27/12/2014

@Kabir_Akram Persoal Malam Cinta Rasul - Membazir Atau Tidak?



Keris tertarik sebenarnya dengan artikel sahabat Blogger KL Chronicle yang mempersoalkan kewajaran Majlis Malam Cinta Rasul. Bukan niat nak memburukkan sesiapa namun pertanyaan dari akar umbi perlu juga diambil tahu.

Pendapat Keris tidaklah setuju sangat pun dengan Saifuddin Abdullah, sebab pada Keris dia adalah seorang bekas MP yang gagal dan populis tak kena tempat. Suka tunjuk dia pandai tapi tak membantu.

Lantak kan dia. Fokus pada isu pembaziran yang hangat diperkatakan. Menurut blog sahabat Keris, RM200,000 telah dibelanjakan untuk membawa masuk Ustaz daripada luar negara bagi menjayakan majlis tersebut.

Soalan Keris :

1. Apa relevannya panggil orang luar?

2. Dekat Malaysia tak ada ke Ustaz yang boleh berselawat atau berzanji?

3. Kenapa sampai ratus ribu?

Benda macam ini orang akan lihat membazir biarpun niat tu baik. Tapi kalau nawaitu baik, cara tak baik tak kena juga. Maaf bukan tembak sesiapa tetapi tidak ada dalil semua cara bisa menghalalkan perkara.

Jangan jadikan Majlis yang penuh keberkatan, kesuciannya tercalar kerana kita sendiri yang bersifat zalim. Sama-sama kita muhasabah diri. 

K7L : Zalim itu apa? terjemah sendiri..

3 ulasan:

  1. adakah membazir kalau diadakan konsert dengan dijemput penyanyi luar yang dibayar ratusan ribu dan sudah pasti haram kerana terdapat campur gaul lelaki perempun tanpa batas..

    ReplyDelete
  2. Siapa yg bawa artis tu? Bukan ke syarikat swasta? Lantak mereka lah itu duit mereka. Yg korang tergedik2 pergi walaupun dah tau bercampur jantina, kenapa? Lg pun mrka bayar tiket nak tgk konsert...pergi selawat nabi kena beli tiket juga ker? Huffft akal pendek!

    ReplyDelete
  3. Mungkin tak semua rm200,000 tu diberi pada ustaz tu. Sewa pentas, sistem av, Rela kena belanja duit juga. Kalau batalkan sekarang pun, belum tentu semua duit tu boleh dapat balik.

    Kalau 100,000 orang datang dan dapat manfaat, baru Rm2 seorang. Kira ok lah tu. Lagi dia kata nak buat kutipan derma utk mangsa banjir masa majlis tu. Saya rasa nak dapat balik rm200,000 atau sejuta pun tu tak ada masalah. Bila dah khusyuk berselawat tu mungkin terbuka hati sikit nak menderma.

    Pasal nak pertikai ustaz luar tu, mungkin dia ada kelebihan yg ustaz kita tak ada. Kalau panggil ustaz kita, boleh ke dapat berpuluh-puluh ribu orang datang? Bila panggil Nouman Ali Khan, Mufti Menk atau Zakir Naik datang bagi ceramah takde pulak orang kata baik panggil Ustaz Kazim je.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk