(Klik untuk besarkan imej)
Mungkin Temasya Selangor 15 yang bakal diadakan dari 26 hingga malam ambang tahun baru nampak molek sekiranya diadakan dua minggu atau sebulan yang lalu. Sekiranya perayaan gilang gemilang ini diadakan sehari dua lagi bersemperna sambutan ambang tahun baru, 100 hari pentadbiran MB Baru dan pelancaran Tahun Melawat Selangor, nampak seperti ada yang tidak kena.
Dalam kita bersimpati dengan nasib saudara-saudara kita di Pahang, Kelantan, Terangganu, Perak dan beberapa negeri lain yang dilanda banjir yang luar biasa, kita di Selangor bersuka ria dengan temasya. Malu saya Dato Menteri Besar untuk sama-sama bersukaria sedangkan saudara-sudara saya yang lain menderita. Dua hari tangan ini tidak boleh membuat posting disebabkan sebak melihat penderitaan saudara-saudara yang dilanda cubaan di gambar-gambar yang dipaparkan di media-media sosial.
Dato Menteri Besar masih ada hatikah untuk meneruskan sambutan ini dengan melihat gambar-gambar di bawah? Bukankah lebih baik kita gantikan dengan sembahyang hajat dan doa selamat untuk saudara-saudara kita waima untuk menyambut tahun baru sekalipun?
K7L : Bergembira dalam saat rakyat negeri lain berduka?..
Releks lah Bro! masa kami kena angkut air ada kau orang kisah. Kini patutnya kau orang bersyukur kerana negeri kau orang dianugerahkan air yang lebih dari cukup.
ReplyDeleteSebab itu tak salahkan jika kami berseronok kerana kami tak pernah rasa air yang berlebihan semenjak Pakatan memerintah negeri.