29/08/2013

Apakah DS Azalina Mampu Menjadi Tangan Ajaib Mencorak Semula Kepimpinan Wanita UMNO?




Keris memetik artikel ini dengan soalan apakah DS Azalina orang yang layak untuk memipin Wanita UMNO? Kata Mc :

Dalam banyak-banyak pertandingan dalam pemilihan UMNO kali ni, Mc lebih tertarik dengan perebutan tempat Ketua Wanita UMNO Malaysia. Sememangnya Mc melihat wanita UMNO adalah nadi dalam UMNO. Keahlian wanita dalam UMNO saja dah hampir setengah dari jumlah 3 juta ahli UMNO.

Sememangnya wanita UMNO perlu pemimpin yang agak 'taktikal' dan keras untuk terus membawa wanita UMNO kesatu tahap yang lain.

Apabila Mc mendengar temubual bersama Dato Seri Azalina Othman di Bernama selama tempoh sejam dalam rancangan Hello Malaysia, yang bertajuk Bahang Wanita UMNO, ternyata aura Puteri dan semangatnya sebagaimana beliau lakukan dalam Puteri masih panas.

Bila Dato Azalina umumkan beliau akan bertanding untuk merebut jawatan Ketua Wanita UMNO, Mc rasa beliau mampu lakukan. Walaupun ada desas-desus yang memperlekehkan watak beliau.

Beliau telah jelaskan tujuannya melawan Kak Jat bukan mahu memporak perandakan Wanita UMNO tapi mahu mentransformasikan Wanita UMNO ke arah lebih bagus.

Sampai bila kita nak orang pandang wanita UMNO ni golongan makcik-makcik yang lemah. Dengan perubahan pemimpin yang 'laju' macam Azalina, mungkin golongan 'makcik' ni boleh menjadi 'super makcik' dan membantu kempen UMNO dalam PRU yang akan datang.

Kita hanya ada 4 atau 5 tahun lagi untuk merubah apa yang ada sekarang. Tidak mustahil 'tangan ajaib' yang mencorakkan puteri UMNO dulu, dapat di ulang semula di dalam wanita dari sudut yang berbeza.

Itulah harapan orang muda dalam UMNO..mahukan UMNO lebih segar dengan suntikan semangat baharu!!

K7L : Macamana?..

2 ulasan:

  1. bukan seorang ibu..namum tetap seorang wanita.

    ReplyDelete
  2. Sebagai seorang wanita, seorang ibu dan seorang isteri, saya merasa agak janggal jika saya menerima Azalina sebagai Ketua Wanita Umno.

    Ahli Wanita Umno ramai. Amat ramai. Dan majoriti ahli adalah wanita, ibu dan isteri.

    Saya bukan pandang rendah kpd Azalina. Beliau seorang ahli politik yg bijak. Seorang peguam hebat.
    Saya juga tidak anti atau pandang rendah kpd beliau hanya kerana beliau berwatakan masculine, tidak berkahwin dan tidak bergelar ibu.

    Saya sendiri kahwin lewat dan saya amat faham perbezaan hidup antara sebagai wanita yang berkahwin dan bergelar ibu dgn sebagai wanita yang belum berkahwin.

    Perbezaannya amat besar.

    Bagaimana Azalina nak pimpin pertubuhan yang majoriti ahlinya datang dari dunia yang berbeza dengan beliau.

    Azalina juga tidak berjiwa wanita. Dia memang tomboy sejak zaman muda lagi.

    Wanita adalah manusia yang halus perasaannya.

    Mungkin orang lelaki sukakan wanita keras dan masculine sebagai rakan pemimpin mereka...boleh buat buddy tapi kami orang perempuan mahukan seorang wanita yang berjiwa wanita untuk memimpin kami.

    Saya yakin.
    Pasti ada ahli Wanita lain yang berkaliber yang boleh memimpin kami selain dari Kak Jat.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk