Dzulkifli berkata beliau menerima kritikan pemimpin DAP itu secara terbuka tetapi ia perlu disampaikan secara beradab dan bertamadun.
“Rakyat boleh menilai adakah adab dan bicara pemimpin DAP itu budaya Malaysia.
“Kita masyarakat Malaysia orang beradab tetapi perkataan yang digunakannya itu melampau dan tidak bertamadun,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada majlis perasmian mural pencegahan rasuah sempena Kembara Jelajah Antirasuah (KEJAR) 2017 SPRM yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Pejabat SPRM Perak di sini Jumaat.
Satu portal berita pada Jumaat melaporkan, Kit Siang membidas ketua pesuruhjaya itu dengan mengatakan semua mata turut memerhatikan suruhanjaya tersebut dan sama ada Dzulkifli dapat memimpin badan antirasuah yang bersih.
Kit Siang dipetik sebagai berkata Dzulkifli harus menyedari bahawa jika beliau (Dzulkifli) bertindak seperti “monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan ada mulut tetapi tidak berbicara” mengenai skandal 1MDB, beliau akan menjadikan SPRM sebagai agensi antirasuah kleptokratik pertama di dunia.
K7L : Siapa yang jadi beruk sekarang?...
0 ulasan:
Post a Comment