05/10/2017

PH Takut Nak Hantar Nama Calon Ke SPRM?


 

Pakatan pembangkang mengakui tidak menghantar senarai nama cadangan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai saringan bebas rasuah dan salah guna kuasa.

Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang mempertikaikan kewajaran untuk menghantar nama berkenaan kepada SPRM, berkata pakatan pembangkang mempunyai cara sendiri untuk menyaring calon parti masing-masing
.

Ini bermakna mereka seolah-olah tidak percaya dengan SPRM. Dan mengikut kata pihak SPRM, tiada paksaan tetapi sekurang-kurang BN berani hantar nama untuk disaring dan memastikan calon bebas rasuah.

Kita bukan cakap berdegar-degar mahu menentang rasuah tapi SPRM pun tak dipercayai. Ini soal ketelusan dan Keris yakin PH sendiri takut dengan bayang-bayang sendiri dalam isu saringan calon ini. 

Kalau tak ada buat salah buat apa nak takut? Ke takut kalau Azmin atau Lim Guan Eng tak dapat jadi calon sebab ada kes salahlaku rasuah di negeri mereka?

K7L : Takut mesti ada buat salah..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk