06/06/2013

Anak Muda Akan Tentukan Nasib Bangsa #PRU14 Kelak?





Sekarang bukan lagi zaman batu,

Zaman orang yang jadi pemimpin rasa sangat hebat, yang lain dianggap lemah dan hamba,

Zaman ini, orang bawah pun lebih tahu banyak maklumat dari pemimpin,

Jangan perlekeh dan pandang rendang dengan ilmu yang ada pada orang lain,

Dunia sekarang adalah dunia teknologi maklumat
Pemimpin bukan tahu segalanya, Pengikut pun bukan pandai segalanya,

Apa yang perlu adalah saling hormat menghormati,

Hormatlah orang muda,

Orang muda yang lahir selepas era Perang Teluk 1991,

Akan tentukan nasib bangsa pada 2018,

Mereka generasi lepas Perang Teluk,

Mereka bermain dengan Red Alert, Membesar dengan Counter Strike,

Jangan perlekeh keupayaan orang muda, Hormatilah mereka. - Angin Perubahan



1 ulasan:

  1. Aku kini berusia mencecah 40thn...

    Generasi MUDA masa kini adalah jauh berbeza dengan zaman kita dulu.....

    Pada pandangan aku...generasi muda yang lingkungan umur 30thn kebawah, banyak yang tidak merasai kepayahan hidup....zaman aku dulu nak masuk universiti/kolej..mana ada pinjaman PTPTN....harapan tinggi pinjaman MARA/JPA/Yayasan Negeri...peluang amat kecil...

    Sekarang....dapat keputusan SPM kecundang pun ..masih banyak tempat yang memberi peluang untuk terus menimba ilmu....( dan semuanya dibawah tanggungan kerajaan )...

    Percayalah bahawa golongan generasi ini...banyak yang tak tahu Sejarah Negara....
    Jangan terkejut kalau ada yang hanya tahu Nama Hang Tuah....dan mereka ini tak mampu nak bercerita sedikit pun perjalanan cerita Hang Tuah...
    Kalau ditanya Cerita Puteri Gunung Ledang...hanya mampu bercerita tentang teater muzikal PGL.....
    Kalau ditanya cerita Merong Mahawangsa...hanya mampu kaitkan dengan kecanggihan produksi filem oleh KRU.....

    Diharapkan filem Tanda Putra yang bakal masuk panggung pada 28 Ogos nanti akan membuka minda Generasi Muda ( tak kiralah Melayu/Cina/India, Bumiputera )...
    Ke manakah Hala Tuju Malaysia ?

    Ini lah generasi MUDA hari ini....

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk