10/12/2014

Tokoh Anak Muda Yang Melayu Perlu Contohi




Kita sekarang kembali ke Mekah, tahun ketujuh sebelum hijrah....

Ketika itu Rasulullah SAW sedang susah kerana tindakan kaum Quraish yang menyakiti beliau dan para sahabat. Kesulitan dan kesusahan berdakwah menyebabkan Baginda sentiasa harus bersabar.

Dalam suasana seperti itu, tiba-tiba seberkas cahaya memancar memberikan sinar yang menggembirakan. Seorang pembawa berita mengabarkan kepada beliau, “Ummu Aiman melahirkan seorang bayi laki-laki.” Wajah Rasulullah berseri-seri karena gembira menyambut berita tersebut.

Siapakah bayi itu? Sehingga, kelahirannya dapat mengubati hati Rasulullah yang sedang berduka, berubah menjadi gembira?

Itulah dia, Usamah bin Zaid...

Ibu Bapa Usamah
Para sahabat tidak merasa aneh bila Rasulullah SAW riang dengan kelahiran bayi yang baru itu. Kerana mereka tahu tentang kedudukan kedua orang tuanya di sisi Rasulullah.

Ibu bayi tersebut seorang wanita Habsyi yang diberkati, terkenal dengan panggilan “Ummu Aiman”.

Ummu Aiman adalah bekas sahaya bonda Rasulullah, Aminah binti Wahab. Dialah yang mengasuh Rasulullah waktu kecil, selagi bondanya masih hidup. Dia juga yang merawat sesudah bondanya wafat. Kerana itu dalam kehidupan Rasulullah SAW, baginda sering berdamping dengan Ummu Aiman sejak kecil.

Rasulullah SAW menyayangi Ummu Aiman, sebagaimana layaknya sayangnya seorang anak kepada ibu. Baginda sering bersabda, “Ummu Aiman adalah ibuku satu-satunya sesudah bonda yang mulia wafat, dan satu-satunya keluargaku yang masih ada.” Itulah ibu bayi yang beruntung itu.

Adapun bapanya adalah sahabat kesayangan Rasulullah, Zaid bin Harithah. Rasulullah SAW pernah mengangkat Zaid sebagai anak angkatnya sebelum beliau memeluk Islam. Beliau juga merupakan salah seorang anggota keluarga dalam rumah tangga baginda dan antara sahabat yang sangat dikasihi di kalangan umat Islam.

Kegembiraan Kaum Muslimin dan Sayangnya Rasulullah SAW pada Usamah
Kaum muslimin turut bergembira dengan kelahiran Usamah bin Zaid, melebihi kegembiraan meraka atas kelahiran bayi-bayi lainnya. Hal itu bisa terjadi karena tiap-tiap sesuatu yang disukai Rasulullah juga mereka sukai. Bila beliau bergembira mereka pun turut bergembira. Bayi yang sangat beruntung itu mereka panggil “Al-Hibb wa Ibnil Hibb” (kesayangan anak kesayangan).

Kaum muslimin tidak berlebih-lebihan memanggil Usamah yang masih bayi itu dengap panggilan tersebut. Kerana Rasulullah SAW memang sangat menyayangi Usamah sehingga dunia seluruhnya agaknya iri hati.

Usamah sebaya dengan cucu Rasulullah, Hasan bin Ali RA.. Hasan berkulit putih tampan bagaikan bunga yang mengagumkan. Dia sangat mirip dengan datuknya. Usamah pula berkulit hitam, hidungnya pesek dan sangat mirip dengan ibunya wanita Habsyi.

Namun, kasih sayang Rasulullah kepada keduanya tidak berbeza. Baginda sering mengambil Usamah, lalu meletakkan di salah satu pahanya. Kemudian, diambilnya pula Hasan, dan diletakkannya di paha yang satunya lagi. Kemudian, kedua anak itu dirangkul bersama-sama ke dadanya, seraya berkata, “Wahai Allah, saya menyayangi kedua anak ini, maka sayangi pulalah mereka!” Begitu sayangnya Rasulullah kepada Usamah.

Pada suatu kali Usamah tersandung pintu sehingga keningnya luka dan berdarah. Rasulullah menyuruh Aisyah membersihkan darah dari luka Usamah, tetapi tidak mampu melakukannya.

Ekoran itu, baginda berdiri mendapatkan Usamah, lalu baginda SAW mengisap darah yang keluar dari lukanya dan ludahkan. Sesudah itu, baginda memujuk Usamah dengan kata-kata manis yang menyenangkan hingga hatinya merasa tenteram kembali.

Sebagaimana Rasulullah SAW menyayangi Usamah waktu kecil, tatkala sudah besar baginda tetap menyayanginya.

Hakim bin Hazam, seorang pemimpin Quraish, pernah menghadiahkan pakaian mahal kepada Rasulullah. Hakam membeli pakaian itu di Yaman dengan harga lima puluh dinar emas dari Yazan, seorang pembesar Yaman.

Rasulullah enggan menerima hadiah dari Hakam, sebab ketika itu dia masih musyrik. Lalu, pakaian itu dibeli oleh baginda dan hanya dipakainya sekali pada hari Jumaat. Pakaian itu kemudian diberikan kepada Usamah. Usamah senantiasa memakainya pagi dan petang.

Sejak Usamah meningkat remaja, sifat-sifat dan pekerti yang mulia sudah kelihatan pada dirinya, yang memang pantas menjadikannya sebagai kesayangan Rasulullah. Dia cerdik dan pintar, bijaksana dan pandai, takwa dan wara'. Beliau sentiasa menjauhkan diri dari perbuatan tercela.

Dikisahkan pada suatu hari, satu kecurian telah berlaku dimana pencurinya adalah seorang wanita ternama dari bangsa Quraish. Maka kaum Quraish pun buntu dan tertanya apakah tindakan yang wajardiputuskan terhadap wanita tersebut sedangkan hukuman untuk pencuri adalah potong tangan.

Kemudian mereka ingin menanyakan hal ini kepada Rasulullah SAW namun kerana risau, mereka terpaksa pendamkan terlebih dahulu. Hingga timbul idea di hati salah satu di antara mereka tentang orang yang paling berani untuk menanyakan hal ini adalah Usamah, kerana dialah orang yang paling dekat dan paling dikasihi oleh Rasulullah SAW.

Dengan segera mereka menemuinya dan memintanya agar meminta keringanan kepada Rasulullah SAW terhadap wanita tersebut. Ketika Usamah menceritakan hal ini kepada Rasulullah, maka Baginda bersabda:

Janganlah engkau meminta keringanan dalam masalah hukum agama, sesungguhnya bangsa-bangsa terdahulu binasa karena hal itu, bila diantara mereka orang bangsawan mencuri maka mereka mengampuninya dan bila orang miskin yang mencuri maka ditegakkan hukum sebaik-baiknya dan sesungguhnya bila Fatimah Binti Muhammad mencuri niscaya saya akan memotong tangannya.
Usamah Dalam Perang Uhud

Waktu terjadi Perang Uhud, Usamah bin Zaid datang ke hadapan Rasulullah SAW bersama sekumpulan rakan sebayanya, putera-putera para sahabat RA. Mereka menyuarakan keinginan untuk turut jihad fi sabilillah.

Sebagian mereka diterima Rasulullah dan sebahagian lagi terpaksa ditolak kerana usia yang sangat muda. Usamah bin Zaid termasuk kumpulan yang tidak diterima. Beliau pulang sambil menangis. Menangis bukan kerana tersingkir dari Akademi Fanstasia, tapi keranasangat sedih tidak diperkenan turut berperang di bawah panji-panji Islam!

Usamah Dalam Perang Khandaq

Dalam Perang Khandaq, Usamah bin Zaid datang pula bersama kawan-kawan remaja, putera para sahabat. Usamah berdiri tegap di hadapan Rasulullah SAW supaya kelihatan lebih tinggi, agar kali ini baginda memperkenankannya turut berperang.

Rasulullah kasihan melihat Usamah yang keras hati ingin turut berperang. Karena itu, baginda mengizinkannya. Usamah pergi berperang menyandang pedang, jihad fi sabilillah. Ketika itu beliau baru berusia lima belas tahun.

Usamah Dalam Perang Hunain

Ketika terjadi Perang Hunain, tentera muslimin terdesak sehingga barisannya menjadi kacau bilau. Tetapi, Usamah bin Zaid tetap bertahan bersama-sama dengan Saiyyidina ‘Abbas RA (bapa saudara Rasulullah), Sufyan bin Harits RA dan enam orang sahabat lain.

Di tengah kelompok kecil ini, Rasulullah SAW telah bertindak dan mengembalikan kekalahan kepada menjadi kemenangan. Baginda berhasil menyelamatkan kaum muslimin yang lari dari dikejar kaum musyrikin.

Usamah Dalam Perang Mu’tah


Dalam Perang Mu’tah, Usamah turut berperang di bawah panglima yang juga ayahnya, Zaid bin Harithah RA. Ketika itu umurnya baharu sektar lapan belas tahun. Usamah menyaksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana ayahnya tewas di medan tempur sebagai syuhada.

Namun, Usamah tidak gentar dan tidak pula mundur. Bahkan, beliau terus bertempur dengan gigih di bawah panglima Islam, Jaafar bin Abi Thalib RA hingga sepupu Rasulullah itu syahid di hadapan matanya pula.

Usamah sertai pula gerombolan di bawah panglima Abdullah bin Rawahah RA hingga pahlawan Islam itu gugur, menyusuli dua sahabatnya yang telah syahid.

Kemudian, panji-panji Islam telah diambil alih oleh Khalid bin Walid RA. Usamah bertempur di bawah panglima Islam tersohor itu dan meskipun dengan jumlah tentara yang tinggal sedikit, kaum muslimin akhirnya berjaya juga melepaskan diri dari cengkaman tentara Rom.

Selesai peperangan, Usamah kembali ke Madinah dengan menyerahkan kematian ayahnya kepada Allah SWT. Jasad ayahnya disemadikan di bumi Syam (Syria).

Perlantikan Usamah dalam Perang Melawan Romawi

Ketika Islam berjaya menguasai Tanah Arab. Begitu ramai yang tertarik hati memeluk agama Allah dan keluar berjihad bersama Rasulullah SAW.

Wajah-wajah kusut yang semula diselimuti kabut kemusyrikan menjadi cerah disinari pancaran cahaya Islam. Tidak ketinggalan juga Farwah bin Umar Al-Judzami, pembesar Ma’an dan sekitarnya yang diangkat Kaisar Romawi.

Mengetahui hal itu, para penguasa Romawi marah dan mereka segera menangkap Farwah dan menyumbatnya ke penjara. Selanjutnya, ia dibunuh dan kepalanya dipancung, lalu diletakkan di sebuah mata air bernama Arfa’ di Palestin. Mayatnya disalib untuk menakut-nakutkan para penduduk agar tidak mengikuti jejaknya.

Mendengar kejadian itu, Saiyyidina Umar bin Khatthab RA segera menemui Rasulullah SAW. Baginda urang senang dengam berita itu lalu bergegas keluar menemui para sahabat yang sedang berkumpul di Masjid Nabawi. Setelah memuji Allah SWT dan mengucapkan syukur, baginda bersabda:

“Wahai sekalian manusia, saya mendengar pembicaraan mengenai perlantikan Usamah, demi Allah, seandainya kalian sangsi kepemimpinannya, bererti kalian sangsi juga pada pimpinan ayahnya, Zaid bin Harithah.


Demi Allah, Zaid sangat sesuai memegang kepimpinan, begitu juga dengan puteranya, Usamah. Kalau ayahnya sangat saya kasihi, maka puteranya pun demikian. Mereka adalah orang yang baik. Hendaklah kalian memandang baik mereka berdua. Mereka juga adalah sebaik-baik manusia di antara kalian.”

Pada tahun ke-11 Hijrah, Rasulullah SAW menurunkan perintah agar menyiapkan bala tentara untuk memerangi pasukan Rom. Dalam pasukan itu terdapat antara lain Saiyyidina Abu Bakar Shidiq, Umar bin Khattab, Sa’ad bin ABi Waqqas, Abu Ubaidah bin Jarrah, dan lain-lain sahabat RA.

Rasulullah SAW turut mengangkat Usamah bin Zaid yang masih muda remaja menjadi panglima seluruh pasukan yang akan berjihad. Ketika itu usia Usamah masih belum melebihi 20 tahun. Baginda memerintahkan Usamah supaya berhenti di Balqa’ dan Qal’atut Daarum berhampiran Gazzah, termasuk wilayah kekuasaan Rom.

Setelah itu, baginda SAW turun dari mimbar dan masuk ke rumahnya. Kaum muslimin pun berkumpul untuk berangkat bersama pasukan Usamah dan ereka menemui Rasulullah SAW yang disaat itu dalam keadaan uzur.

Di antara mereka terdapat Ummu Aiman, ibu Usamah. “Wahai Rasulullah bukankah lebih baik, jika engkau biarkan Usamah menunggu sebentar di perkhemahannya sehingga dirimu sihat. Jika terpaksa berangkat sekarang, tentu dia tidak akan merasa tenang dalam perjalanannya,” ujarnya.

Namun Rasulullah SAW menjawab, ‘Biarkan Usamah berangkat sekarang juga.”

Kata Usamah, “Tatkala sakit Rasulullah bertambah berat, saya datang menghadap baginda diikuti orang ramai, setelah saya masuk, saya dapati beliau sedang diam tidak berkata-kata menahan sakitnya. Tiba-tiba baginda mengangkat tangan dan meletakkannya ke tubuh saya. Saya tahu baginda memanggilku.”

Ketika Usamah mencium wajahnya, baginda SAW hanya berdiam diri dan mengangkat kedua belah tangannya ke langit serta mengusap kepala Usamah, mendoakan angkatan perang yang diketuainya.

Khalifah Abu Bakar atas Usul Penggantian Usamah

Usamah segera kembali ke pasukannya yang masih menunggu. Setelah semuanya lengkap, mereka mulai bergerak. Belum pun jauh pasukan itu meninggalkan Juraf, yang menjadi markas perkhemahan angkatan Islam, datanglah utusan dari Ummu Aiman memberitahukan bahwa Rasulullah SAW telah wafat!

Usamah segera memberhentikan pasukannya. Bersama Saiyyidina Umar bin Khatthab RA dan Abu Ubaidah bin Jarrah RA, beliau segera menuju rumah Rasulullah. Sementara itu, tentara kaum muslimin yang bermarkas di Juraf telah berpatah balik kembali ke Madinah.

Saiyyidina Abu Bakar Siddiq RA telah dipilih dan dilantik menjadi Khalifah Islam yang pertama. Khalifah Abu Bakar meneruskan pengiriman tentara di bawah pimpinan Usamah bin Zaid, sesuai dengan rencana yang telah digariskan Rasulullah SAW.

Namun sekelompok kaum Ansar merayu supaya menangguhkan pemergian angkatan tentera dan meminta Sayyidina Umar bin Khattab RA memujuk Khalifah Abu Bakar RA. Namun Khalifah Abu Bakar tetap bertegas mahu Usamah untuk kembali memimpin pasukan, sebagaimana yang diperintahkan Rasulullah sebelumnya.

Tindakan Khalifah tentu saja mendapat reaksi dari beberapa sahabat RA. Apalagi saat itu beberapa kelompok kaum muslimin telah murtad dari agama Islam. Kota Madinah memerlukan penjagaan yang agak ketat.

Kata mereka, “Jika khalifah tetap berkeras hendak meneruskan pengiriman pasukan sebagaimana dikehendakinya, kami mengusulkan panglima pasukan (Usamah) yang masih muda remaja ditukar dengan tokoh yang lebih tua dan berpengalaman.”

Mendengar ucapan Saiyyidina Umar yang menyampaikan usul dari kaum Ansar itu, Khalifah Abu Bakar bangun menghampiri Umar seraya berkata dengan marah, “Hai putera Khattab! Rasulullah telah mengangkat Usamah. Engkau tahu itu. Kini engkau menyuruhku membatalkan keputusan Rasululllah. Demi Allah, tidak ada cara begitu!”

Abu Bakar juga berkata, “Demi jiwaku yang berada di tanganNya, seandainya aku tahu akan dimakan binatang buas sekalipun, nescaya aku akan tetap mengutus pasukan ini ke tujuannya. Aku yakin, mereka akan kembali dengan selamat. Bukankah Rasulullah SAW yang diberikan wahyu dari langit telah bersabda, “Berangkatkan segera pasukan Usamah!’

Tatkala Umar kembali kepada orang ramai, mereka bertanyakan bagaimana hasil pembicaraannya dengan Khalifah Abu Bakar tentang usul tersebut. Kata Umar, “Setelah saya sampaikan usul kalian kepada Khalifah, belaiu menolak dan malahan saya kena marah. Saya dikatakan terlalu berani membatalkan keputusan Rasulullah".

Maka pasukan tentara muslimin berangkat di bawah pimpinan panglima yang masih muda remaja, Usamah bin Zaid. Khalifah Abu Bakar turut mengantarkannya berjalan kaki, sedangkan Usamah menunggang kenderaan.

Kata Usamah, “Wahai Khalifah Rasulullah! Silakan anda naik kendaraan. Biarlah saya turun dan berjalan kaki.

Jawab Khalifah Abu Bakar, “Demi Allah! jangan turun! Demi Allah! Saya tidak mahu naik kenderaan!

"Biarlah kaki saya kotor, sementara menghantar engkau berjuang fisabilillah! Saya utuskan kamu, agama kamu, kesetiaan kamu dan kesudahan perjuangan kamu kepada Allah. Saya berwasiat kepada kamu, laksanakan sebaik-baiknya segala perintah Rasulullah kepadamu!”

Kemudian dibalas oleh Usamah dengan jawaban yang penuh makna, “Aku menitipkan kepada Allah agamamu, amanatmu juga penghujung amalmu dan aku berwasiat kepadamu untuk melaksanakan apa yang diperintahkan Rasulullah.”

Kemudian, Khalifah Abu Bakar berbisik pada Usamah, katanya, “Jika kamu setuju biarlah Umar tinggal bersama saya. Izinkanlah dia tinggal untuk membantu saya. Usamah kemudian mengizinkannya.

Kemenangan Usamah

Usamah dan pasukannya terus bergerak dengan cepat meninggalkan Madinah. Setelah melewati beberapa daearah yang masih tetap memeluk Islam, akhirnya mereka tiba di Wadilqura. Usamah mengutus seorang mata-mata dari suku Hani Adzrah bernama Huraith. Dia maju meninggalkan pasukan hingga tiba di Ubna, tempat yang dituju.

Setelah berhasil mendapatkan berita tentang keadaan daerah itu, dengan pantas dia kembali menemui Usamah. Huraith menyampaikan maklumat bahawa penduduk Ubna belum mengetahui tentang kedatangan mereka dan tidak bersiap siaga. Dia mengusul agar pasukan bergerak secepat mungkin untuk melancarkan serangan sebelum mereka menyedari kehadiran angkatan Islam.

Usamah bersetuju. Dengan cepat mereka bergerak. Seperti yang direncanakan, pasukan Usamah berhasil mengalahkan lawannya. Hanya selama 40 hari, kemudian mereka kembali ke Madinah dengan sejumlah harta rampasan perang yang besar, tanpa seorang pun terkorban!

Usamah berhasil kembali dari medan perang dengan kemenangan gemilang. Mereka membawa harta rampasan yang banyak, melebihi perkiraan yang diduga orang. Sehingga, orang mengatakan, “Belum pernah terjadi suatu pasukan bertempur kembali dari medan tempur dengan selamat dan utuh serta berhasil membawa harta rampasan sebanyak yang dibawa pasukan Usamah bin Zaid.”

Kecintaan Kaum Muslimin Kepada Usamah


Usamah bin Zaid RA sepanjang hidupnya berada di tempat terhormat dan dicintai kaum muslimin. Kerana dia sentiasa mengikuti sunah Rasulullah SAW dengan sempurna dan memuliakan peribadi baginda.

Khalifah Umar bin Khattab RA pernah diprotes oleh puteranya, Abdullah bin Umar RA, kerana melebihkan Usamah dari Abdullah sebagai putera Khalifah. Kata Abdullah bin Umar, “Wahai Bapa! Bapa memberikan Usamah empat ribu dinar, sedangkan pada saya hanya tiga ribu dinar.

Jawab Khalifah Umar, “Bapanya lebih disayangi Rasulullah daripada bapa kamu. Dan, peribadi Usamah lebih disayangi Rasulullah berbanding dirimu.” Mendengar keterangan ayahnya, Abdullah bin Umar redha dan menerima hakikat itu sebagai adil, kena pada tempatnya.

Apabila bertemu dengan Usamah, Khalifah Umar menyapa dengan ucapan, “Marhaban bi amiri!” (Selamat, wahai panglimaku?!) Jika ada orang yang hairan dengan sapaan tersebut, Umar menjelaskan, “Rasulullah pernah mengangkat Usamah menjadi panglima saya.”

Setelah menjalani hidupnya bersama para sahabat, Usamah bin Zaid wafat tahun 53 H / 673 M di zaman pemerintahan Khalifah Mu’awiyah bin Abi Sufyan RA.

Itulah sedikit sebanyak kisah seorang pemuda yang berani dalam membela agama Allah tanpa mempedulikan sesuatu yang mengancam jiwanya. Dari sinilah kita sebagai pemuda penyambung harapan bangsa dan agama wajar mencontohi seorang sahabat sehebat Usamah bin Zaid.

Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmatNya kepada para sahabat RA yang memiliki jiwa dan keperibadian yang agung.. Wallahu a’lam.

1 ulasan:

  1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4 angka 5419 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA WARSITO,,di no (((085-342-064-735)))
    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 1 JUTA RINGGIT , wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..







    Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI .JAYA WARSITO akan membantu
    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
    butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]


    ANGKA GHOIB: SINGAPUR 2D/3D/4D/



    ANGKA GHOIB: HONGKONG 2D/3D/4D/



    ANGKA GHOIB; TEXAS



    ANGKA GHOIB; TOTO/ MAGNUM 4D/5D/6D/



    ANGKA GHOIB; LAOS

































    KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4 angka 5419 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA WARSITO,,di no (((085-342-064-735)))
    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 1 JUTA RINGGIT , wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..







    Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI .JAYA WARSITO akan membantu
    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
    butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]


    ANGKA GHOIB: SINGAPUR 2D/3D/4D/



    ANGKA GHOIB: HONGKONG 2D/3D/4D/



    ANGKA GHOIB; TEXAS



    ANGKA GHOIB; TOTO/ MAGNUM 4D/5D/6D/



    ANGKA GHOIB; LAOS

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk