05/06/2013

@TeresaKok Dan Dr Rani Mula Susun Strategi Jatuhkan Khalid Ibrahim? - Gerakan Hancurkan Pimpinan Pakatan Selangor?



Mana perginya Teresa Kok selepas PRU13? Mengapa dia tenggelam begitu sahaja dan seakan sedang membisu atas sebab yang tidak diketahui. 

Dikatakan Teresa sebenarnya tidak berpuas hati apabila namanya tidak tersenarai sebagai calon di Selangor sekaigus dia tidak akan menjadi Exco Negeri Selangor lagi. Habis punah dia punya projek yang dah disusun. Namun Teresa yang dilihat sedang menjadi 'warlord DAP' yang berupaya mengawal MB Selangor sebagai boneka dilihat sebagai ancaman oleh beberapa pemimpin DAP termasukah Lim Kit Siang.


Hari ini mengikut maklumat dalaman daripada rakan Keris yang bekerja dengan salah seorang ADUN DAP di Selangor, Teresa sudah mula menyusun strategi untuk mengagalkan kerajaan Negeri Selangor yang terbentuk dengan Dr Rani, ADUN Meru yang juga tidak berpuas hati apabila dia yang dikatakan layak untuk menjadi MB Selangor tidak dipersetujui oleh pimpinan PAS yang akur dengan DAP.

Ada juga beberapa nama besar dalam PKR terlibat sama dengan gerakan ini yang dilihat tidak bersetuju dengan keputusan Anwar Ibrahim yang mengekalkan Khalid Ibrahim yang sememangnya loser dan lembab sebagai MB Selangor.

Wahh!.. Bukan kecik anak gerakan ini ya? Nampaknya bau-bau perpecahan sudah dapat dihidu didalam Pakatan. Orang itu nak jatuhkan orang ini, yang itu nak tikam yang sini. Tapi apapun kita tunggu apakah yang akan berlaku melalui gerakan rahsia yang dah tak berapa nak rahsia dah ni nanti.

Psstt pssttt.. Pengerusi PKR Selangor pun tak jadi Exco kan?

K7L : Keris akan terus berhubung dengan rakan tersebut..tungguu...

3 ulasan:

  1. Jangan risau....
    Apa yg bakal berlaku di Selangor nanti adalah atas pilihan majoriti rakyat negeri Selangor sendiri.
    Dah majoriti rakyat yg mahukan begitu...
    Nak buat macam mana...
    Biarkan... biarkan.... Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya.

    ReplyDelete
  2. Kita penyokong Umno lihat aje...saksikan seperti menonton filem.....yahuuuuuu

    ReplyDelete
  3. Betul3x ..... kt tgu dan lihat jer perubahannya. Kesian Selangor!!! Jadi gundah gulana, x keruan, keliru. Pemimpin2 PAKATANnya pun saling main tembak menembak sesama sendiri. Nampak sgt GILER kuasa depa ni.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk