12/06/2013

Ahli Parlimen PR Ikut @AnwarIbrahim Boikot Angkat Sumpah - Kita Akan Ada PRK Tak Lama Lagi? @tunfaisal @NajibRazak



Hanya beberapa ahli parlimen pembangkang hadir mendengar taklimat penerangan undang-undnag baru Parlimen Malaysia. Ramai yang tak datang termasuk Anwar Ibrahim yang kononnya mahu boikot angkat sumpah parlimen.


Ramainya Ahli Parlimen dari Pakatan Pembangkang yang bakal dilucut atau hilang kelayakan mereka jika berdegil  mahu boikot majlis angkat sumpah. Tetapi yang menariknya ialah jika ahli-ahli Parlimen itu dilucutkan kelayakan, mereka tidak boleh lagi bertanding dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.

Maksud mudah, jika Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Nurul Izzah dan yang lain meneruskan tindakan boikot mereka, kita akan menyaksikan beberapa pilihanraya kecil tanpa nama-nama mereka!

Bagus juga ahli-ahli parlimen pembangkang boikot, aman sedikit sidang parlimen untuk membincangkan hal ehwal kesejahteraan rakyat. Rakyat yang memilih ahli parlimen dari pembangkang sudah pasti akan menyesal dan mual dengan tingkah laku wakil rakyat mereka yang tidak berfungsi.

Mana-mana Ahli Parlimen yang gagal mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat 24 Jun ini tanpa alasan munasabah dan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh itu boleh dilucut atau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat mengikut Perkara 59 (1) Perlembagaan.

Perkara itu ditegaskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia merujuk sikap pembangkang khususnya wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mempertimbang memboikot majlis angkat sumpah tersebut sebagai bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menyifatkan tindakan tidak hadir dalam majlis angkat sumpah dengan sengaja itu sebagai penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong, negara, Parlimen dan semua institusi berkenaan, Pandikar Amin berkata, Parlimen juga akan menentukan tindakan lain bersabit kesalahan tersebut.

"Jika tidak datang hari pertama, bukankah itu satu penghinaan kepada sistem Parlimen. Mengapa pula mahu angkat sumpah hari lain? Kalau buat begitu, saya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat juga boleh memboikot hari mereka mahu angkat sumpah. Mungkin Timbalan-timbalan saya juga akan boikot sama.

"Sewenang-wenangya mahu angkat sumpah hari berbeza, apa guna kita ada sistem kalau tidak dipatuhi? Apakah Yang Dipertua kena menyediakan masa khas untuk mereka angkat sumpah? Peraturan mesyuarat mana itu? Janganlah semuanya mahu dipolitikkan. Nasihat saya, semua Ahli Parlimen harus angkat sumpah pada hari pertama sidang berdasarkan Perlembagaan dan Peraturan Masyuarat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis taklimat kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat, Majlis Parlimen ke-13 di bangunan Parlimen di sini hari ini. - UM


K7L : Jadi sekarang Anwar memang wajib tidak angkat sumpah kan? Kalau dia angakat sumpah bermakna dia terima keputusan #PRU13!

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk