14/08/2013

Mengapa @Armand_PJU Mesti Dipilih Sebagai #ExcoPPUM #Armand4Exco #Pemilihan2013


Suatu senja tahun 2011 :


K7L : salam abg armand..sy nk join nationalis pemuda bleh?..sy ahli pemuda putrajaya..

Armand : Bole. Alhamdulilah..U r always welcome

K7L : macamana caranya bro?..mgkn sy utarakan pada rkn2 di cawanagn sy..


Armand :Sedang Dlm Proses, kita duduk semeja utk perbincangan dulu bro apamcm

K7L : boleh saja..kita bleh jumpa di putrajaya..sy skeptikal sket pada perjuangan.. baik bro..ni no sy 01*******..apa2 msg..atau kol..terima kasih tuan..semoga trus berdiri teguh dalam berjuang sesuatu yg masih blum selesai..

Armand :Insyallah, nanti sy kol bro

Inilah kenangan Keris dengan Saudara Arman Azha yang kini menawarkan diri sebagai Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia. Persahabatan kami mula terjalin sehinggakan rasa hormat Keris kepada Arman sebagai keluarga menjadikan kami lebih akrab.

Kami sama-sama dalam penubuhan Suara Anak Muda 1Malaysia yang memberi ruang kepada anak muda untuk bersuara. Siapa kenal dengan Arman? Jiwanya besar dan perjuangannya utuh. Terus terang Keris tidak menyesal mengenalinya.

Ah! Bukanlah atas sebab sahabat Keris mahu dia dipilih tetapi pengalaman bersama beliau selama beberapa tahun ini menjadikan Keris terdetik untuk menulis memberitahu bahawa inilah antara anak muda yang perlu dibawa dalam UMNO dan perlu berada di barisan hadapan.

Mudah didekati dan mudah didampingi barulah anak muda nak dekat dengan UMNO!

Keris undi Arman untuk Exco!



" Ketua Adalah Seorang Hamba Yang Persembahkan Dirinya Supaya Menjadi Pesuruh Kepada Sekalian Rakyat Jelata Dan Tugasnya Ialah Untuk Mengorbankan Diri Untuk Berkhidmat Kepada Rakyat Jelata, Itulah Makna Yang Saya Tahu Dan Itulah Lambang Perjuangan Saya Sebagai Pemimpin UMNO" : Amanat Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman. 

Ini Merupakan Salah Satu Pegangan Saya Dalam Perjuangan UMNO Sejak Saya Menjadi Ahli UMNO Pada 07hb Januari 1995. Saya Datang Daripada Keluarga UMNO Sejak Atuk , Bapa Sehinggalah Pada Saya. Apa Yang Saya Letak Dalam Diri Saya Bila Menjejak Kaki Dalam Arena Politik Adalah Semangat Keikhlasan Dan Senantiasa Ingin Memberikan Yang Terbaik Kepada Rakyat Jelata. 


Janganlah Masuk Politik Kerana Mahu Kejar Kekayaan Ataupun Jawatan. Saya Yakin Jika Kita Bawa Prinsip Keikhlasan Dalam Perjuangan Kita Tidak Akan Kecewa. Prinsip Perjuangan Untuk Menegakkan Kebenaran, Keadilan Dan Membantu Rakyat Sebagai Api Perjuangan Utama Insyallah Akan Berjaya.

Saya Bukan Anak Orang Berada, Saya Bukan Anak Tan Sri, Saya Bukan Anak Dato, Saya Bukan Anak Bangsawan, Saya Bukan Anak Raja...Tapi Saya Seorang Anak Muda Daripada Kampung Yang Ingin Menawarkan Khidmat Tulang Empat Kerat, Tenaga Saya, Idea Saya, Semangat Saya Dan Diri Saya Sebagai Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia..Saya Mohon sokongan dan Bantuan Sahabat-Sahabat Untuk Berikan Saya Amanah Dan Tanggungjawab Bagi Saya Galas Selepas Pemilihan Akan Datang.

#Armand4Exco

E-MAIL : arman_bbc36@yahoo.co
BLOG : http://armand.my
FACEBOOK : www.facebook.com/armandpju
TWITTER : @Armand_PJU
UMUR : 38
LAHIR : 12TH December 1975
WARGANEGARA : Malaysia
STATUS : Berkahwin
HOBI : Membaca , Motor Sports, Scuba Diving, Mengembara

Baca profail penuh kekanda Keris ini di [SINI]

K7L : Ada lagi calon Exco yang Keris akan tulis untuk dikenali oleh perwakilan..

2 ulasan:

  1. Kalau boleh tanding sahaja jawatan Ketua Pemuda Umno kalau tidak .....Lain kali lah.

    ReplyDelete
  2. Azeez rahim punya cerita terbaru takde ke? Takkan dah senyap, banyak orang tak senang duduk azeez jadi pengerusi tabung haji, ungku aziz dah letak benchmark pengerusi tabung haji di satu tahap yg tinggi, dari segi akademik dan pangalaman bisnes. Ya betul azeez byk buat kerja kebajikan tapi tak boleh disamakan dgn dunia korporat. Azeez buat kerja kena ada kamera wartawan dan blogger, sbb nak canang satu dunia ex tingkat 4 ni buat kerja moolia, belakang masyukk...buat kerja ada makna

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk