01/10/2017

#RafiziBayarRafizi - @RafiziRamli Siapa Yang Bodoh Bila Kantoi?



 



Nak cakap apa lagi. Keris tak tahu nak cakap apa lagi pasal kebodohan orang yang menjerit bodoh banyak kali dalam sidang media. Kemarahan Rafizi meluap-luap selepas Datuk Rizal Mansor dalam pendedahannya sebelum ini tentang cara penggunaan dana Invoke oleh Rafizi.

Dalam jawapan Rafizi terhadap Rizal yang diadakan secara langsung di laman facebook miliknya itu, penuh dengan maki hamun 'bodoh' terpacul dari mulutnya. Ini menunjukkan begitu terkesan pendedahan oleh Rizal terhadapnya.

Terdapat beberapa perkara yang menunjukkan seperti Rafizi memperbodohkan diri sendiri. Pertama, Rafizi menyatakan bahawa tujuan syarikat KEIP Resources Sdn Bhd membekalkan tenaga kerja kepada Invoke Solution Sdn Bhd adalah untuk antara lainnya bagi melindungi rahsia dan keselamatan pekerja Invoke. Namun, dalam masa yang sama Rafizi sendiri yang mendedahkan senarai nama dan gaji kakitangan Invoke.

Kedua, Rafizi menafikan bahawa KEIP ada kena mengena dengan Invoke. Namun kedua-dua syarikat ini milik beliau dan beliau merupakan pemegang saham terbesar. KEIP pula adalah satu-satunya syarikat yang membekalkan tenaga kerja kepada Invoke. Ini bermakna kakitangan KEIP juga merupakan kakitangan Invoke. Sekiranya berlaku sebarang tindakan ke atas Invoke, pasti KEIP juga akan terlibat.

Ketiga, Rafizi menunjukkan inbois bayaran gaji daripada KEIP terhadap Invoke yang dibuat pada 11/09/2017. Namun yang peliknya, bayaran gaji itu adalah untuk 22/10/2017. Ini bermakna inbois pembayaran tersebut dibuat lebih awal. Situasinya adalah, bayar dahulu gaji dan penyelarasan buku kira-kira dikemudiankan.

Keempat, daripada inbois KEIP terhadap Invoke yang ditunjukkan Rafizi, jelas bahawa KEIP tidak mengenakan sebarang cukai GST walaupun jualan (revenue) melebihi RM500,000. Ini bermakna juga KEIP adalah diwajibkan mendaftar dengan Jabatan Kastam untuk mengutip cukai GST. Rafizi telah melanggar undang-undang percukaian.

K7L ; Sekarang siapa yang terbodoh di muka bumi?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk