05/06/2013

Pesanan Buat @AzminAli Dan @AzwanNur



Perlu ke lupa jasa ibubapa? Dimana tanggungjawab kita sebagai anak anak?

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah masih bernafas, masih berpeluang untuk menumpang hidup di bumi Allah yang sangat indah. Bersyukur dengan setiap nikmat yang telah dikurniakan olehNya dalam kehidupan seharian kita.

Dalam kehidupan bekeluarga sudah pasti ada pasang surutnya. Ada turun naik nya, yang pasti kita perlu bijak mengharungi semua itu berlandaskan syariat yang telah Sang Pencipta kita tetapkan beserta dengan iman.

Aturan Nya sangat cantik dan tersusun. Subhanallah! Dalam berkeluarga juga sudah pasti adanya anak anak dan ibu bapa. Itu adalah kunci bagi sesebuah kekeluargaan. Tetapi zaman kini terlalu banyak institusi kekeluargaan yang dilanda masalah. Adik abang berbunuhan. Ibu bapa bercerai? Sudah menjadi perkara biasa kini. Semakin lama semakin menjadi jadi.

Berbalik kepada tajuk artikel : Perlu ke lupa jasa ibubapa? Dimana tanggungjawab kita sebagai anak anak?

Mengapa tajuk sedemikian yang saya pilih? Mengapa topik itu yang ingin saya perkatakan? Mengapa?

Semua orang di mulut memang boleh berkata, ‘Ya, saya sayang ibu saya’ ‘Saya sayang ayah saya’. Tetapi perilaku kita terhadap mereka kenapa sebaliknya?

Kenapa masih ada yang sanggup menghantar ibubapa ke rumah orang tua-tua? Kenapa masih ada yang tidak sudi menjaga mereka?

Dan yang paling teruk kenapa masih ada yang sanggup membunuh ibubapa atas alasan yang tidak sepatutnya?

Mari kita berbalik pada cara hidup mengikut syariat Allah. Didik dan permolekkanlah keluarga kita mengikut ajaran dan syariat Allah, in sha Allah semua ini tidak akan terjadi. Berpegang lah pada Al-Quran dan As-Sunnah.

Semuanya akan selamat. Permolekkanlah iman semuanya pasti akan bahagia. Saya tidak kata semua daripada kita sanggup melakukan sebegitu. Segelintir mungkin ada. Atau separuh? Siapa tahu kan?

Ya. Majoriti daripada kita, saya, anda, kamu, dia, dan mungkin semua, apabila di tanya sayangkah kita kepada ibubapa?

Jawapan semua nya, ya sayang! Sayang sangat! Semuanya positif. Semuanya sayang. Tapi jika benar, mengapa kisah yang ingin saya sampaikan ini masih terjadi?

Ini merupakan kisah benar yang dialami oleh ibu saudara saya sendiri. Tetapi diolah sedikit supaya tidak mengaibkan sesiapa pun. Diceritakan di sini supaya dapat memberi pengajaran pada semua. Allah tahu niat saya. Moga Allah redha.
Perlu Ke Lupa Jasa Ibu Bapa?

Ditetapkan Allah pada suatu hari, ibu saudara saya ke pasar bersama dengan suaminya. Tiba tiba dia ditakdirkan untuk berjumpa dengan datuk saudara saya yang pada waktu itu keseorangan. Menjinjit barang barang dapur di kiri dan kanan tangan, penuh orang sudah berumur jalannya pun sudah terhuyung hayang.

Di hati ibu saudara saya terdetik, ‘mana pergi semua anak anak Pak Lang ni?’. Tersentuh hati wanita ibu saudara saya. Apatah lagi melihat datuk saudara saya hanya berjalan kaki ke pasar.

Apabila sudah berjalan kaki pergi, sudah tentulah pulangnya juga dengan berjalan kaki. Dengan tangan yang penuh dengan barang bahkan rumahnya bukan selangkah dua sahaja apabila hendak ke pasar.

Bukan! Tetapi beratus ratus langkah. Dengan penuh sebak ibu saudara saya pergi menegur datuk saudara saya itu dan membantunya mengangkat barang serta menghantarnya pulang ke rumah.

Rumahnya kosong. Tiada orang. Datuk saudara saya terlalu bersyukur sampai dia menangis apabila ibu saudara saya ingin pulang ke rumah semula.

Apabila di tanya, ‘mana yang lain?’ Dia menjawab, ‘mereka semua dah jarang balik sini dah. Lepas Si Jenab (bukan nama sebenar) dah kahwin lain, semua lupakan aku. Dah tak ingat kat aku. Aku macam ni jelah sorang sorang’. Menitis air mata hiba ibu saudara saya. Apatah lagi apabila melihat datuk saudara saya juga menangis.

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)

Jadi saya yakin yang pembaca semua boleh berfikir dengan baik dan menilai dengan betul apa moral dari kisah ini. Dan apa yang saya cerita kan adalah sebagai pengajaran kita semua, bukan untuk mengaibkan sesiapa.

Kenapa mesti jadi perkara sebegini? Boleh kita fikirkan?

Bagaimana seandainya dan bayangkan jika.

Mereka tiba tiba lenyap dari pandangan kita?

Mereka hilang tanpa diketahui?

Mereka pergi dahulu sebelum kita?

Mereka tiada disaat kita perlu?

Mereka tiada disisi kita buat selama lamanya?

Apakah kita sudah bersedia?

Apakah kita sudah pernah berjasa padanya?

Apakah kita sudah membalas jasa jasa mereka?

Apakah kita pernah menggembirakan mereka?

Apakah kita sudah meminta maaf pada mereka?

Atau Kita hanya mengecewakan mereka pada setiap masa?

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil” (al-Isra’, 17: 24)

Fikirkan. Renungkan. Selagi masih ada waktu, ada masa, ada ketika, jangan pernah sesekali kita mengecewakan mereka. Atau kita membuat mereka berkecil hati. Jangan sesekali.

“Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (al-Isra’, 17: 23 )

Rasulullah SAW tidak mengiktiraf mereka yang tidak menghormati ibu bapa mereka termasuk dalam golongan muslim. Dalam hadis yang lain, perbuatan derhaka kepada kepada ibu bapa merupakan maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini.

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)

Sanggup kah kita perlakukan ibubapa kita sebegitu rupa? Ibu yang telah mengandungkan kita dengan keadaan lemah dan menyusukan selama 2 tahun. Tegarkah kita? Fikir kembali.
“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Keredhaan Allah s.w.t terletak pada redha kedua ibubapa”
(Riwayat Muslim)

Ingatlah tanpa mereka, kita tidak akan hadir di muka bumi Allah ini. Ini adalah sedikit coretan, perkongsian dan nasihat dari saya.

Andai ada yang terkurang mohon maafkan. Andai ada yang tersilap mohon teguran. Andai masih tidak sempurna mohon perbetulkan. Semoga kita semua berada di bawah redha Allah SWT. Moga Allah redha.

Jazakumullahu khairan kathira!

Sumber : Harian Islam

K7L : Mohon terasa..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk