24/10/2017

Jabatan Alam Sekitar Tak Luluskan Tapi Projek Jalan? - LGE Sudah Goyang!



Adalah menjadi seribu satu persoalan apabila Jabatan Alam Sekitar telah menolak permohonan pemaju. Menurut AgendaDaily, Satu demi satu 'misteri' terkuak di sebalik kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 11 nyawa di Tanjung Bungah Pulau Pinang pagi Sabtu lalu.

Ini selepas kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bahawa pihaknya sudah menolak permohonan pemaju untuk membina projek kediaman di tapak lokasi kejadian tanah runtuh tersebut kerana ia terletak berhampiran tapak kuari.

"Tapak pembangunan itu terletak betul-betul di sebelah Teik Granite Quarry, sebuah kuari granit kekal yang mula beroperasi pada tahun 1960," kata kementerian itu melalu satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

Kementerian itu berkata, pihaknya menerima permohonan kebenaran perancangan daripada pemaju pada 9 Januari 2015 dan Jabatan Alam Sekitar menolaknya pada 23 Januari tahun yang sama.

Kenyataan tersebut menyatakan bahawa tapak kuari itu melakukan letupan dua kali sebulan, yang paling terkini adalah pada 9 Oktober lalu.

"Sebaik sahaja batu-batu itu diletupkan dari lereng bukit, ia akan dihantar ke tapak penghancuran dalam kawasan kuari untuk dihancurkan menjadi batuan kecil yang digunakan bagi tujuan pembinaan," kata kenyataan tersebut.

Kementerian itu berkata, pihaknya tidak menyokong permohonan itu kerana tidak ada zon penampan di antara projek pangsapuri dengan kawasan aktiviti kuari berhampiran seperti yang dikehendaki oleh Garis Panduan Tapak dan Pengezonan Industri & Kawasan Kediaman.

"Aktiviti penggalian hanya 162 meter (m) dari tapak penghancuran dan antara 400m dan 500m dari tapak letupan.

"Oleh itu, ia bukan persekitaran yang selamat dan damai bagi rakyat untuk hidup," katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng cuba 'meredakan' isu tersebut dengan mendakwa kejadian itu hanyalah kemalangan ditempat kerja.

Bagaimanapun berbagai pihak termasuk penduduk Tanjung Bungah kecewa dengan keghairahan kerajaan negeri meluluskan projek tersebut.

Turut sama membantah adalah ADUN Tanjung Bungah Teh Yee Cheu yang diketahui umum tidak disukai oleh Guan Eng kerana ketegasan pendiriannya berhubung isu alam sekitar di Pulau Pinang.

Menurut Teh Yee Cheu, projek pembinaan perumahan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh semalam adalah antara projek dibantah keras oleh beliau.

"Sejak tiga tahun lepas saya membuat bantahan menerusi pelbagai saluran termasuk di persidangan Dewan Undangan Negeri dan menulis kepada kerajaan negeri tetapi tiada sebarang tindakan malah ia tetap diluluskan," katanya.

Jelas beliau, pada masa ini terdapat sekurang-kurangnya tiga projek perumahan di lereng bukit sedang dijalankan yang berisiko menyebabkan tanah runtuh.

Selain itu, Teh mendakwa terdapat 10 lagi projek perumahan di lereng bukit di kawasan berkenaan yang dalam proses diluluskan oleh kerajaan negeri.

"Semua pemakluman projek di kawasan Tanjung Bungah dihantar kepada pejabat saya untuk ulasan dan saya sendiri membantah sekeras-kerasnya termasuk projek di Lengkok Lembah Permai yang berlaku kejadian tanah runtuh itu," katanya.

Teh berharap tiga projek membabitkan perumahan puluhan tingkat yang sedang dijalankan dan 10 lagi yang dalam proses diluluskan dapat dihentikan terus supaya tidak berlaku lagi kejadian tanah runtuh seperti Sabtu.

Beliau berkata semua projek itu juga telah dibantah oleh penduduk tetapi tidak pernah diendahkan oleh pihak atasan berkenaan.

"Kawasan lereng bukit di Tanjung Bungah merupakan kawasan strategik dan ia memberi keuntungan kerana mempunyai nilai hartanah yang tinggi...sebab itu semakin banyak projek pembinaan terutama perumahan dibina di sini," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri dan pemaju perlu bertanggungjawab berhubung kejadian tanah runtuh di tapak projek perumahan di Lengkok Lembah Permai itu.

Dalam kejadian pada 8.57 pagi Sabtu, 11 pekerja pembinaan perumahan mampu milik tertimbus apabila tanah di lereng bukit berhampiran projek itu runtuh. Sehingga 8 malam tadi sembilan mayat telah ditemui.

K7L : Macam macam hal..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk