14/10/2017

#KleptokrasiAbahKau - Himpunan Paling Hipokrit!



HIMPUNAN PEMBANGKANG PALING HIPOKRIT

1. Himpunan Selamatkan Malaysia Hapuskan Kleptokrasi anjuran Pakatan Pembangkang yang dijadualkan berlangsung hari ini merupakan himpunan politik yang paling hipokrit pernah mereka lakukan.


2. Perkataan 'Kleptokrasi' yang mereka gunakan pertama kali disebut oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang bertujuan memfailkan saman yang sehingga kini gagal membuktikan sebarang perkaitan dengan YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak.

3. Ketua de facto Pakatan Pembangkang, Lim Kit Siang juga mendakwa bahawa Dato' Sri Najib memalukan negara atas kesalahan kleptokrasi ternyata tidak benar sama sekali apabila Dato' Sri Najib telah diberikan layanan VIP sepanjang beliau berada di sana.

4. Yang menjadikan perhimpunan ini antara yang paling hipokrit yang pernah mereka lakukan adalah kerana di pihak Pakatan Pembangkang sendiri tercalit beberapa skandal salah laku yang sehingga kini langsung tidak diperjelaskan.

5. Suatu ketika dahulu, sebelum Tun Mahathir menyertai pakatan ini, pemimpin pembangkang sering kali menuduh dan menyelar beliau dengan pelbagai pertuduhan.

6. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim di atas pentas sering kali menuduh Tun Mahathir sebagai bapa segala korupsi, nepotisma dan kronisma malah sering mempersoal kekayaan anak-anaknya yang luar biasa termasuk pernah menulis artikel yang bertajuk 'Why Mahathir is Malaysia’s worst ever prime minister?'

7. Lim Kit Siang juga pernah menggelarkan Tun Mahathir sebagai individu no.1 paling rasis dalam negara, pernah mendesak supaya kerajaan melakukan siasatan terhadap insiden kerugian RM30 bilion Bank Negara dan pernah menganggap Tun Mahathir sendiri sebagai pengkhianat negara!

8. Presiden PAN, Mat Sabu pula di atas pentas ceramah secara terang-terangan mendakwa segala kerosakan yang berlaku di negara kita ini adalah akibat perbuatan Tun Mahathir dan menggelarkan beliau sebagai 'Bapa Pelingkup Negara'.

9. Tetapi, apabila Tun Mahathir berpakat dengan mereka, seolah-olah 'dosa-dosa' yang mereka tuduh itu terampun secara tiba-tiba.

10. Tidak cukup setakat itu, Pakatan Pembangkang ini dengan rasa tidak segan silu melakukan perhimpunan atas nama 'Selamatkan Negara'.

11. Saya melihat ini adalah perhimpunan pembangkang yang paling hipokrit pernah dilakukan setakat ini dengan keadaan di pihak mereka sendiri yang masih bergelumang dengan pelbagai skandal yang tidak terjawab seperti isu terowong Pulau Pinang, isu rumah banglo yang dibeli di bawah harga pasaran, isu derma orang ramai yang digunapakai oleh syarikat kepunyaan sendiri dan pelbagai lagi.

12. Ini merupakan usaha tipu daya pakatan pembangkang untuk mengelirukan rakyat namun saya percaya rakyat cukup arif untuk melihat dan menilai segala apa yang diperkatakan oleh pihak pakatan pembangkang adalah hipokrit kerana pada akhirnya yang benar-benar perlu perkara yang perlu diselamatkan di dalam negara kita ini adalah daripada fitnah dan tipu daya pakatan pembangkang.


K7L : Macam macam hal..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk