22/12/2014

Hamley's Mohon Maaf - Ingat Malaysia Ini Negara Apa?



Tindakan staf Hamley's itu didedahkan oleh Rosyam dan isu ini menjadi viral di dalam media sosial.

Akhirnya pihak Hamley's telah meminta maaf secara dengsn alasan mereka.

Di bawah ialah respons Rosyam Noor :

Pengarah filem terkenal Datuk Rosyam Nor menerima permohonan maaf dari kedai permainan terkemuka Hamley’s yang meminta anaknya membuka tudung untuk bekerja dengan mereka.

“Saya menerima permohanan maaf mereka (Hamley’s), dan saya harap perkara ini tidak akan berulang,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Hamley's dalam kenyataanya semalam memohon maaf kepada Rosyam dan seluruh umat Islam ekoran insiden tersebut.

Hamley’s turut mengambil tindakan disiplin terhadap pekerjaan yang tidak mempunyai kuasa menemuduga atau mengambil pekerja, serta memberi maklumat tidak betul kepada anak Rosyam.

Rosyam yang juga seorang pelakon dan penerbit turut berkata, beliau tidak mahu memperbesarkan isu ini dan berharap lebih ramai remaja dan wanita yang bertudung diberi peluang pekerjaan.

Ditanya sama ada anaknya akan kembali memohon kerja di premis perniagaan itu, Rosyam berkata:

"Saya belum pasti sama ada anak saya mahu minta kerja di situ atau tidak, saya belum tanya dia lagi," katanya yang pernah dinobatkan pelakon lelaki terbaik pada 2003.

Semoga isu ini menjadi pengajaran kepada mereka yang begitu senang memperlekeh-lekehkan umat Islam di negara ini.

2 ulasan:

  1. Apakah cukup sekadar dengan permohonan maaf ?

    Bergema dalam PAU nak kukuhkan Akta Hasutan...
    Kukuh saja x guna.. kalau x dilaksana !!

    ReplyDelete
  2. Biasalah... UMNO... alif, mim, nun, wau... alif tendang wau... sarkis!!!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk