16/12/2014

DAP Tuding Jari Pada PAS, PKR Mula Bimbang Sokongan Hilang!




Keris rasa artikel daripada Utara News sangat menarik. Ia berkenaan perbalahan PAS dan DAP yang kian meruncing.

Krisis antara DAP dan Pas masih tidak berpenghujung. DAP sering kali menyalahkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, serta pengikutnya kerana menjadi penghalang penyatuan pakatan. DAP sering mengungkit kesalahan Hadi yang tidak hadir mesyuarat parti.

DAP jugak mendakwa lebih ramai lagi pemimpin akar umbi mengadu mengenai Hadi dan mendesak pemimpin kanan mereka melakukan sesuatu mereka. DAP juga menggesa supaya Pas mengikut jejak langkah mereka dengan peraturan baharu iaitu 30% kerusi yang dilantik dalam jawatan kuasa pusatnya, badan pembuat keputusan tertinggi parti, perlu diberikan kepada wanita.

Selain itu, krisis menteri besar Selangor yang lalu, Pas sering dipersalahkan kerana memberi nama calon lain kepada Sultan. Disebabkan perkara ini, kemarahan DAP terhadap parti Pas makin membuak-buak. Ini juga membuatkan parti DAP rasa tidak percaya terhadap Pas dan agenda negara Islamnya.

Perwakilan Melaka Chin Choong Seong, turut menyalahkan Pas dengan berkata, Ahli DAP menyalahkan parti kerana membantu Pas menipu rakyat untuk meraih undi.

"Ahli kami menyalahkan kami, berkata DAP membantu Pas menipu pengundi," kata Chin Chon Seong.

DAP juga menegaskan langkah inklusif yang ingin diperkenalkan turut terjejas dengan kekecewaan kemaraan PR ditempangkan oleh Hadi dan pengikutnya dalam Pas.

Dengan itu, penyokong DAP mula menyerang pemimpin tertentu dalam Pas yang cuba membwa rang undang-undang di Dewan Rakyat untuk menguatkuasakan Kanun Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan. DAP cuba membatalkan hasrat Pas untuk menubuhkan hukum hudud di Kelantan.

Nampaknya DAP kini cuba menjadi kepala dalam PR dengan menyuruh parti lain mengikut langkah mereka yang kononnya lebih berkesan untuk meraih undi rakyat. PAS kini dilihat semakin tidak relevan dimata rakyat apabila kerap kali ideologi perjuangan parti tersebut terpaksa dirombak diatas nama kesepakatan berlandaskan prinsip PR.

K7L : Kit Siang dah mula tunjuk kepala..

1 ulasan:

  1. Tu belum dapat Putrajaya, nanti bila Putrajaya dia punya, lunyai orang2 melayu tak kir Melayu UMNO, PAS, PKR dan semua Melayulah

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk