25/06/2013

Gempar! Ribut Melanda Putrajaya - Bumbung Siap Tercabut Beb! #Haze


Alhamdulillah! Berita yang menggembirakan penduduk Putrajaya dan sekitarnya. Keris dimaklumkan oleh rakan yang duduk di sana. Hujan telah turun dengan lebatnya siap dengan ribut. Mengejutkan juga kerana ada yang bumbung rumah pun tercabut.





Mengikut cerita, angin yang bertiup sangat kencang sampai pokok pun bengkok bila dibidas angin. Sebuah wakaf yang didirikan di satu kawasan Presint 18 juga roboh dek penangan angin ribut. Namun begitu jelas ianya seolah-olah 'mencuci' kawasan Putrajaya daripada pencemaran udara yang IPU semakin hari semakin tinggi sejak tiga hari yang lepas.


Alhamdulillah. Semoga seluruh Malaysia hujan dan jerebu berakhir. Kesian anak-anak nak sekolah dan kita nak pergi kerja. 

K7L : Ya Allah..kami bersyukur kerana kau jauhkan kami dari jerebu yang tidak sihat..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk