29/07/2013

Selepas UMNO Selangor - Beberapa Ketua UMNO Bahagian #WilayahPersekutuan Juga Perlu Ditukar!




Sebelum ini Keris ada sambut cerita pasal UMNO Selangor [SINI]. Sekarang Keris nak minta juga supaya beberapa UMNO Wilayah Persekutuan melakukan perubahan demi keutuhan organisasi UMNO.


Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang gagal membantu dalam memenangkan BN harus ditukar. Ada tu sudah berapa penggal pegang pun masih di takuk yang lama. Keputusan masih tidak berubah.

Berikut adalah senarai Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang sepatutnya dengan 'gentleman' mengundurkan diri dan bertanggung jawab di atas kekalahan pada #PRU13 :

1. Kepong - Datuk Haji Rizuan Bin Abd Hamid

2. Batu - Haji Yahaya Bin Mat Ghani 


3. Wangsa Maju - Dato’ Dr. Haji Mohd Shafie Bin Abdullah

4. Segambut - Dato’ Haji Kamarudin Bin Haji Ambok

5. Bukit Bintang - Dato’ Seri Abdul Azim Bin Mohd Zabidi

6. Cheras - Datuk Wira Syed Ali Bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee

7. Bandar Tun Razak - Saharudin Bin Haji Zainal Abidin (Pemangku)
Kebanyakan diantara mereka pernah dilantik sebagai Senator. Peluang apa lagi yang mahu diberikan jika semua ruang yang diberi tidak digunakan untuk memenangkan BN di Wilayah Persekutuan? 

Kini sudah tiba masa untuk beri laluan pada yang lebih energetik dan muda untuk bekerja. Jangan nak jadi macam sistem pemilihan 'Agung' pula di Wilayah yang mana semua pegang berpenggal-penggal hanya untuk tunggu kerusi Senator. Senator pun patutnya orang muda yang dapat kali ini.

Jika tak jadi Senator, mereka-mereka ini akan diletak untuk memegang beberapa jawatan penting, memegang yayasan dan ahli lembaga kepada organisasi tertentu. Owh! Ini bukan membuka pekung UMNO tetapi realitinya mereka yang memegang KUB memang layak diberi jawatan tertentu dengan harapan dapat membantu BN.

Keris yakin dan pasti ketiadaan mereka-mereka yang sudah boleh digelar 'Dinasour Politik' akan memberi nafas baru kepada UMNO Wilayah Persekutuan. Dari mengabihkan boreh yo dengan 'high maintenance' mereka, lebih baik tukar sahaja.

Tik Tok masa sentiasa berjalan dan mereka-mereka ini sudah 'senang' tetapi gagal dalam membantu kemenangan Barisan Nasional. Buat apa duduk di Bahagian lagi jika sudah tak mampu 'berkhidmat' dengan cergas dan cerdas? Beri peluang pada muka baru untuk memimpin. 

Rakyat perlukan pemimpin bukan pemimpin yang pilih untuk rakyat. Lebih-lebih lagi Bahagian Cheras. Apa sudah tiada lagikah orang yang bijak politik di Cheras selain daripada keluarga Syed Ali dan Syed Mehdar? Cakap pung pang pung pang, tegur orang sana dan sini, salah orang itu dan orang ini tapi kawasan sendiri tak boleh jaga?

Orang muda tak suka dengan 'tin-tin kosong' yang cakap berdegar-degar. ingat #PRU14 kelak orang muda jadi penentu. UMNO perlu lebih inklusif buat orang muda supaya suara dan pandangan mereka didengari. 

Ada juga beberapa bahagian yang tidak perlu ditukar namun tidak salah jika nafas baru diberi peluang seperti :

1. Setiawangsa - Dato’ Sri Zulhasnan Bin Rafique

2. Lembah Pantai - Dato’ Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin

3. Seputeh - Dato' Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff 


Bagi Setiawangsa, mungkin elok juga tukar kerana kita perlukan orang baru untuk bergerak lebih efisien dalam mempertahankan kerusi BN di Setiawangsa. Lembah Pantai pula rasanya Dato' Raja Nong Chik sudah banyak buat kerja dan kalah pun sedikit sahaja daripada Nurul Izzah. Wajar diberi peluang sekali lagi dan harap mampu menang.

Untuk bahagian Seputeh pula, memang benar mereka kalah kerana komposisi kaum tetapi kalau nak ganti Dato' Mus, kena rajin dan kuat bekerja macam dia. Bukan macam orang yang nak lawan dia yang hanya nak jawatan tapi belum tentu mampu bekerja macam dia. Kalau betul nak ganti biar orang muda. Jika tak ada yang relevan, beri Dato Mus peluang berkhidmat lagi.

Hanya tiga sahaja bahagian di Wilayah Persekutuan yang tidak perlu ditukar buat masa ini kerana rekod baik dalam memastikan BN mendapat kerusi di Parlimen :


1. Putrajaya - Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor 

2. Titiwangsa - Datuk Johari Abdul Ghani (Pemangku)

3. Labuan - Datuk Yunus Bin Haji Kurus (Pemangku)


Keris bersetuju dengan tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh satu gerakan ahli UMNO yang mahukan UMNO kekal gagah. Menurut blog Shah Alam Rebels a
ntara tuntutan mereka adalah:

1. Mendesak KUB yang telah berkhidmat lebih dua penggal supaya melepaskan jawatan dan tidak mempertahankannya.

2. KUB yang kalah pada pilihanraya yang lepas digesa berundur serta merta dan melupakan hasrat untuk bertanding pada pemilihan kali ini.

3. Para perwakilan diminta supaya melaporkan segala kegiatan rasuah dan beli undi yang melibatkan calon-calon bertanding. Jika calon ditangkap, pengadu akan diberi ganjaran RM1000.

4. Para perwakilan diminta supaya menolak calon-calon 'kaki projek' yang dikenal pasti hanya menggunakan jawatan dalam UMNO untuk mendapatkan projek-projek kerajaan.

K7L : Masa untuk transformasi!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk