20/12/2014

Nik Abduh Sound Peguam PKR - PAS Dah Ready Nak Keluar?



Rakan seperjuangan dalam pakatan pembangkang dilihat seakan goyah apabila pemimpin utama Pas terus mengeluarkan kenyataan terbuka bagi menyatakan pendirian dan pandangan masing-masing berhubung isu pelaksanaan hukum hudud.

Kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya semalam dibidas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kerana mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas yang mahu membuat pindaan enakmen hudud dalam keadaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terpalit dengan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Memetik tulisan Nik Mohamad Abduh menerusi laman Facebook miliknya yang bertajuk “Jawapan Buat Seorang Peguam Wanita” yang seakan menyindir dengan mempersoalkan, apakah benar Pas bersubahat dengan BN bagi menutup isu 1MDB sedangkan parti itu sudah memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud sejak lebih 20 tahun lalu.

"Agenda hudud Pas sudah bawa sejak lebih 20 tahun. Macam mana ia boleh dihentikan semata-mata kerana isu 1MDB?’" katanya.

Nik Mohamad Abduh menjelaskan, Pas bukan sahaja mahu melibatkan isu ekonomi malahan merangkumi pembinaan Malaysia secara menyeluruh termasuk pelaksanaan hudud.
"Pas juga memperjuangkan aspek pembinaan semula orang bersalah melalui hukuman mendidik yang ada di dalam hukum hudud. Buktikan bahawa aspek hukuman terhadap pesalah di dalam negara hari ini bukanlah isu besar yang boleh ditangguhkan?" ujar beliau.

Mengulas lanjut, katanya, isu royalti minyak di Kelantan yang tertangguh sebelum ini tidak menggugat pelaksanaan hudud negeri itu dan mengapakah isu 1MDB pula dijadikan alasan untuk menyekat usaha pelaksanaan hukuman jenayah syariah.

Oleh demikian, Nik Mohamad Abduh menyatakan Pas dianggap telah masuk perangkap sekularisme sama ada oleh BN, DAP dan PKR serentak sekiranya isu 1MDB berjaya menyekat Pas daripada memperjuangkan hak agama. - Azlin Hussain / 
Utara News 


0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk