kepimpinan umno akan kekal tapi semuanya perlu bermula disatu garis permulaan. Ramai ahli umno yg membantu memenangi calon BN dlm pilihanraya yg lalu atas kesedar an dan kempen dari bloggers. Jangan terkejut ahli yg sama akan mengulang apa yg di buat pada piliharaya 2008. Yg jelas kepimpinan UMNO harus di tukar di kepala supaya ekornya tidak busok!!!!!!!!
ReplyDelete