03/10/2017

Mdaey Beli Kit Siang RM1B? - Itu Syed Saddiq Jual Diri RM5 Juta?



Raja Petra Kamaruddin mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad telah merasuah Lim Kit Siang sebanyak RM1 billion sebagai ganjaran untuk mendapatkan jawatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

“Mahathir telah membeli Kit Siang dengan harga RM1 bilion dan itulah sebabnya orang Cina tua itu telah berubah menjadi ‘anjing tua Mamak yang jinak’.

“Jadi benar apa yang mereka katakan pada tahun 1976 selepas itu, yang mana Kit Siang boleh dibeli tetapi ia perlu pakai banyak wang. Mereka yang mengingati skandal Exxon pada pertengahan 1970-an yang melibatkan carigali minyak di Laut China Selatan akan tahu apa yang dimaksudkan.

“Malah, Kit Siang hampir dipenjara kerana isu tersebut dan ketika dia melakukan U-turn ramai orang tidak memahami sebabnya,” dedah RPK dalam rencana terbaharu bertajuk “Mahathir Bribed Kit Siang RM1 Billion To Become Pakatan’s Chairman

RPK mendakwa maklumat itu diberitahu kepadanya dalam suatu perjumpaan di London oleh satu sumber dalaman DAP sendiri.

“Kami berjumpa dan penyampai maklumat ini memberitahu saya bahawa Mahathir telah menyogok Kit Siang dan jumlahnya adalah RM1 bilion yang akan dibayar dalam empat peringkat.

“RM750 juta telah pun dibayar dan peringkat akhir sebanyak RM250 juta akan dibayar apabila perjanjian itu selesai sepenuhnya. Wang itu, menurut sumber rapat, telah dibayar di Hong Kong dan Singapura.

“Untuk memperoleh yang RM1 bilion pertama, Kit Siang perlu bersetuju dengan PPBM menyertai Pakatan Harapan sebagai ahli gabungan keempat dan Mahathir menjadi Pengerusi gabungan.

“Kemudian Kit Siang harus ‘undur’ dan tidak mendedahkan apa yang dia ketahui semasa pendengaran RCI mengenai RM31.5 bilion skandal forex.

“Mukhriz seterusnya mesti diberi kerusi parlimen yang selamat untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, kalau boleh kerusi yang DAP boleh ‘kawal’ dan boleh mengarahkan pengundi siapa yang perlu diundi,”dakwanya lagi.

K7L : Alamak!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk