Saya merujuk kepada artikel baru-baru ini yang bertajuk "Laporan terkini Bank Dunia adalah khabar buruk untuk BN" di mana penulis itu dipetik sebagai "Athena Athena adalah pembaca The Malaysian Insight".
Walaupun saya menghormati keputusan The Malaysian Insight untuk membolehkan pembaca anda menyuarakan pendapat mereka, saya percaya penelitian dan pengawasan yang lebih baik harus diambil untuk mengelakkan propaganda yang jelas bermotivasikan politik yang mengelirukan untuk diterbitkan.
Dari ayat pertama, artikel itu sudah salah. Pautan ke laporan Bank Dunia yang diberikan dalam artikel (http://(http//www.worldbank.org/en/region/eap/publication/east-asia-pacific-economic-update) pergi ke laporan yang tidak mengatakan sebarang perkara yang negatif tentang Malaysia.
Malah, satu-satunya nama Malaysia dipetik dalam pautan itu ialah "Thailand dan Malaysia dijangka tumbuh dengan lebih pesat berbanding daripada jangkaan, ekoran eksport yang lebih kukuh, termasuk pelancongan untuk Thailand, dan peningkatan pelaburan untuk Malaysia."
Bagaimana itu dianggap "berita buruk untuk BN" adalah satu misteri besar.
Artikel itu kemudian menyebut bahawa Bank Dunia berkata pertumbuhan Malaysia akan perlahan pada 5% pada tahun 2018 dan 4.8% pada tahun 2019.
Bagi negara berpendapatan pertengahan atasan, yang mana adalah kategori untuk Malaysia, pertumbuhan 4.8% dan 5% dianggap sangat baik.
Sebagai contoh, lihat Singapura, Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura meramalkan ekonominya berkembang antara 2% hingga 4% sehingga tahun 2020, manakala Bank Pembangunan Asia meramalkan ekonomi Singapura berkembang pada 2.7% pada 2018.
Baru sahaja minggu lepas Bank Dunia mengadakan taklimat media di mana ia diumumkan bahawa ia telah meningkatkan ramalan pertumbuhan Malaysia untuk kali kedua tahun ini.
Tahun lepas, Bank Dunia telah meramalkan Malaysia berkembang hanya 4.3% pada 2017. Ia menaikkan ramalan pertumbuhan itu kepada 4.9% pada bulan Jun dan kemudian menaikkannya sekali lagi kepada 5.2% minggu lepas.
Dalam taklimat media itu, pakar ekonomi Kumpulan Bank Dunia Richard Record telah banyak memuji ekonomi Malaysia dan membuat kesimpulan: "Melangkah ke hadapan, prospek kekal positif kerana ekonomi Malaysia terus mengalami pertumbuhan yang luas dalam banyak sektor yang pelbagai. Permintaan domestik dijangka kekal sebagai faktor utama pertumbuhan, disokong oleh pertumbuhan yang kukuh dalam perbelanjaan sektor swasta."
Oleh itu, adalah munasabah untuk menjangkakan Bank Dunia untuk juga menaikkan ramalan KDNK kita untuk tahun 2018 dan 2019 dalam masa yang terdekat - memandangkan peningkatan dua kali kita tahun ini serta pertumbuhan kukuh yang kita alami pada masa ini.
Lebih mengecewakan lagi adalah komen Athena Athena mengatakan bahawa "tidak seperti negara jiran Asianya, Malaysia masih belum memasuki sama ada G20 atau kumpulan dengan KDNK pada trilion dolar (sasaran terbaru Barisan Nasional ialah trilion ringgit)."
Ini menunjukkan bahawa "Athena Athena" mempunyai pemahaman yang sangat cetek tentang bagaimana KDNK berfungsi.
Semakin besar populasi sesebuah negara, semakin besar jumlah KDNK negara.
Memang benar bahawa Indonesia, dengan penduduknya seramai 261 juta dan hampir lapan setengah kali ganda lebih besar daripada Malaysia, mempunyai KDNK hampir AS$1 trilion (RM4.23 trilion).
Walaupun Thailand mempunyai penduduk yang lebih daripada dua kali ganda jumlah penduduk Malaysia, KDNK Thailand masih jauh dari AS$1 trilion dan berada pada AS$407 bilion pada 2016 berbanding AS$296 bilion untuk Malaysia.
Sebagai perbandingan, KDNK Singapura pada 2016 adalah AS$297 bilion - masih jauh dari AS$1 trilion.
Satu cara yang lebih baik untuk membandingkan Malaysia dengan jiran kita adalah dengan menggunakan KDNK per kapita dan bukannya KDNK. Penggunaan metrik ini akan menunjukkan bahawa KDNK per kapita Malaysia masih jauh di hadapan Thailand dan Indonesia.
KDNK Malaysia dalam nilai dolar AS telah terjejas oleh kadar pertukaran yang lemah tetapi mengetepikan kesan daripada kadar pertukaran yang naik dan turun itu, KDNK Malaysia dengan menggunakan istilah Parity Power Purchasing (PPP), istilah yang lebih banyak digunakan, telah menunjukkan pertumbuhan yang sangat baik sejak tahun 2009.
Motif Athena Athena dalam "suratnya" sebagai propaganda yang mengelirukan juga tidak tercapai kerana dia menulis " Kadar pengangguran belia Malaysia telah meningkat hingga 12.1%" dan kemudian memberikan pautan ke halaman statistik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Sekiranya pembaca klik pada pautan yang disediakan olehnya, mereka akan melihat bahawa purata global untuk pengangguran belia adalah 13.56% - menunjukkan bahawa Malaysia berada di bawah purata global.
Walaupun kerajaan meneruskan langkah-langkah untuk menyelesaikannya, pengangguran belia pastinya bukanlah satu masalah yang unik hanya kepada Malaysia, dan juga bukanlah isu yang baru, kerana ia telah wujud sejak zaman Tun Mahathir.
Malah, pautan yang sama yang diberikan olehnya akan menunjukkan bahawa purata kadar pengangguran belia untuk negara-negara OECD adalah 14%, bagi semua negara yang diklasifikasikan sebagai berpendapatan tinggi ialah 15.2% sementara untuk seluruh kawasan Euro ialah 23.6%.
Bukti bahawa artikel Athena Athena adalah tidak lebih daripada propaganda pembangkang adalah apbila dia menyatakan bahawa "PM Najib terkenal kerana memalsukan data ekonomi dalam ucapannya" dan memberikan pautan kepada artikel yang ditulis oleh bekas pembantu kepada bekas Menteri Besar PKR Selangor.
Sekiranya anda klik pada pautan yang dia berikan dan membacanya, anda akan mendapati bahawa artikel itu tidak mengatakan apa-apa mengenai PM Najib "memalsukan data" tetapi hanya analisis statistik tertentu yang juga tidak dipetik Najib dalam ucapannya.
Mari kita memberi tumpuan kepada prestasi sebenar kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh PM Najib.
Sejak tahun 2009, ekonomi Malaysia telah mengetepikan Kemelesetan Global Besar pada tahun 2008 - yang paling teruk sejak kemelesetan tahun 1930-an - dan kejatuhan 70% dalam harga eksport komoditi utama kita dan terus berkembang sementara mengekalkan kadar pengangguran yang rendah.
Dalam 48 tahun dari tahun 1963 hingga 2011, pertumbuhan tahunan ekonomi Malaysia telah melepasi Singapura hanya lima kali manakala Singapura mengalahkan kita sebanyak 43 kali.
Tetapi sejak tahun 2011, kita telah mengatasi Singapura selama enam tahun berturut-turut dan seperti mana yang diramalkan Bank Dunia, akan terus mengatasi jiran kita sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun akan datang.
Lima kali dalam 48 tahun berbanding enam tahun daripada 6 (setakat ini). Anda kiralah sendiri. Keputusan tidak menipu.
Ini tidak berlaku secara tidak sengaja tetapi adalah hasil dari dasar yang betul dan transformasi ekonomi yang sukar tetapi perlu dan membetulkan banyak kesilapan dasar masa lalu dalam kerajaan Mahathir.
Tanpa memberi kesan kepada kebebasan akhbar, saya mendesak pasukan The Malaysian Insight menjadi lebih kritikal terhadap surat seperti itu dari pembaca pada masa akan datang untuk menghalang portal anda yang semakin berkembang itu daripada menjadi platform untuk "berita palsu" atau propaganda yang jelas mengelirukan.
Semua rakyat Malaysia harus membaca laporan Bank Dunia yang terbaru itu secara keseluruhan untuk membuat kesimpulan mereka sendiri sama ada laporan Bank Dunia adalah berita baik atau berita buruk bagi Barisan Nasional.
(pautan: https://openknowledge.worldbank.org/bitstream/handle/10986/28396/9781464812095.pdf?sequence=2&isAllowed=y "
Ia adalah berita baik dengan pujian yang hebat dari Bank Dunia ke atas ekonomi kita, pembaharuan dasar kita, dan prospek akan datang kita.
Link asal artikel:
https://www.themalaysianinsight.com/s/17930/
K7L : Kleptokrasi Abah Kau!..
0 ulasan:
Post a Comment