27/10/2017

#Bajet2018 - Azmin Akui GST Taoi Kenapa Bajet Autanatif Nak Hapuskan?



Janji dan harapan palsu semata semata. Begitulah yang boleh kita gambarkan daripada Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan 2018. Hampir 90% bajet alternetif itu hanyalah “copy paste” bajet mereka yang terdahulu. Manakala di ruangan lampiran pula boleh dilihat dengan jelas, mereka tiru bulat bulat cara Barisan Nasional mencari hasil.

GST tetap menjadi retorik utama pembangkang dalam bajet khayalan mereka semalam. Dua tahun berturut turut, pembangkang menyatakan dalam bajet alternatif pada 2016 dan 2017 bahawa kadar GST mereka adalah pada 0%. Semalam, dalam bajet alternatif mereka untuk 2018, mereka kata hendak mansuh GST.

Namun bila diteliti balik satu persatu ayat ayat yang mereka tulis dalam bajet itu, sebenarnya mereka masih lagi tidak mansuh GST. Hanya pusing dan putar belit ayat sahaja untuk kelirukan rakyat.

Lihat apa yang pembangkang tulis ini dalam mukasurat 36 ini:

“Perlaksanaannya mungkin mengambil masa setahun selepas memenangi PRU14 kerana kami perlu menyediakan dan mendidik pengguna dan perniagaan. Kami akan mengekalkan sistem pelaporan yang telah dilaksanakan di bawah rejim GST tetapi akan kadar sifarkan kebanyakan barangan serta kembali ke persamaan SST”

Lihat pada ayat “mungkin ambil masa setahun” dan ‘kadar sifarkan” itu. Ini bermakna pembangkang tidak akan hapus GST serta merta. Mereka akan letak 0% pada kadar GST, sama seperti bajet alternatif yang mereka buat pada dua tahun lepas.

Oleh itu, tidak mustahil, mereka akan kekalkan GST jika hasil negara yang mereka andaikan tidak menjadi. Mereka ada kecenderungan untuk mungkir janji kerana pada mereka manifesto bukanlah janji. Banyak sudah pun janji janji yang mereka mungkiri di Selangor dan Pulau Pinang.

Bila hasil negara sudah berkurang sebanyak RM25.5 billion, pembangkang hanya buat andaian mahu menampung kekurangan itu dengan menjimatkan RM20 billion daripada Jabatan Perdana Menteri yang dianggap pembangkang satu belanja yang membazirkan. Ini dinyatakan dalam mukasurat 25.

Pembangkang kata peruntukan yang RM20 billion ini banyak sangat untuk diagihkan bagi agensi seperti BTN, Esszone, Suhakam, Felda, APMM, bantuan bencana, Lembaga Tabung Haji, PR1MA dan lain lain lagi. Mereka hendak tutup semua agensi ini termasuklah yang menguruskan haji, felda dan bencana.

Inilah hajat DAP yang sebenar. Ribuan orang akan kena pecat daripada penjimatan cara DAP ini. Memang sudah lama DAP mahu buang penjawat awam. Mahathir pun sudah cakap semasa demo di Padang Timur, Petaling Jaya baru baru ini bahawa mahu singkirkan penjawat awam yang tidak sebulu dengannya.

Buang penjawat awam kerana hasil negara kurang RM25.5 billion bila GST dimansuhkan. Kemudian bergantung kepada andaian bahawa rakyat akan membeli lebih banyak barang import bila GST akan dimansuhkan. Ini andaian yang dinyatakan dalam mukasurat 17.

Mengharap rakyat akan beli kenderaan import dan hasil kononnya akan meningkat sebanyak RM1.46 billion.

Menguruskan hasil negara ini tidak boleh dibuat berdasarkan andaian sebegini. Negara akan lingkup dan jahanam jika bergantung pada cara penjimatan membuang orang dan mengharap rakyat akan beli barang import bila GST sudah dimansuh. Ini satu andaian mengarut pembangkang.

Bila andaian tidak menjadi, hasil tetap kurang, pembangkang sudah tentu akan ikut jejak langkah seperti Singapura yang menaikkan kadar GST selepas itu. Itulah sebab sebenar kenapa pembangkang tidak mahu hapus GST serta mereka dan meletakkan kadar itu pada 0% sahaja

Nurul Izzah pun pernah terlepas cakap taktik GST pada kadar 0% ini. Nurul Izzah berkata GST akan kekal sifar jika pakatan pembangkang berkuasa dalam Malaysiakini pada 25 April 2017. Kekal sifar bermakna ianya tidak akan dihapuskan.

Bapa Nurul Izzah pun puji GST. “Dari segi percukaian, saya tidak nafikan GST adalah sistem percukaian yang lebih efesien dan telus” kata Anwar Ibrahim dalam parlimen pada 30 Oktober 2017.

Tun Daim pun pernah berkata “GST, saya memang dulu lagi pada tahun 1994 saya memang hendak nak perkenalkan GST. Sebab saya kata GST, kita punya asas pendapatan sangat kecil”

“Hanya 40 peratus, tidak boleh bergantung pada Petronas sahaja. Esok kalau Petronas ada masalah, mana nak cari duit, nak belanja?” kata Tun Daim pada 4 Januari 2015.

Azmin Ali, Menteri Besar Selangor pun puji sistem GST. “Saya tegaskan pakatan pembangkang tidak pernah mengambil pendirian menolak GST. Pendirian kita jelas, GST ini sistem percukaian yang cukup telus, efesien dan dalam jangka masa panjang akan beri kebaikan kepada ekonomi negara” kata Azmin Ali

Tiga orang ini, Anwar, Azmin dan Tun Daim sudah iktiraf GST adalah sistem percukaian yang efesien dan telus untuk ekonomi negara. Pembangkang tidak akan mansuh GST, hanya letak pada kadar 0% sahaja dan cakap ambil masa setahun hendak mansuh.

Lepas itu, bila tiada hasil nanti mereka akan naikkan kadar GST. Tidak percaya? Tengoklah nanti. Anwar, Azmin dan Tun Daim pun tidak setuju GST dimansuhkan. Apa yang ditulis dalam Bajet Alternatif itu hanya laungan retorik semata mata.


K7L : Nak kaburkan mata orang.. jangan lupa spek mata kan ada...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk