02/10/2017

#RafiziBayarRafizi - Hanya Maki Bodoh Setelah Kantoi Besar?



Baru-baru ini sidang media dibuat oleh Rafizi melalui Facebook menyaksikan lebih 50 kali perkataan bodoh keluar dari mulutnya sepanjang sidang media sejam setengah ia berlangsung.

Tembelang Rafizi Ramli pecah apabila Rizal Mansor dan Lim Sian See membongkarkan transaksi antara syarikat Invoke Solution Sdn Bhd dan KEIP Resources Sdn Bhd.

Transaksi tersebut menunjukkan seolah-olah Rafizi melakukan perniagaan antara dua syarikat yang kedua-duanya adalah miliknya sekaligus menunjukkan si Rafizi seorang yang pandai menipu mata masyarakat dengan permainan kira-kiranya.

KEIP adalah syarikat yang bertanggungjawab membekalkan tenaga kerja kepada Invoke. Walhal pemilik kedua syarikat ini adalah orang yang sama iaitu Rafizi. Terserlah kerakusan Rafizi dalam hal ini apabila mengaut keuntungan hasil 'permainan' dua syarikat miliknya juga.

KEIP juga merupakan satu-satunya syarikat yang menjadi pelanggan Invoke dan kebanyakkan kakitangan KEIP juga adalah kakitangan Invoke.

Urusniaga ini dipanggil Rafizi Ramli berniaga dengan Rafizi Ramli dan segala keutungan dibolot oleh Rafizi dengan jayanya sambil berjaya memperbodohkan masyarakat di luar sana.

Keuntungan KEIP dikaut dari dana yang dimasukkan ke dalam Invoke. Rafizi pernah menggelarkan orang-orang di pihak kerajaan sebagai Kleptokrasi tetapi sayangnya Rafizi sendiri yang menampakkan kebodohannya kerana menipu dengan tidak mendaftarkan KEIP kepada Jabatan Kastam untuk pengutipan cukai.

Rafizi juga mengesahkan bahawa beliau tidak menggunakan duit simpanannya terhadap Invoke. Selain itu, Rafizi menggunakan Invoke sebagai entiti perniagaan dan Invoke bertanggungjawab untuk membayar kembali RM 500 ribu pada bila-bila masa.

Ini dengan jelas menunjukkan bahawa Rafizi adalah pemegang saham paling besar dengan 99% saham di Invoke dan KEIP sekaligus menjadikan Rafizi 'Tuan' paling kaya dalam kedua syarikat ini. Mudahkan Rafizi menipu masyarakat di luar sana.

Kerana taksub dengan Rafizi 'derma' orang ramai diberikan kepadanya. Yang kaya adalah Rafizi manakala rakyat masih terus diperbodohkan olehnya.

K7L : Jangan percaya dia ni..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk