Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Tragedi yang berlaku adalah bukti kedegilan Kerajaan DAP dalam mendengar keluh kesah rakyat dalam hal pembangunan tanah yang tidak terkawal khususnya di kawasan bukit Pulau Pinang.
Musibah ini dapat dielakkan sekiranya Kerajaan DAP mendengar bantahan rakyat yang berulang kali menyuarakan agar projek di kawasan itu dihentikan. ADUN DAP Tanjung Bungah sendiri membantah namun Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng tidak mempedulikannya.
Sikap sebegini tidak menghairankan kerana Lim Guan Eng sendiri lebih suka memburukkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri terdahulu dalam segala hal berbanding menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat.
Malang bagi kita di Pulau Pinang dapat Kerajaan Negeri sebegini.
Dr Hilmi Yahaya
Ahli Parlimen Balik Pulau
21.10.2017
K7L : Rakus.. DAP syaitan...
0 ulasan:
Post a Comment