25/08/2013

@HarapanEsok Tak Perlu Salahkan Anak Cina! Kita Buat Cadangan Supaya Malaysia Lebih Bersatu!



Di sini Keris nak tegur sikit pasal artikel oleh Harapan Esok. Berdasarkan gambar diatas dia menulis :

Gambar ini telah menceritakan segala-galanya yang mana kumpulan muzik dari luar negara lebih berjiwa Malaysia daripada anak muda Cina..

Terus terang Keris katakan Keris kurang bersetuju dengan pendapat tersebut. Mengapa kita perlu 'ditch-out' mereka walhal yang buat perangai hanyalah kelompok kecil. Apa yang perlu kita buat adalah mendekati mereka.

Salah satu cara untuk mendekati adalah dengan pendekatan 'Penghapusan Sekolah Vernakular'. Keris memertik artikel daripada wartawan Berita Harian berkenaan cadangan yang amat baik ini.

Menurut Imlan Adabi :

Sekarang masa sesuai untuk menukar sekolah vernakular Tamil dan Cina menjadi sekolah kebangsaan yang mengajar pelbagai bahasa bagi membendung isu perkauman.

Jurang kaum di sekolah menengah semakin meluas. Pelajar yang datang dari latar belakang berbeza sukar menerima percampuran di sekolah menengah. Perbezaan cara belajar dan bergaul di sekolah jenis kebangsaan, menyukarkan mereka menerima dasar pelbagai kaum di sekolah menengah.

Moral ceritanya, pengalaman berbeza menyebabkan mereka sukar menerima konsep perpaduan. Selagi wujud sekolah jenis kebangsaan, perasaan perkauman akan terus terbawa-bawa hingga dewasa.

Apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu bukan memeranjatkan. Pengundi Cina kawasan bandar menyokong DAP dan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang. Dianggarkan 95 peratus Cina tidak sokong calon Barisan Nasional (BN) menyebabkan gabungan parti kerajaan itu hanya menang 133 kerusi Parlimen, susut tujuh kerusi berbanding 140 yang dimenangi pada PRU-12. 

Beberapa tokoh BN yang pernah berjasa kepada kaum Cina menerima kekalahan tidak sewajarnya. Hanya 1.5 peratus daripada 30,000 pemilih Cina mengundi bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di kawasan Parlimen Bukit Katil pada 5 Mei lalu. Sokongan itu terlalu kecil kerana kawasan Parlimen Bukit Katil mempunyai 99,438 pemilih berdaftar dan daripada jumlah itu, 40.75 peratus pengundi Cina, sekali gus memberi kemenangan kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan majoriti 5,447 undi.

Perasaan kecinaan yang menebal sukar dibendung selagi sistem pendidikan tidak diubah. Sebab itu Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura tidak membenarkan sekolah jenis kebangsaan wujud kerana bimbang perkauman menjadi bara yang menakutkan.

Lee Kuan Yew ketika mengetuai kerajaan Singapura bimbang sekolah vernakular boleh menghancurkan perpaduan nasional. Ketika pelbagai pihak mendesak sekolah Mandarin diperkenalkan di Republik yang majoriti penduduk keturunan Cina, Kuan Yew berkata: “Hanya saya yang boleh mengajar kaum Cina!”

Menerusi buku memoir ‘LKY From Third World To First Bab 11 Many Tongue, One Language,’ Kuan Yew memberi amaran kepada Dewan Perniagaan Cina Singapura yang menuntut Mandarin sebagai bahasa rasmi.

Beliau bimbang isu sekolah Cina menjadi tuntutan Kesatuan Guru Sekolah Cina dan Pengurus Sekolah Cina, yang akhirnya menjejaskan hubungan di antara kaum. Hari ini Singapura mencapai kemajuan hasil perancangan ekonomi dan bukan kerana perpaduan.

Pengalaman kita di Malaysia amat berbeza. Sikap tolak ansur menyebabkan sekolah jenis kebangsaan membiak bagai cendawan. Pada 1977, isu Universiti Merdeka meledak dan menguji kepemimpinan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri. Kerajaan ketika itu menolak Universiti Merdeka, tapi hari ini banyak pusat pengajian tinggi swasta yang mengabaikan bahasa Melayu sebagai pengantar utama. Sikap membelakangi cita-cita nasional mendorong pihak tertentu memainkan isu kaum, mempersenda institusi beraja dan mengeluarkan kenyataan hasutan.

Ada rungutan graduan Melayu sukar mendapat tempat di syarikat Cina. Jika mendapat pekerjaan pun mereka diberi gaji dan tugas yang lebih rendah daripada pekerja Cina.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah, berkali-kali mendesak supaya sekolah vernakular Tamil dan Cina ditukar menjadi sekolah kebangsaan. Beliau mahu terma vernakular sekolah jenis kebangsaan ditukar kepada terma baru sekolah kebangsaan atau sekolah kerajaan bagi menggambarkan imej Malaysia yang sebenar.

Jika perkauman di sekolah gagal diatasi, perpaduan akan dicabar sepanjang masa. Selepas 56 tahun merdeka, kita wajar berlapang dada dan utamakan perpaduan nasional. Pendidikan berkesan untuk menyemai perpaduan. Meletakkan murid pelbagai kaum dalam sesebuah bilik darjah akan memudahkan persefahaman nasional. Kita wajar pandang ke hadapan kerana tidak mahu perkauman menjadi bara yang menakutkan. -Berita Harian, 25 Jun 2013

K7L : Hapuskan vernakular dan hidupkan sekolah satu aliran..

1 ulasan:

  1. This is a clear paradox. On the one hand we want to allow the children of various races/ethnicities to grow up together in order to promote healthy understanding of each others' peculiarities. But on the other hand they are segregated to different types of schools. Worst still, one type of school professes that it is better than the other.

    So, they grow up separately. Is it not a universal dogma that children will accept each other better during their growing-up years when they are impressionable. Then why must we (read: the power-that-be) promote the segregation for political expediency?

    It defies my humble logic in trying to reconcile this paradox. Am I that stupid?

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk