19/12/2014

Tak Cukup Cela Hudud - DAP Larang Maulidur Rasul?



Kadang-kadang Keris tertanya-tanya dalam hati. Apa sebenarnya orang PAS di Pulau Pinang nak? Perjuangan untuk memartabatkan Islam atau hanya sekadar mahukan KUASA MEMERINTAH?

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya.

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid’ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat. Jadi atas dasar apa sambutan itu mahu dilarang oleh DAP?

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Raja Al-Mudhaffar Abu Sa `id Kaukabri ibn Zainuddin Ali bin Baktakin (l. 549 H. w.630 H.), penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang.

Orang PAS dan Melayu PKR sendiri tahu akan perkara ini. Mengapa tidak ditentang tetapi dituruti? Keharmonian negara ini janganlah dicela lagi. Jangan cabar orang Melayu. Ini juga satu peringatan buat semua umat Islam di Malaysia.

Andai kata kita bersatu maka tunduklah mereka, namun mereka yang berdarah yahudi ini akan sentiasa ingin memecah-belahkan kita sehingga dapat mereka pijak kita sehingga lumat. Sebelum dihenjak lebih baik bukalah mata. 

K7L : Satukan hati..sucikan jiwa..

3 ulasan:

  1. Kita orang melayu cuma setakat melalak dari belakang pentas nombor 1 , jika benar nak berjuang mempertahan uagam Islam dan apa juga acara menyambut hari hari Islam , hari keagungan Islam , hari keangungan rasul .. beraraki saja .. kenapa harus peduli arahan dan larang KM Dap ,

    Kata orang : beteloq sebiji riuh sekampung , buat meriah saja buat apa. dok pakat ramai-ramai seluruh masjid dalam PP berkumpul dan berarak , kita tengok berapa ramai pula yang nak menjamin kita .. jangan hanya nampak jihar di Palestin , Syria atau Iraq saja..

    ReplyDelete
  2. Yes gi je brarak knapa tkut tokong. Dia bkan nabi . ini ngara islam dn penang kedah punye. Just go my muslim brothers brarak dn bsalawat

    ReplyDelete
  3. Cuba kerajaan yg buat..
    Dah tentu ke jln raya..
    Tp sbb geng depa... Tapa la..
    Janji sampai putrajaya..
    Kata najib kipas org cha nun ya alif..
    Sebenarnya depa lagi teruk kipas..
    Fasal agama pun boleh cincai kira.. Kipas jijah

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk