Lebih kurang setahun yang lepas, Sg Besar telah kehilangan seorang YB yang berwibawa. Dan disebabkan kehilangan tersebut maka Pilihanraya Kecil dibuat di Sg Besar. Dan apa yang berlaku adalah pilihan calon mesti bukan orang tempatan.
Istilah orang tempatan sebagai calon itu amat penting. Kecuali ketokohan diperlukan di satu-satu tempat. Tetapi kalau semua calon yang diletakkan bukan berasala daripada situ, payah juga nak cakap kan?
Tetapi isunya di sini, pembangkang sebenarnya sudah tidak ada calon lain. Sebab itu hampir 80% kerusi mereka bertanding ADUN dan Parlimen dgn calon yang sama. Sebab mereka tak percaya sesama mereka sendiri dan mereka sendiri sudah tidak ada bakat baru.
Sampi hari ini hanya muka sama sahaja bertanding dua kerusi. dan hampir 60% calon adalah bukan anak jati tempat tersebut. Bukankah ini satu benda yang penting bagi rakyat setempat?
Sudahlah mereka bukan orang situ, nak nampak muka pun payah. Lihat sendiri Gelang Patah, Kajang, Bandar Tun Razak, Kuala Langat dan banyak lagi. Mana MP dan ADUN mereka?
K7L : Hanya timbul bila pilihanraya..
0 ulasan:
Post a Comment