01/08/2013

Penjelasan 'Review' #NewVillage - #WajibBaca Jika Rakyat Malaysia Nak Faham!



Satu penjelasan yang sarat dengan penerangan jelas daripada Salah Ad-Din :



1. Filem The New Village yang sedang sibuk diperkatakan ketika ini merupakan satu lagi bencana terhadap hubungan antara kaum yang kini menjadi semakin kritikal.

2. Saya tidak akan pergi dari satu plot ke plot lain tetapi akan menggambarkan secara keseluruhan tentang mesej dan kesimpulan yang ingin disampaikan melalui filem ini.

3. Filem ini adalah terbitan Astro Shaw dan syarikat produksinya adalah Yellow Movies Sdn. Bhd. serta diarahkan oleh Wong Kew-Lit, seorang pengarah tempatan.

3a. Secara psikologinya, nama produksi filem ini pun telah merujuk kepada revolusi warna yang dibawa oleh BERSIH.


4. Secara kerangkanya, filem ini mengisarkan kisah percintaan seorang lelaki (Ah Nam) yang merupakan seorang ahli Komunis dan seorang perempuan (Lee Wen Xiu) kampung tersebut.

6. Filem ini juga memaparkan seorang watak protagonis (hero) yang merupakan ahli Komunis yang bercinta tersebut dan seorang watak antagonis (villain) yang merupakan Ketua Polis dibawah Pentadbiran Ketenteraan British.


7. "New Village" atupun Kampung Baru yang digambarkan tidak kelihatan seperti suatu penempatan malah ia lebih mirip kepada sebuah kem konsentrasi seperti kem tahanan Yahudi semasa Perang Dunia II. Penduduk New Village ini juga dilayan dengan teruk seperti tahanan perang. 

8. Secara keseluruhannya pihak British digambarkan sebagai jahat, kejam dan menindas orang Cina.

8a. Pihak Komunis pula digambarkan sebagai pembela dan pelindung bagi orang Cina.

9. Emosi filem ini membawa penonton untuk bersimpati kepada perjuangan Komunis dengan memaparkan kesusahan yang dihadapi Komunis di dalam hutan. Orang Cina di dalam filem ini digambarkan turut bersimpati dan membantu dengan memberi makanan, ubat-ubatan dan maklumat.


10. Satu perkara yang mencuri perhatian saya adalah penggunaan 'pengkhianat' yang merujuk kepada orang tempatan yang bekerjasama dengan pihak British. Secara halus, Ketua Polis yang jahat itu dipakaikan beret berlogo Rejimen Askar Melayu (Rejimen yang khusus untuk orang Melayu) walaupun yang memegang watak tersebut adalah seorang berketurunan Cina dan memainkan wataknya sebagai seorang berketurunan Cina.

10a. Persepsi saya menyatakan bahawa 'pengkhianat' yang cuba disampaikan oleh filem ini merujuk kepada orang Melayu.

11. Watak Ketua Polis itu juga digambarkan sebagai sangat jahat serta bersaing untuk bercinta dengan gadis yang sama dengan watak protagonis (hero). Emosi penonton akan terarah untuk membenci watak Ketua Polis tersebut.

12. Di dalam filem ini juga Komunis tidak digambarkan melakukan sebarang keganasan dan memberi ancaman terhadap orang kampung.

13. Satu babak di antara Ah Nam dan juga kekasihnya di dalam gua menceritakan kekejaman Jepun terhadap orang Cina dan juga penindasan British terhadap keluarganya memaksa beliau untuk berjuang kerana pada tanggapannya British dan Jepun adalah sama sahaja; iaitu penjajah.

14. Pada akhir filem, emosi penonton akan terarah untuk membenci dua konsep yang utama iaitu Polis/Tentera dan juga British/Pentadbiran.

15. Filem ini bersifat anti-establishment yang memberikan simpati kepada sebelah pihak sahaja.

16. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa Kerajaan tidak patut membenarkan filem ini untuk ditayangkan.

17. Pertama, semua pelakon terdiri daripada kaum Cina dan beberapa 'orang putih'. Orang Melayu tidak akan ada sebarang emotional attachment terhadap filem ini kerana tidak ada sebarang perkara untuk dikaitkan.

18. Kaum Cina pula adalah sebaliknya. Segalanya adalah mengenai kaum Cina di Malaysia. Emosi kaum Cina akan terarah kepada kebencian. Babak yang memaparkan rumah kaum Cina dipecah, tempat sembahyang dimusnahkan hanya kerana keluarga tersebut engggan berpindah mampu menjadi 'trigger point' kepada emosi kaum Cina.

19. Filem ini juga membawa maksud untuk menidakkan sejarah kemerdekaan negara. Perjuangan Tunku dan UMNO adalah palsu dan pejuang kemerdekaan yang sebenar adalah pihak Komunis. Langsung tidak digambarkan perjuangan dan sumbangan Tunku dan UMNO dalam mencapai kemerdekaan.

20. Sekiranya penonton tidak mempunyai pegangan sejarah yang kuat, mereka boleh membuat kesimpulan bahawa filem ini adalah benar dan perjuangan Komunis juga adalah benar. Kerajaan yang dibina pada hari ini dibina atas perjuangan Komunis dan seharusnya dikembalikan kepada pihak Komunis.

21. Di akhir filem tersebut, satu teks telah dipaparkan yang bertulis:

"Dedikasi kepada Pejuang Kemerdekaan"

22. Cukup-cukuplah orang Melayu dihina dan terus diejek. Satu demi satu kes yang berunsurkan perkauman dan penghinaan terus muncul setiap hari.

23. Kerajaan perlu mengambil satu pendirian yang tegas pada kali ini. Secara jelas usaha Kerajaan terhadap kaum Cina tidak disambut baik untuk PRU-13. Orang Melayu pula sentiasa berdiri teguh dan setia bersama Kerajaan, walaupun hati mereka semakin hari semakin dalam terguris.

24. Saya secara peribadinya berpendapat bahawa filem New Village ini mempunyai niat jahat yang khusus. Filem ini juga secara tidak langsung bersetuju dengan kenyataan-kenyataan yang pernah disebut oleh pemimpin pembangkang seperti Mat Sabu dan DAP.

25. Tidak hairanlah sekiranya yang menaja penggambaran filem ini sebenarnya terdiri daripada pemimpin pembangkang.

26. Jangan pula berlaku sesuatu perkara yang buruk baru Kerajaan mahu campur tangan. Dan jangan pula berlaku 'Tsunami Melayu' untuk PRU-14.


K7L : Mesti faham baru tahu mengapa ia wajar diharamkan!..

14 ulasan:

  1. cibai cina... AMBIGA,KAPAL...nak haram toi depa ni..

    ReplyDelete
  2. Ini kerja Min Yuen PKM dalam bentuk modern..hanya mereka yang arif sahaja mengenal manikam......tipu muslihat PKM sehebat yahudi sepertimana yang tercatat dalam Art Or War....mana ada pemimpin/tokoh melayu membaca/mendalami buku Art Of War...jauh sekali bagi para ilmuan Islam membacanya...

    ReplyDelete
  3. PATUTNYA SESIAPA NAK BUAT FILEM KENA HANTAR SKRIP DULU KAT FINAS. DAN PEGAWAI FINAS SEMAK. KECUALI KALAU PEGAWAI FINAS TAK CUKUP TEROR. PANGGIL JUGA PENGARAH MELAYUA CINA INDIA UNTUK TENGOK. AKU PERNAH TENGOK FILEM INDIA KAT ASTRO YANG TUNJUK KEMULIAAN ORANG HINDU DAN KEJAHATAN ORANG ISLAM. DALAM FILEM SEMUA BOLEH JADI. NAK JADI KOMUNIS PUN BOLEH NAK JADI TUK GURU PUN BOLEH NQK JQDI HANTU PUN BOLEH NAK JADI MALAIKAT PUN BOLEH.

    ReplyDelete
  4. Bhai Keris7Lok...

    1. Sori aaa.... citer nih berkisar tentang Kampung Baharu... err... memang mana pernah ader orang Melayu dalam penempatan Kampung Baharu... memang tak pernah ada... jadi memang patut la citer nih takder orang Melayu dalamnyer..

    2. Jepun dan British memanglah penjajah... so aper masalahnyer kita menggambarkan mereka sebagai penjajah... dah memang kita dijajah oleh Jepun dan British...

    3. Maharaja Lela dan Dato' Sagor sendiri pon pernah mengatakan bahawa sesiapa yang menjadi talibarut British (penjajah) adalah pengkhianat... so betul la tue kalu ader yang dikatakan sebagai pengkhianat... sebab diorang khianat terhadap tanah air tercinta nih...

    4. Memang Jepun kejam... dan British juga menindas... ini adalah sejarah... takkan la kiter nak kata pada masa dulu tue Jepun dan British tidak kejap dan menindas....

    5. Pada masa ujudnya Kampung Baharu... pemerintahan negara ini adalah dibawah kuasa British... penjajah.... jadi memang betul lar tue.... aper masalahnyer disini... memang zaman tue kiter masih dijajah....

    6. Masa tue belum lagi bermula episod gerakan kemerdekaan dibawah UMNO... sebab masa tue UMNO belum ujud... hanya ader Kesatuan Melayu Muda.... Err.. gua rasa lu kena semak sejarah skit la bhai...

    Bukan bermakna gua stuju dengan cerita nih... cuma point-point yang lu bawakkan tue ader skit masalah dari segi pensejarahannya... Sori bhai... sekadar mengingatkan jer...

    Lagipon cerita nih berkisar tentang Kerajaan British.... err... lu nak defend Britain ker???

    ReplyDelete
  5. err.. jd lu pulak nk SOKONG Komunis ker???

    ReplyDelete
  6. to c++
    err.. jd lu (C++) nk SOKONG Komunis ker???

    ReplyDelete
  7. TO c+++
    Hahaha jadi KOMUNIS tu asal Tanah Melayulah kan jawabnya hehehehe...Memang lawak terbaikkkk..

    ReplyDelete
  8. lu pun buta sejarah gak tu pasal lu sokong komunis

    ReplyDelete
  9. Siapa yang tak pernah hidup dalam zaman komunis..tolonglah..damn sh**... pleaselah..buatlah cerita kenapa Cina datang Malaya ..kurang kurang adalah jasa British kat Cina sampai boleh jadi kaya raya..kalau tidak jasa British aku rasa bangsa cina di Malaya tidak diiktraf keujudannya..sebab tu aku salahkan Tunku Abdul Rahman yang memuliakan Cina pendatang ni..Melayu boleh berdiri sendiri tanpa Cina/India disisi..semua sudah terlambat..

    ReplyDelete
  10. Bhai/DeeDee Anonymous semua...

    Ader ker gua citer yang gua sokong komunis... Tarak baca gua punya komen betul-betul ka...

    Cerita nih berkisar tentang komunis... jadi kena paham la... So macam kalu citer hollywood tentang pembunuhan atau pelacuran... itu sekadar citer tue jer... takkan la pasai cerita wayang pon kiter mau kecoh...

    Macam gua... citer Tanda Putera... itu pon samer gak... itu citer tentang Tun Razak dan Tun Ismail... sekadar citer... takkan la dalam itu citer mau kasi citer pasai benda yang tak berkenaan... gua takder hal kalu Tanda Putera nak ditayangkan... bagi semua orang tengok dan nilaikan sendiri...

    Hahahaha..... relaks bhai... komen ikut tajuk lar... kalu ini macam ... lepas nih semua penggiat filem kena buat citer bodoh macam Hantu Kapchai la yer atau citer Datin Ghairah la yer.... tabley la nak buat citer yang berat sikit... aper daaa...

    Oh yer... kalu nak belasah gua guna komen... sila la matang skit dulu... jangan buat malu khalayak jer... hehehe... (no pun intended)

    Ader paham ka???

    ReplyDelete
  11. Aku faham maksud kau, tapi motif film ini adalah untuk memartabatkan komunis sebagai pejuang Kemerdekaan, ini tidak boleh diterima.

    ReplyDelete
  12. kau yg x mtang..umno wujud 1946 so ms wujud kg baru ni pon umno dah ada ...ni bukan isu british ke mende tp kg baru sebenar x rupa mcm dlm filem tu....mcm kem tahanan perang je...lg satu komunis x layak jd pejuang kemerdekaan..keganasan 14 hari tu apa cer n knp komunis still x letak senjata bila kita merdeka pd 1957 ? tu pon ko jahil ke ? kalu buta sejarah pi belajar balik..jgn ego dan dungu bhai...babi bodoh x blh nak ajar

    ReplyDelete
  13. C++ kalu nak liberal sgt pon agak2 la bro...bodh sial

    ReplyDelete
  14. Ini menunjukkan betapa berminatnya bangsa Asing terhadap Tanah Melayu... Portugus, Belanda, Inggeris, Siam, Jepun, India, Cina semua berebut-rebut nakkan bahagian masing-masing...

    Err... Sebenarnya ada apa di Tanah Melayu ni???

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk