25/12/2014

Rakyat Kuala Langat Setuju Jadi Bandar Babi Moden?


Tak faham betul Keris. Kenapa Adun Tanjung Sepat yang bercakap pasal ladang babi moden? Mana Yunus Hairi? Takkan menikus sebab mulut telah dikunci daripada mengeluarkan sebarang kenyataan?

Nampaknya kepimpinan Pakatan Pembangkang semakin berani berbohong kepada rakyat Selangor apabila mendakwa bahawa penduduk Kuala Langat telah menyatakan persetujuan dengan pembinaan ladang babi moden yang akan dibina di kawasan itu (sila rujuk di sini)


Hakikatnya majoriti penduduk beragama Islam di kawasan tersebut, waima penyokong Pakatan Pembangkang sendiri menolak pembinaan ladang babi moden dirancang kerajaan negeri Selangor itu kerana khuatir berlaku penularan virus Nipah dan Japanese Encephalitis (J.E.) yang pernah mengemparkan negara dan membunuh ribuan rakyat.

Sebersih manapun ladang babi atau semoden manapun sistem saliran yang bakal dibina di kawasan tersebut, tiada jaminan kepada rakyat Kuala Langat bahawa dua jenis virus ini tidak akan tersebar kepada penduduk setempat.
Malah kawasan tersebut yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam nyata kurang senang apabila babi dikategorikan sebagai najis mughazah yang harus disamak dengan air bersih dan tanah apabila umat Islam menyentuhnya.

Persoalannya mengapa pula pemimpin Pakatan Pembangkang termasuk ADUN Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan sanggup menipu rakyat Selangor dengan mendakwa bahawa penduduk Kuala Langat bersetuju dengan pembinaan babi?

Dan lebih menyedihkan mengapa ladang babi itu tidak sahaja dibina di kawasan majoriti penduduk bukan beragama Islam?

Sambung di Team Media Selangor
K7L : Bila masa mereka setuju?..

2 ulasan:

  1. DEMONSTRASI LAH BUKTIKAN PENDUDUK TAK SETUJU !

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada pengundi2 Selangor. Orang Melayu Selangor sedang diperbodohkan KAW KAW oleh cina DAP!!!!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk