23/10/2017

Kadar Kemiskinan Zaman Mahathir vs Zaman Najib! #KekalNajib



 

Malaysia masih mengalami pertumbuhan ekonomi di sebalik cabaran ekonomi semasa. 
Kadar kemiskinan negara berada pada tahap yang rendah dan kemiskinan tegar telah berjaya ditangani disamping pendapatan isi rumah terus meningkat. 

Walaupun peratusan isi rumah yang hidup di bawah garis kemiskinan adalah rendah, isu kemiskinan terpencil seperti gelandangan (homeless) dan kemiskinan bandar masih wujud. 

Di antara golongan yang terdedah kepada kemiskinan ialah seperti anak yatim, ibu tunggal, orang tua, orang kurang upaya dan penghidap penyakit kronik. Selain itu, isi rumah yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan yang ramai juga mempunyai risiko yang tinggi untuk jatuh miskin sekiranya mereka hilang punca pendapatan seperti diberhentikan kerja atau mengalami kemalangan. 

Keadaan menjadi semakin rumit apabila kebanyakan isi rumah ini tidak mempunyai simpanan atau dibebani hutang. Tekanan terhadap isi rumah berpendapatan rendah ini juga bertambah dengan peningkatan kos sara hidup terutamanya dari segi harga makanan, perumahan, utiliti dan pengangkutan. 

Bantuan dalam bentuk pindahan tunai daripada kerajaan dan institusi zakat dapat membantu golongan ini untuk menjalani kehidupan dan wajar diteruskan.

Walaupun memberian pindahan tunai boleh membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah, usaha membantu golongan ini haruslah difokuskan ke arah meningkatkan pendapatan mereka. 

Ini dapat dicapai melalui peningkatan tahap pendidikan dan kemahiran. Ibubapa dan kerajaan boleh bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan anak-anak memperolehi pendidikan yang sewajarnya. 

Pelaksanaan sistem pindahan tunai bersyarat wajar dipertimbangkan. Contohnya di Brazil di bawah program Bolsa Familia, penerimaan bantuan (ketua isi rumah) disyaratkan untuk memastikan anak mereka didaftarkan dan hadir ke sekolah. Insentif tambahan diberikan dalam memastikan anak perempuan hadir ke sekolah. 

Di samping itu, pencapaian pendidikan tidak semestinya terhad kepada pendidikan akademik sahaja. Ia boleh diperluaskan dengan merangkumi pendidikan vokasional dan teknik. 

Bagi golongan yang mempunyai minat keusahawanan, bantuan dan latihan untuk memulakan perniagaan boleh disalurkan. Kejayaan usahawan ini seterusnya boleh menjadi pemangkin dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan seterusnya membantu mengurangkan kadar pengangguran. 

Pendidikan pengurusan kewangan perlu diperluaskan kepada semua golongan agar setiap ahli isi rumah boleh mengurus pendapatan, perbelanjaan dan hutang dengan baik

Sumber : Data Asas

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk