16/12/2014

Khazanah Gagal Dan Terus Gagal? - Azman Mokhtar Dah Boleh Angkat Kaki!



Prinsip-prinsip utama mandat Khazanah Nasional sebagai sebuah syarikat pelaburan termasuk:
  1. Mencipta nilai boleh kekal
  2. Meningkatkan upaya kebersaingan negara
  3. Memupuk sebuah budaya berprestasi tinggi

Prinsip-prinsip tersebut dilaksanakan melalui empat langkah utama:
  1. Pelaburan warisan: Memperkemas, menyusun semula, dan memajukan;
  2. Pengubahan syarikat berkait kerajaan (GLC): Menaikkan nilai pemegang saham dan nilai strategik;
  3. Pelaburan baru: Membangun pasaran-pasaran baru dan pelaburan rentas sempadan; dan
  4. Pengurusan Modal Manusia: Memperkenalkan amalan pengurusan dan sistem ganjaran baru.

Pada tahun 2005, kebanyakan pelaburan Khazanah Nasional adalah dalam bidang-bidang kewangan, telekomunikasi, utiliti awam, perkhidmatan komunikasi, teknologi maklumat, dan pengangkutan. Contoh-contoh syarikat berkait Khazanah Nasional termasuk Proton, MAS, Kumpulan UEM, Telekom Malaysia, Pos Malaysia, Tenaga Nasional dan Astro.

Namun sayangnya itu hanya prinsip yang tidak dilaksankan seiring dengan keinginan dan kehendak bagi memastikan kemajuan secara berterusan dapat dicapai dalam membantu ekonomi negara.

Pada hemat Keris, terlalu banyak kegagalan yang dilakukan yang mana MAS menghadapi kemelut menjadi kemuncaknya. Pos Malaysia dijual kerana hutang, Proton dijual kerana hutang dan yang biasa kita dengar jika mana-mana syarikat dibawah Khazanah seringkali dikaitkan dengan hutang dan kegagalan dalam membantu ekonomi bumiputera. 



Desakan daripada 'orang bawahan' telah berbunyi. Tiba sudah masanya supaya Azman Mokhtar yang digembar-gemburkan sebagai pakar akauntansi untuk mengundurkan diri. Tidak larat lagi melihat kegagalan berkala yang dilakukannya.

Kita bimbang satu persatu prasarana negara akan tumbang jika dia masih tidak mahu berundur. Transformasikan Khazanah demi kemajuan Malaysia. Tidak perlu lagi simpan mereka yang tidak efektif. 

Masa tidak panjang lagi. Keris tidak mahu melihat bumiputera terus tenggelam dek kerana kehancuran tangan-tangan korporat yang tidak berfikir untuk mendahulukan rakyat.

K7L : Sebelum semua jadi lingkup baik tukar....

3 ulasan:

  1. Yang control bukannya Azman Mokhtar tapi org2 UMNO sejak Madey. Jadi suruh yg ini resign buat apa?????

    ReplyDelete
  2. selama ini dia makan gaji utk tido je..ahakss

    ReplyDelete
  3. baik lantik aku je jd CEO... setakat nk bagi syarikat rugi saban tahun, aku rasa aku pun boleh buat. cuma nak bagi untung tu je aku rasa payah sikit... l

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk